Monday, February 03, 2014

Video Teresa Kok : Melayu Hanya Mampu Marah dan Buat Laporan Polis

Februari 2014


huan
Semenjak Pengerusi SEMUT, Huan Chen Guan membuat pendedahan berhubung klip video sambutan Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh yang mendapat undi majoriti terbanyak dalam sejarah pilihanraya umum Malaysia, ramailah yang memberikan reaksi terhadap video tersebut. Dan seperti yang dijangka, kemarahan sudah tentulah dari kalangan orang Melayu yang menyokong kerajaan mahupun di atas pagar berbanding Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Yang agak mengejutkan ialah, sudah mula terdapat orang Cina yang mengecam, mengutuk malah memaki hamun Teresa Kok kerana terlalu biadap sehinggakan tidak menghormati roh sambutan Tahun Baru Cina walaupun Teresa Kok sendiri berbangsa Cina.

Walaupun Teresa Kok seorang penganut Kristian, saya harap dia tidak memperlekehkan imej bangsa Tionghua di hadapan bangsa lain di Malaysia,” kata Datuk Huan Chen Guan dalam satu kenyataannya dari Dubai ketika mengulas kewujudan video tersebut.
tcg
Dua hari sebelum itu, Huan turut mendedahkan tentang perangai biadap seorang lagi pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang mengutuk PM, Liow Tiong Lai dan beberapa orang pemimpin BN serta Malaysia secara amnya. Bezanya, Hew Kuan Yau tidak bikin klip video seperti Teresa Kok sebaliknya sekadar membuat kenyataan menerusi Facebook.

Pendedahan yang semakin meluas, akhirnya membawa kepada laporan polis dan kemarahan menerusi sidang media.

Itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh Melayu dan penyokong kerajaan!

Satu tindakan yang amat bertentangan sekali dengan Pakatan Rakyat. Kemarahan yang ‘ala-ala manja’ sebegitu, tidak akan membawa sebarang hasil yang lebih meyakinkan tentang kesungguhan untuk memerangi kembali sokongan kepada UMNO mahupun kerajaan. Bahkan tindakan membuat laporan polis dan kebencian yang ditunjukkan kepada perbuatan kurang ajar Teresa Kok sebenarnya akan mendorong sokongan yang lebih besar kepada Teresa Kok dan DAP sendiri.

Teresa Kok sebenarnya amat sedar, tindakannya menyiarkan klip video tersebut akan merangsangkan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Teresa Kok tidak akan peduli sama sekali dengan kemarahan Melayu kerana yang dia mahukan adalah sokongan Cina. Lebih ramai Cina yang akan menyokongnya berbanding menentangnya.

Mungkin selama ini kita sudah terlupa apa yang dilakukan oleh Teresa Kok. Kebenciannya terhadap Melayu dan Islam terserlah menerusi sikap kurang ajarnya mencerobohi Masjid Negara dan cuba menjadikan Masjid Negara sebagai simbolik kepada pemecahan orang Melayu-Islam di negara ini dengan sokongan terhadap kedatangannya secara kurang ajar iaitu dengan berkasut dan tidak menutup aurat. Begitu juga dengan kebenciannya terhadap tulisan Jawi, laungan azan, bacaan tahrim dan sebagainya yang menurutnya mengganggu pemandangan, mengundurkan kemajuan negara dan diskriminasi terhadap Cina.

BfjKkVGCAAAjY3z
Bagaimana pula dengan penghinaan yang dilakukan oleh Teresa Kok terhadap PDRM apabila dia yang ketika itu disiasat di bawah Akta ISA, perlu dikurung untuk diambil keterangan. Teresa Kok menyifatkan makanan yang diberikan kepadanya jauh lebih murah berbanding MAKANAN UNTUK ANJINGnya walaupun PDRM dalam satu kenyataan, menafikan tuduhan Teresa Kok sebaliknya menyatakan mereka memberikan makanan yang dipesan sendiri oleh Teresa Kok.

Ada sebarang perubahan daripada perbuatan-perbuatan Teresa Kok itu?

Sudah tentu… sokongan Cina kepada DAP semakin bertambah kuat. Teresa Kok yang dikecam oleh orang Melayu terutama sekali penyokong kerajaan, disayangi dan dipuja-puja oleh Cina yang menyokong DAP serta Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat. Sehinggakan Teresa Kok turut dijemput ke beberapa buah masjid untuk menyampaikan derma oleh JKKK Masjid seolah-olah cuba mendapatkan keberkatannya.

Teresa Kok memang mahu melihat Melayu marah. Teresa Kok memang mahu melihat lebih banyak laporan polis dibuat terhadapnya. Malah kalau boleh, Teresa Kok memang mahukan KEKASARAN FIZIKAL dibuat terhadapnya kerana semua itu akan mengundang simpati Cina dan Melayu Pakatan Rakyat kepadanya.
Apatah lagi dengan 48% Melayu dan 41% Cina di Kajang yang menjadi taruhan untuk melihat DYMM Sultan Selangor dikenakan tindakan dan tekanan menerusi permainan politik Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat!

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment