Monday, February 03, 2014

Benarkah PRK Kajang Bukan Kerana Kes Liwat?

3 Februari 2014


1779782_735035813176263_1299930523_n
Sahabat Anwar Ibrahim, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohammad Redzuan Othman (kiri) menyatakan tindakan Anwar ini bukan berkaitan kepentingan peribadi. Beliau berpendapat, Anwar sudah mangli dengan kes mahkamah kerana menghadapinya sejak 1998 lagi.

“Sejak 1998, Anwar sudah sering keluar masuk mahkamah dan saya tidak fikir langkah bertanding di Kalang untuk mengalih perhatian daripada rayuan pasukan pendakwaan dalam kes pembebasannya dari Liwat II kerana beliau sudah sering keluar masuk mahkamah dan malah pernah dipenjara.”

Namun pandangan Redzuan sangat kontradik, kerana sejak kes beliau bersama Saiful terbongkar pada Jun 2008 Anwar berusaha untuk mendapat pelbagai jawatan bagi menjadikan kes liwat beliau sebagai satu kes politik. Beliau mengumumkan dalam proses mengambil alih Putrajaya, terdapat 30 orang wakil rakyat BN bersedia menyertai PKR.

Justeru apabila ditangkap pada 16 Julai 2008 atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari, Anwar menyatakan ini merupakan konspirasi politik menghalang pengambil alihan Putrajaya.

Beliau dilihat mula merancang bagaimana untuk mempolitikkan isu jenayah ini. Pada 31 Julai 2008, isteri beliau Wan Azizah telah meletak jawatan bagi memaksa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan beliau bertanding dan menjadi wakil rakyat. Kononnya ini merupakan persediaan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah tujuan Anwar bertanding dalam pilihan raya tersebut jika bukan untuk mempolitikkan kes liwat beliau? Anwar mencanang kononnya beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun yang sama melalui “coup de tat” aman membabitkan “pembelian” wakil rakyat BN.

Justeru jika didapati bersalah beliau akan mengatakan ini merupakan tindakan politik jahat Barisan Nasional. Setelah gagal membentuk kerajaan melalui “coup de tat” aman, Anwar Ibrahim sedaya upaya melengah-lengahkan kes beliau agar menghampiri masa pilihan raya dan akan dijadikan modal politik kononnya ada usaha menghalang Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya.

Setelah gagal menang dalam pilihan raya, Anwar terkejut dengan tindakan kerajaan melantik Tan Sri Shafee sebagai pendakwaraya kes beliau. Beliau sedar bahaya sedang menanti kes beliau dengan kehadiran seorang peguam yang berpengalaman luas dalam kes-kes jenayah.

Justeru beliau memilih beberapa minggu sebelum kes beliau di dengar di Mahakamah Rayuan untuk mengadakan pilihan raya kecil. Apakah ini bukan tindakan politik bertujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan dan Mahkamah membabkitkan kes beliau?

Persengketaan Khalid-Azmin sudah diketahui lama sebelum pilihan raya Umum lagi. Namun ia bukan keutamaan kepada Anwar. Mempunyai dua jeneral “berebut kasih sayangnya” lebih baik daripada mempunyai seorang jeneral yang terlalu berkuasa.

Namun kemunculan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya kes beliau menimbulkan suasana kurang senang. Kes Anwar akan dibicarakan pada 12 dan 13 Februari 2014 ini. Justeru, persepsinya Anwar Ibrahim merancang pilihan raya kecil ini untuk menyelamatkan dirinya.

Jika perbicaraan beliau diteruskan, beliau akan mendapat simpati kononnya ini cubaan BN memusnahkan beliau. Jika perbicaraan ditangguhkan beliau akan dapat lebih masa lagi. Melihat sejarah Anwar Ibrahim, sebaik memegang jawatan Menteri Besar, risiko kekacauan dan ketidakstabilan boleh berlaku jika beliau terus dibicarakan.

Inilah mungkin strategi Anwar Ibrahim pada masa ini.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment