Thursday, February 27, 2014

MOU Langat 2 : Bukti PKR Tipu Rakyat Selangor Selama Hari Ini

26 Februari 2014


IMG-20140225-WA0015
PARA macai terkedu sebentar bila tanpa disangka Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tandatangan MOU dengan kerajaan persekutuan dalam hal penstrukturan semula air di Selangor.

Butir MOU itu tidak didedah, tapi dah ramai yang kata ia tentang pengambilalihan SYABAS oleh kerajaan negeri dan kebenaran untuk pembinaan Loji Langat 2 yang jadi kontroversi sejak 5 tahun lepas.

Menariknya, sudah banyak yang dicakap macai kenapa loji Langat 2 ini tidak perlu disegerakan, tapi akhirnya dengan termeterai MOU hari ini, sudah jelaslah bahawa kerajaan persekutuan (sebut BN/UMNO) betul sepanjang masa dan pembangkang salah sepanjang masa juga dalam isu sumber air di Selangor.

Kita kata lama dah, krisis air nak jadi, oohh tak, dia kata lambat lagi baru jadi, sekarang baru padan muka kau!!

Cuma malangnya, dalam bercakap tentang siapa betul dan siapa salah, rakyat Selangor jadi mangsa politik pembangkang di negeri itu, sehinggakan masalah air di negeri tersebut sudah mencapai tahap krisis – dengan hujan yang tak turun-turun hampir sebulan hanya memburukkan lagi keadaan.

Tapi kalau ada Langat 2, insya allah masalah tidak akan seteruk sekarang.

Sudah tentu dalam hal ini, macai pembangkang ada jawapan kenapa dulu dia cakap lain dan sekarang dia cakap lain.  Soal jawapan masuk akal atau tidak, soal lain, yang penting ada jawapan – kita dah faham sangat politik bodoh macam ini.

Yang penting bukan macai, tapi rakyat di luar sana (negeri BN atau negeri Pakatan), ambil iktibar dari apa yang berlaku hari ini sebagai bukti bahawa cakap pembangkang di Malaysia ini langsung tidak boleh dipakai.

Pembangkang hanya tahu berpolitik dan mempolitikkan isu sepanjang masa, bukan nak selesai masalah rakyat pun.  Kita (BN) nak tolong rakyat, macam-macam dia cakap, tapi bila masalah dah jadi besar, siapa yang dia cari?  BN juga.

Haram tak haram jadah juga manusia yang bergelar Pakatan pembangkang ni.
IMG-20140226-WA0010














Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment