Sunday, February 02, 2014

Khalid Ibrahim Gagal, Harus Diganti, Dakwa Malaysiakini.com

31 Januari 2014


mkini-khalid
Portal berita pro-Pakatan, Malaysiakini.com, mula mengadakan serangan secara halus ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagai membentuk persepsi politik bahawa usaha membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sudah tidak dapat dielakkan dan merupakan perkara yang mendesak.

Malaysiakini melalui seorang penulis antara lain mendakwa Khalid gagal menjalankan tugas beliau sebagai Menteri Besar Selangor dengan baik. Khalid hanya tertonjol sebagai hero yang gagah kerana jentera propaganda Pakatan bukannya batang tubuh Khalid sendiri.

Penulis Malaysiakini mendakwa hanya Anwar yang mampu menyelamatkan Selangor agar tidak tumbang seperti Kedah dalam pilhan raya yang lalu.

Namun hakikat yang harus kita terima dengan berat hati ialah Khalid sebenarnya bukanlah seorang hero.

Dan ini jelas menjadi asas besar kepada pertimbangan Pakatan untuk menggantikannya dengan yang lain.

Dalam PRU tahun 2008, Khalid bertanding di Ijok dan menang dengan majoriti 1920 undi. Mei 2013 Khalid berpindah ke kerusi Pelabuhan Kelang, dan menang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding penyandang sebelumnya.

Kerusi DUN Ijok dikekalkan kemenangannya oleh Dr Idris Ahmad dengan majoriti merosot hanya sebanyak 739 sahaja. Jadi siapa sebenarnya yang mengundi Pakatan di Selangor dengan dalil heroisme Khalid Ibrahim?

Isu sebenar bukanlah soal Azmin mahu jadi menteri besar, atau Anwar mahu masuk pejabat itu. Isu sebenar ialah Khalid tidak berjaya sepenuhnya memikul tugas sebagai menteri besar yang mampu berpolitik dengan baik, serta menjalankan kerja dengan berkesan.

Hal ini barangkali berat sekali mahu diakui ramai pemimpin Pakatan, setelah Khalid selama ini dipuji-puji dan dipertahankan.

Maka mahu tidak mahu, Khalid harus dikeluarkan dari pejabat menteri besar, dan diganti dengan yang lain; supaya episod kegagalan kerajaan negeri Kedah tidak berulang.
Cuma persoalannya, siapa calon yang sesuai.

http://www.malaysiakini.com/news/253175

Sungguhpun Anwar menafikan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil DUN Selangor Kawasan Kajang (PRK Kajang); tapi hakikatnya itulah yang bakal terjadi dalam tempoh tiga bulan mendatang kecuali Khalid Ibrahim mengumumkan pembubaran DUN Selangor terlebih dahulu.

Perubahan kandungan Malaysiakini terhadap Khalid Ibrahim adalah bukti jelas Anwar akan menjadi Mneteri Besar Selangor sebaik menang PRK Kajang. Jika tidak masakan portal berita yang didakwa menerima sebahagian besar daripada Bajet Tahunan Komunikasi Selangor yang bernilai RM 15 juta, mula membelasah Khalid Ibrahim sendiri.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment