Thursday, February 27, 2014
MOU Air Selangor : Khalid Sengaja Pinggirkan Anwar
Semua orang tahu semenjak November 2009 Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR telah diberi kedudukan ‘istimewa’ dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan perlantikannya sebagai sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang bergaji RM1.00 sebulan.
Khalid yang baru setahun lebih menjadi Menteri Besar Selangor ketika mengumumkannya semasa pembentangan Bajet 2010 menjustifikasikan perlantikan tersebut konon untuk memanfaatkan kepakaran Anwar dalam menguruskan agenda pembangunan di Selangor.
Ramai penyokong PR yang mengalu-alukan pengumuman tersebut meskipun lebih ramai yang beranggapan ianya agak sinis dek kerana penekanan gaji RM1.00 seperti Khalid sengaja mahu merendah-rendahkan pengetahuan Anwar dalam bidang ekonomi.
Rupanya tanggapan sinis itu benar apabila lebih kurang 5 tahun kemudiannya ternyata khidmat nasihat Anwar langsung tidak diperlukan oleh Khalid sebelum menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Pusat bersabit isu air semalam.
Menurut sebuah portal pro pembangkang, Anwar langsung tidak tahu menahu berhubung majlis pemateraian MoU itu malah satu pun perkembangan terkini berhubung perkara itu juga tidak sampai ke pengetahuannya.
Bukan sahaja Anwar yang termanggu tidak tahu apa-apa malah penyokong PR yang selama ini didendangkan konon projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) adalah membazir dan tidak diperlukan juga tercenggang-cenggang jadinya.
Mereka tertanya sendirian kenapa Khalid yang suatu ketika dulu kuat menentang projek Langat 2 dan beriya-iya memberi jaminan bekalan air bersih di Selangor dan lembah Klang boleh bertahan sampai tahun 2019 tanpa Langat 2 tiba-tiba buat pusingan U tanpa mendapatkan nasihat Anwar.
Apa pun ini sudah kes berat, sukar sekali dibayangkan bagaimana seorang Penasihat Ekonomi langsung tidak dimaklumkan majlis sepenting itu. Maklum pun tidak, jemput pun tidak. Anwar bagaikan sengaja dipinggirkan umpama kain buruk di ceruk almari.
Apa game plan yang difikirkan oleh Khalid & geng tentu masih tercari-cari bayangannya oleh Anwar dan balaci. Khabarnya ini hanya permulaan hasil pelbagai mesyuarat strategik membabitkan Khalid dan soldadunya di Pejabat MB sejak timbulnya isu Anwar & Kajang Move. Betulkah?
Barangkali jika betul perkhabaran itu harus sebelum hari pengundian PRK DUN Kajang, Anwar & PKR akan betul-betul pening kepala dibuatnya.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment