Thursday, February 27, 2014
Penangan Pil Kuda Kini Hadi Dipandang Rendah Penyokong PAS
Dulu sewaktu menjelangnya PRK DUN Kuala Besut, Terengganu bila mana timbul ura-ura tindakan saman terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung tuduhannya konon ada calon PKR yang mengedar pil kuda, ramai penyokong PAS yang hanya pandang sebelah mata sahaja.
Pada mereka hasrat yang disuarakan oleh Ketua AMK PKR Cabang Dungun yang juga adalah bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin itu tak lebih sekadar gertakan kecil untuk menarik perhatian umum tatkala tumpuan seluruh negara sedang mengikuti kerancakan kempen PRK Kuala Besut.
Tak kurang juga ada suara sumbang dikalangan penyokong PAS yang beranggapan kemunculan Shamsul bersama bekas Pengarah Pilihanraya PKR Terengganu, Yahya Zakaria di Kuala Besut didalangi dan diupah oleh UMNO konon bertujuan menggagalkan kempen PAS untuk menawan DUN Kuala Besut dalam PRK tersebut.
Barangkali terpengaruh dengan pandangan-pandangan sedemikianlah agaknya para penasihat dan peguam PAS sengaja buat tidak endah dengan isu saman tersebut meskipun beberapa bulan kemudian bekas calon PKR itu benar-benar membawa isu saman pil kuda ke mahkamah demi maruah diri dan keluarganya.
Sekelumit kemaafan atau pun tindakan bersemuka meminta penjelasan langsung tak diusahakan. Walhal yang menyaman rakan sepakatan yang sama-sama berkubang sama sendiri demi nak mengejar kuasa duniawi.
Sekarang apa jadi? Ternyata ia bukan lagi ura-ura sebaliknya Hadi Awang kini berdepan realiti bebanan besar yang memalukan diri sendiri setelah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkannya membayar saman berjumlah RM2,000,000.00 dalam penghakiman ingkar kepada Ketua AMK PKR Cabang Dungun.
Terkejut berut dibuatnya penyokong PAS yang dulu memandang enteng kesungguhan bekas calon PKR DUN Bukit Besi untuk merealisasikan hasratnya menyaman Presiden PAS. Dulu beriya menuduh Shamsul mendapat upah dari UMNO untuk kacau kempen PAS di PRK Kuala Besut, sekarang selepas 7 bulan berlalu mimpi ngeri pula yang datang.
Mungkin RM 2 juta bagi PAS terlalu kecil seperti kata YDP PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Nasir bahawa cukup dengan hanya sekali seruan jihad dipalu pasti melimpah ruah wang datang berkoyan-koyan. Yakin benar pimpinan PAS pada kesanggupan penyokongnya untuk menghambakan diri demi pucuk pimpinan.
Hakikatnya isu saman ini bukan sekadar soal wang ringgit kerana hal yang lebih besar adalah maruah PAS dan pucuk pimpinannya yang kini agak tercalar teruk di mata khalayak. Mana mungkin rakyat nak hormat PAS kalau dah pemimpinnya sendiri terpalit dengan isu fitnah rakan sepakatan.
Penangan isu pil kuda dan saman RM 2 juta bukan setakat itu sahaja kerana lebih memburukkan keadaan maruah Hadi Awang selaku Presiden PAS semakin dipandang sebelah mata oleh sesetengah penyokong PAS. Mereka seperti malu dan menyalahkan Hadi seratus peratus atas isu yang timbul.
Lebih malang lagi ada penyokong PAS dari golongan liberal yang secara ‘lembut’ mengambil kesempatan mendesak Hadi meletakkan jawatan dengan alasan untuk menjaga maruah PAS disamping untuk mengelakkan kemerosotan sokongan pengundi PR terhadap Anwar Ibrahim menjelang PRK DUN Kajang.
Begitulah rendah sekali darjat Presiden PAS kini. Apalah sial benar nasib Hadi selepas bertahun-tahun menghambakan diri demi PR dengan mengikut segala kemahuan PKR dan DAP, tapi balasan yang diterima perlu menanggung malu disaman berjuta dan di masa yang sama terpaksa pula terkontang konting dicemuh sesetengah penyokong PAS.
Dah macam nasib si lebai malang pula gayanya. Ada yang terasa kasihankah? Tak perlu kasihan pun. Hadi sendiri yang jemput bala disebabkan egonya yang tinggi maka kenalah dia terima hakikatnya.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment