Thursday, February 27, 2014

OPS Harga 2014 Tangkis Fitnah Harga Naik Melampau Gagalkan Rancangan Jahat Pembangkang?

27 February 2014


harga ops20142
Isu harga barang naik antara yang menjadi punca kekalahan Barisan Nasional di Selangor pada PRU12. Ianya menjadi  isu “favourite” pembangkang.  Kenaikan harga memang begitu sensitif dihati rakyat. Namun sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang mempolitikkan isu ini secara melampau  amat tidak beretika.

Jika kita mahu bercakap tentang harga barangan sepatutnya  mereka perlu lebih adil dengan membandingkan harga barangan negara kita dengan harga barangan di  negara-negara jiran .  Harga barangan negara kita jelas jauh lebih murah dari harga barangan negara-negara jiran.

Sebagai contoh  harga tol kita jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga tol di negara-negara jiran.   Harga tol di Brunei yang jauh lebih mahal lebih kurang RM10 untuk jarak yang amat dekat ini  perlu kita jadikan perbandingan untuk memberi gambaran yang lebih adil terhadap senario harga tol di negara kita. Manusia tetap dengan sikap yang sentiasa tidak bersyukur  sebagai contoh apabila kerajaan Brunei mengenakan cukai jalan yang hanya RM10 pun rakyat Brunei  membantah dengan keras.

Walaubagaimana pun kerajaan telah mengambil tindakan tegas  dalam menangani isu kenaikan harga yang begitu hebat dipolitikkan oleh pembangkang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan projek perintis menjual barangan basah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Lembah Klang bermula Sabtu ini. Ini secara tidak langsung “membunuh” punca kenaikan harga yang selama ini bermaharajalela menyusahkan rakyat.

Projek perintis  ini akan  dilaksanakan  dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Ianya juga  akan diperluas ke semua KR1M.  Sebelum ini barang-barang yang ada di kedai KR1M hanya barang-barang kering manakala barang-barang basah terpaksa dibeli di tempat lain.  Mulai 1 Mac barang-barang basah akan dijual di kedai KR1M Lembah Klang sebagai ‘pilot project’.


Menu Rakyat 1 Malaysia pula telah  diperkenal pada 2011, sebanyak 3,627 premis masih aktif . Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan di samping berusaha membantu mengurangkan beban rakyat.  Ini membuktikan  masih ada kedai-kedai yang menjual harga yang sangat rendah.

Masih ada lagi warung  yang  menjual makanan serendah 60 sen untuk nasi lemak  dan  RM2 bagi nasi minyak. manakala  kuih-muih  dijual dengan harga antara 20 sen dan 30 sen. Teh O   30 sen secawan dan  neslo (campuran nescafe dan milo) sejuk dengan RM1.20 segelas. Ini membuktikan kenaikan harga barangan melampau  adalah kerana sikap tamak haloba para peniaga. Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Oleh itu kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau. Kerajaan  akan  sentiasa memantau secara langsung tindakan peniaga yang menggunakan pelbagai kaedah bagi memanipulasi kos dan harga barang di pasaran. Ini termasuk aktiviti antipersaingan seperti amalan monopoli dan kartel yang menyumbang kepada kenaikan kos barangan dan membebankan rakyat.

Disamping itu juga kerajaan  mewujudkan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 bagi memastikan persekitaran perniagaan adalah kondusif dan memanfaatkan semua pihak di pasaran.

Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang dilancarkan serentak di seluruh negara  juga merupakan inisiatif kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang berkaitan penandaan harga.

Rakyat perlu tahu bahawa kenaikan harga barang secara melampau bukan diakibatkan oleh tindakan kerajaan. Ianya lebih kepada tindakan jahat manipulasi harga demi kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.  Kerajaan tetap akan mengambil langkah tegas dan berterusan demi memastikan pihak yang menyusahkan rakyat ini menerima hukuman yang setimpal.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment