Sunday, February 02, 2014
PRK Kajang : Anwar Mengaku Ini Semua Hanya Satu "Rancangan" !!
MALAM tadi di Bukit Mertajam, dihadapan kurang 200 orang, Anwar mengaku bahawa pengosongan kerusi DUN Kajang, bukan sebab ADUN sebelumnya tidak berkhidmat, tapi sebab perkara itu memang sudah dirancang terlebih dahulu untuk entah apa-apa perancangan politik Anwar.
Antara yang banyak dicakapkan orang, nak jadi Menteri Besar, nak beri tekanan kepada hakim dalam perbicaraan liwat dan yang sebagainya. Mana-mana satu pun kita tidak peduli sebab nampak sangat ini satu manipulasi demokrasi.
Sebelum ini Anwar puas manipulasi undang-undang, sekarang kita lihat sendiri Anwar manipulasi demokrasi pulak. Tambah satu collection lagi dalam senarai – bapak Manipulasi.
Kalau tindakan macam ini dilakukan UMNO, pasti sumpah seranahnya berkoyan-koyan dan intergriti UMNO akan dijadikan persoalan.
Tapi sebab dia yang buat, maka nak dijadikan cerita ini nampak cantik dan sedih sikit.
Semua ini boleh dilakukan sebab Anwar tahu pengundi Cina Kajang yang seramai 41% itu pasti akan sokong dia, waima dia datang ke hari penamaan calon tak berbaju sekalipun, Isunya disini bukan sebab Anwar tu pemimpin bagus, tapi sebab dia sajalah satu-satunya Melayu yang sanggup serah politik negara ini kepada Cina.
Bakinya datang dari mereka yang terlampau percaya kenaikan kos sara hidup yang berlaku kebelakangan ini ialah disebabkan kerajaan, bukan sebab pemborong Cina yang manipulasi harga dan bekalan, dan/atau memang dah anti kerajaan, tak kira apa kebaikan yang dibuat pun.
Mana-mana satu pun, Cina terlibat di dalam kedua-duanya.
Semua ini perlu dihentikan. Undang-undang sedia ada perlu diperkemaskan supaya tidak ada sesiapa pun yang boleh memanipulasi sistem demokrasi yang sepatutnya jadi platform untuk rakyat memilih pemimpin, bukan sebab nak jayakan agenda politik sesiapa.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment