Wednesday, February 11, 2015

Malaysia Lakar Sejarah

11 Februari 2015 : Malaysia melakar sejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasminya melancarkan model Indeks Syariah Malaysia yang disifatkan sebagai indeks yang komprehensif dan pertama seumpamanya di dunia.

Najib berkata, indeks tersebut merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu menilai ke­seriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian Islam berkaitan dasar dan program kerajaan.

Katanya, fungsi kedua pula untuk mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi fokus oleh kerajaan supaya rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat hasil daripada penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam.

“Jika status maju atau mundurnya sesebuah negara itu diukur menggunakan Indeks Pembangunan Manusia maka adalah sangat perlu untuk kita mempunyai satu kayu ukur yang objektif dan saintifik bagi menentukan kedudukan kita dalam menjalankan pentadbiran berdasarkan prinsip maqasid syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap dalam majlis Perdana Ulama Umara Bersama Perdana Menteri 2015 serta pelancaran model Indeks Syariah Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Dalam perkembangan berkai­tan, Perdana Menteri berkata, terdapat lapan bidang utama yang akan diukur menggunakan Indeks Syariah Malaysia untuk peringkat permulaan iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, ke­sihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.

“Untuk setiap bidang ini, tahap penyempurnaan lima aspek dalam maqasid syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta akan diukur dan disemak sama ada dasar serta program yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian atau agensi menepati atau tidak dengan tuntutan maqasid syariah.

“Satu dasar itu mungkin patuh syariah tetapi tidak kurang pen­tingnya cara mana dasar itu dilaksanakan dengan adil, cekap dan tepat pada sasarannya supaya keindahan dan rahmat di sebalik maqasid syariah lebih terserlah,” katanya.

Perdana Menteri turut menarik perhatian hadirin apabila menimbulkan persoalan sama ada wajar atau tidak suatu program atau dasar itu hanya dikatakan Islamik apabila wujud label Islam.

“Adakah sesuatu yang tidak dilabelkan jenama Islam, maka secara automatik tidak Islamik? Adakah jika sesuatu itu dilabelkan sebagai Islam maka ia benar-benar menepati kehendak Islam.

“Justeru, kebanyakan dasar dan program kerajaan tidak dilihat sebagai menepati tuntutan Islam semata-mata kerana tidak dijenamakan Islam. Yang dianggap sebagai menepati Islam bagi mereka adalah sekiranya ada label atau jenama Islam,” katanya.

Memberikan contoh, Perdana Menteri melontarkan persoalan adakah sekolah rendah kebangsaan yang tidak menggunakan label sebagai sekolah rendah kebangsaan Islam dilihat tidak Islamik.

“Hakikatnya terdapat juga silibus seperti Jawi, Quran, Arab, dan Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sama seperti diajar di sekolah rendah agama.
“Adakah Bank Rakyat kurang keislamannya berbanding Bank Islam hanya kerana tidak dilabel dengan jenama Islam atau tidak menggunakan kalimah Arab sedangkan seluruh sistemnya berteraskan prinsip kewangan dan perbankan patuh syariah,” katanya.

Beliau berkata, sebagaimana bangganya dengan Bank Islam, demikian juga negara berbangga dengan Bank Rakyat kerana institusi-institusi itu mewakili aspirasi kerajaan yang menyasarkan Malaysia untuk menjadi hab perbankan dan kewangan Islam dunia.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Panel Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Dipetik daripada sumber : Utusan

Kes Liwat Anwar Bukan Cerita Politik

11 Februari 2015 : Kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bukanlah cerita mengenai politik tetapi mengenai cerita manusia dan perspektif badan kehakiman.

Peguam kanan pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, semua ini adalah cerita tentang semua manusia tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar, yang mendapat perhatian dalam negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukan olehnya.

“Sepertimana kesemua mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah,” katanya ketika membacakan kenyataan pihak pendakwaan dalam sidang media di luar Mahkamah Persekutuan di sini.

Anwar hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful dan mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Keputusan itu dibuat oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Muhammad Shafee turut meminta pihak media melihat kepada fakta kes dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara ini dengan sebaik mungkin demi masyarakat.

“Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya,” katanya.

Muhammad Shafee yang ber­pu­as hati dengan keputusan hari ini ba­gaimanapun berkata: “Ia tidak memberikan saya kegembiraan – kehi­dupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya.

“Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa berhadapan dengan sesi pemeriksaan balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan penguam bela Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau,” kata­nya dengan menambah, yang proses keadilan telah memburukkan lagi penderitaan Mohd. Saiful.

Muhammad Shafee yang dilan­tik sebagai ketua pendakwaan pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan berkata, manakala Anwar enggan berdepan dengan pemeriksaan balas dan memilih hanya memberi secebis ke­nyataan dari kandang tertuduh.

Beliau menganggap tugas tersebut sebagai suatu yang sangat sukar kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman.

“Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar di dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata, setiap penghakiman yang dibuat berdasarkan fakta dan contohnya keterangan DNA, yang Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA iaitu pertama, memerlukan 16 bacaan yang sepadan dan kedua tiada perundangan di negara ini yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA.

“Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi. Uni­ted Kingdom dan Amerika Syarikat membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 iaitu dalam erti kata lain ia padanan sempurna.

“Dan kesemua DNA adalah didapati daripada ‘semen’, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh curi, palsukan atau mencemarkannya,” kata beliau.

Muhammad Shafee berkata, apabila Anwar mencabar sampel pihak pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri sebagai suatu keterangan.

“Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau memilih untuk tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, notis alibi Anwar yang pada mulanya merupakan suatu notis yang menyeluruh dan telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang dita­yangkan kepada mahkamah, dan ini telah dibuktikan lama dahulu.

Selain itu, katanya, Anwar enggan bersumpah dengan al-Quran menge­nai kejadian tersebut, sementara Mohd. Saiful telah bersumpah dengan al-Quran mengenai butir kejadian itu di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

“Kes seperti ini di mahkamah ter­tinggi di Malaysia adalah terlalu teknikal. Dalam proses undang-undang sedia ada dan dalam aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti?

“Pada hari ini, jawapan daripada hakim-hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, tu­duhan besar yang sering diulang Anwar adalah kes ini mempunyai motif politik, namun berdasarkan keputusan hari ini tuduhan tersebut adalah palsu.

“Tiada sesiapa pun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuk keputusan yang memihak kepada Anwar. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah Anwar dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan,” katanya. 

Dipetik daripada sumber – BERNAMA

Liku-Liku Hidup Kak Wan Derita Tanpa Anwar?


kakwan 

11 Februari 2015 : Rasa nak menangis membaca sebuah analisis di sebuah portal yang sering dikaitkan dengan pembangkang, Malaysiakini, yang menulis tentang jalan-jalan berliku yang terpaksa ditempuhi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara hari ini.

Memang betul-betul sedih jika kita meletakkan diri kita ditempat Kak Wan. Seolah hilang sudah tempat bermanja dan mengadu nasib, seorang suami yang diharap dapat membimbing dan membawanya ke syurga di akhirat kelak.

Namun malang sekali, Kak Wan terpaksa menerima hakikat yang suaminya itu merupakan seorang peliwat dan pernah menjadikan beberapa lelaki sebagai “mangsa” kerakusan hawa nafsu “gelap”nya.

Mungkin nasib malang Kak Wan itulah yang pernah dirasai ramai isteri-isteri lain di mana suami-suami mereka juga dijatuhkan hukuman penjara atas jenayah yang dilakukan. Mereka juga hilang tempat bergantung seperti mereka.

Untuk pengetahuan Kak Wan, ramai isteri-isteri di negara kita ini yang senasib dengan Kak Wan. Ramai suami-suami “hidung belang” yang galak “makan diluar”, namun rahsia “gelap” mereka itu bijak disimpan dari pengetahuan isteri dan anak masing-masing.

Hasilnya, isteri dan keluarga mereka juga menerima nasib yang sama seperti Kak Wan. Bila suami mereka “kantoi” merogol, meliwat atau ditangkap melanggan pelacur dan kemudian disumbat ke penjara oleh mahkamah, maka tinggallah isteri dan anak-anak mereka terpinga-pinga terpaksa menempuh liku hidup yang jauh lebih payah.

Mereka tidak punya wang untuk menjamin suami mereka, apatah lagi untuk mengupah peguam-peguam yang hebat-hebat seperti suami Kak Wan. Nak bayar sewa rumah pun kadang-kadang “miss”, bil elektrik dan air pun selalu tertunggak…

Namun memandangkan suami-suami mereka itu orang miskin, rakyat biasa dan tidak pandai berpidato berhikayat di atas pentas, sudah tentulah tidak menarik minat Malaysiakini untuk menulis liku-liku hidup yang terpaksa ditempuh isteri-isteri banduan itu, bukan?

anwar


Memang benar Anwar meliwat. Bukan saya yang mengesahkan, tapi mahkamah yang mengesahkannya berdasarkan bukti-bukti kukuh dan bicara mahkamah yang adil tanpa sebarang campur tangan politik.

Ya, mungkin ada yang menuduh mahkamah “berat sebelah” atau “anjing BN” dan sebagainya, sama seperti Anwar menuduh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, pada kes liwat I dahulu. Namun adil dan waraskah tuduhan melulu begitu?

Jika difikirkan secara adil, mereka tidak punya hujah atau bukti kukuh untuk tuduhan tersebut menjadikan ianya hanyalah teori mitos tanpa asas.

Lagipun, perlu diakui tuduhan itu dibuat ekoran rasa taksub dan terlalu percaya pada Anwar selama ini. Tanpa mereka sedar, tuduhan yang mereka lemparkan itu terang-terangan bersifat berat sebelah, bukan?

Berbalik kepada liku-liku hidup yang bakal ditempuhi selama Anwar di penjara, saya meminta supaya Kak Wan banyak-banyak bersabar. Lagipun, Kak Wan masih punya anak-anak disisi untuk memberi Kak Wan semangat untuk hidup.

Anak-anak Kak Wan dan Anwar bukannya calang-calang. Semuanya sudah besar panjang, bekerjaya hebat dan kaya-kaya belaka. Takkanlah mereka tak boleh bantu Kak Wan dari segi sara hidup dan sokongan moral, kan?

Kak Wan masih lagi mampu tinggal di banglo mewah ala-ala “istana Segambut” dan masih lagi mempunyai kenderaan mewah. Tapi isteri-isteri lain yang suami mereka dipenjara kebanyakkan terpaksa menyewa rumah, membesarkan anak yang masih kecil dan jauh lebih tertekan hidup mereka.

Bersyukurlah dengan apa yang masih Kak Wan ada berbanding isteri-isteri penjenayah lain di luar sana.

Kak Wan belajarlah menerima hakikat sebenar kehidupan “gelap” yang mungkin selama ini disembunyikan suami Kak Wan dari keluarga. Meskipun pahit, hakikat itu perlu Kak Wan telan ekoran jodoh Kak Wan sengan seorang peliwat.

awrnikah


Redhalah dengan ketentuan Allah SWT hari ini. Sesungguhnya terdapat hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.

Benar kata anak Kak Wan, Nurul Izzah, tentang hadis yang mengaitkan hakim dengan neraka. Namun sekiranya hakim-hakim itu melepaskan seorang penjenayah dan berlaku tidak adil kepada mangsa jenayah, maka sudah tentulah mereka ke neraka juga, bukan?

Justeru, terimalah hukuman itu dengan hati yang terbuka di atas keadilan yang diputus berdasarkan perbicaraan yang adil dan bukti-bukti yang jelas yang menunjukkan bapa Nurul Izzah benar-benar meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Akhirnya, saya menyarankan agar Kak Wan mengambil inisiatif sendiri dengan bantuan anak-anak untuk memujuk Anwar Ibrahim secara berhikmah supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan selepas ini.

Pada saya, masih belum terlambat untuk suami Kak Wan bertaubat kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang dia lakukan selama ini. Selagi nyawanya tidak ditarik hingga ke halkum, Anwar masih punya harapan bertaubat.

Bak kata mendiang Karpal, “Anwar Ibrahim harus bertaubat, kan? Wallahua’alam.

Disediakan oleh : EDITOR

Tweet Menghasut: KPN Arah Rafizi Disiasat Bawah Akta Hasutan

10 Februari 2015 : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan siasatan dilakukan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan 1948 kerana memburukkan sistem kehakiman negara.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya, Khalid menggesa Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) menyiasat sebuah tweet oleh Setiausaha Agung PKR itu, petang tadi. image
Beberapa jam sebelum itu, beliau turut mengeluarkan arahan supaya Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming disiasat di bawah akta yang sama kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitter. image
Pada waktu yang sama, kartunis politik, Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, turut menjadi perhatian Khalid untuk disiasat kerana memuatnaik sebuah tweet yang juga berbaur hasutan.

image
Kesemua tuit yang disiasat itu dipercayai reaksi individu-individu tersebut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, 67, telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.


Dipetik daripada sumber : Awani

Kerusi Parlimen Permatang Pauh Belum Kosong

10 Februari 2015 : Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim belum kosong walaupun Mahkamah Persekutuan menolak rayuan beliau untuk mengenepikan sabitan Mahkamah Rayuan ke atas kes Liwat Saiful Bukhari Mohd Azlan.

Panel lima Hakim Mahakamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria sebulat suara memutuskan sabitan oleh Mahkamah Rayuan adalah sah dan tepat dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Perkara 48 Fasal 1 (e) Perlembagaan Malaysia menyebut antara syarat hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen apabila
telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau
Dalam Fasal 4 pula menyatakan seseorang ahli Parlimen akan hilang kelayakan selepas 14 hari beliau dijatuhkan hukuman kecuali ia membuat rayuan ke Makamah yang lebih tinggi. 

Sungguhpun keputusan ini merupakan saluran terakhir undang-undang, kerusi Permatang Pauh hanya akan kosong secara automatik jika Anwar tidak membuat sebarang petisyen memohon pengampunan Yang Di Pertuan Agong dalam tempoh 14 hari bermula pada hari ini.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)–
(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia–
(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau
(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau
(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau
(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
Ini bermakna Parlimen Permatang Pauh hanya akan diisytiharkan kosong hanya jika YDP Agong menolak petisyen pengampunan yang dijangka akan dikemukakan oleh peguam Anwar pada minggu akan datang. 

Justeru Pilihan Raya kecil Parlimen Permatang Pauh hanya akan mungkin diadakan pada April atau Mei 2015 bukannya dalam masa terdekat. 

Dalam pilihan raya umum lalu bagi Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim telah menang dengan majoriti 11, 721. Beliau mendapat 37,090 undi mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Mazlan Bin Ismail yang mendapat 25,369 undi dan calon bebas Abdullah Zawawi Bin Samsudin yang mendapat 201 undi. 

Jumlah Pengundi = 71,699 | Jumlah Undi = 63,332 | Peratus Mengundi = 88.33% | Undi Rosak = 672

Wallahu'alam

Disediakan oleh : EDITOR

Kemana Pakatan Selepas Anwar Ke Dalam?


 f1b3a5aa8ac95025e51eba5afa435e16_XL

10 Februari 2015, Putrajaya : JIKA berkelakuan baik, tidak noty noty, Anwar akan menjalani hanya 2/3 dari keseluruhan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan kepadanya oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Itu bermaksud Anwar akan berada di dalam lebih kurang 3 tahun 3 bulan, cukup-cukup usia 70 tahun keluar.  Tempoh yang nampak singkat tapi panjang bagi yang bergelar banduan.  Walaupun bukan kali pertama jadi banduan, tapi dalam usia dan keadaan sekarang, penulis yakin bukan mudah.

Anyway, siapa suruh cari susah, terima sajalah ketentuan Allah.

Selesai soal Anwar, soal baru yang akan diperkatakan orang ialah, ke mana pula hala tuju Pakatan Rakyat – gabungan tidak rasmi yang ditubuhkan secara air liur oleh Anwar pada April 2008?

Dengan Anwar bebas di luar pun Pakatan ini sering tak sefahaman, apakah agaknya jadi kepada Pakatan ini bila Anwar ke dalam.  Penulis yakin, Anwar dan kuncu-kuncunya sudah memikirkan dan apa jadi kepada Pakatan jika dia dipenjarakan.

Tapi jangan juga lupa, sehingga ke saat-saat akhir, Anwar masih percaya yang dia akan di dapati tidak bersalah.  Justeru, sebaik mana pun rancangan, tidak mungkin akan jadi lebih baik bila Anwar masuk penjara.

Lagipun seperti yang kita katakan awal-awal di atas, dengan Anwar di luar pun bertelagah tak habis.  Hari ini umpamanya, sama seperti Grand Finale malam tadi, sokongan rakyat yang Anwar terima, begitu teruk sekali, tak macam dulu.

Ujian pertama boleh dilihat dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan nanti dan pilihanraya-pilihanraya lain yang akan diadakan selepas ini.  Sejauh mana solidariti dan muafakat palsu ini akan bertahan, kita sama-sama tengoklah.

Atau mungkinkah nasib Pakatan akan jadi seperti Barisan Alternatif dulu (dan pakat-pakat seumpamanya sebelum itu), lahir tanpa tanda, mati pun tanpa nesan? 

Disediakan oleh : EDITOR

Hukuman Penjara Lima Tahun Terhadap Anwar Kekal

10 Februari 2015, Putrajaya : Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa hari ini terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ketua pembela Sri Ram Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

Ketua pendakwaraya mahu Anwar dikenakan hukuman sekurang-kurangnya enam tahun.Shafee berkata kesalahan itu serius dan tidak menolak sumbangan Anwar terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, lebih besar seseorang itu, “lebih besar juga jenayahnya”.
Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Disediakan oleh : EDITOR

Kes Liwat :Anwar bersalah.

10 Februari 2015, Putrajaya : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini antara intipati penghakiman yang sedang dibaca oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Mahkamah juga mendapati DNA Anwar yang diambil dari lokap adalah adil dan sah.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan wujud bukti keterangan yang mencukupi bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini antara intipati penghakiman yang dibaca oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Mahkamah juga mendapati DNA Anwar yang diambil dari lokap adalah adil dan sah.

Keputusan penjara 5 tahun sebelum ini dikekalkan. Bagaimanapun pihak pendakwaraya sedang berhujah untuk menambah hukuman tersebut.

Sumber daripada : Utusan/Bernama/Mykmu

Anwar Gagal Dalam Rayuan Kes Liwat Keduanya

PUTRAJAYA, 10 Februari 2015 (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya.

Penghakiman itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim.

Hakim-hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Dipetik daripada – BERNAMA

Grand Finale Yang Tidak Grand (Kes Anwar Ibrahim)


IMG-20150209-WA0023
10 Februari 2015 : PADA saat artikel ini ditulis, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan liwat Anwar sedang membacakan fakta kes dan penemuan mereka.  

Sementara menanti perkara tersebut selesai, penulis nak mengingatkan tentang perhimpunan Grand Finale Rakyat Hakim Negara yang diadakan semalam di Petaling Jaya.

Mungkin ramai tidak ingat bahawa Grand Finale ini sepatutnya diadakan di Stadium Melawati Shah Alam tapi pada saat-saat akhir, ia dipindahkan ke padan Amcorp Mall kerana katanya bimbang stadium nampak kosong, takdak orang.

Kurang-kurang dengan buat di padang terbuka dalam gelap sebelah Amcorp Mall itu, dapatlah buat wayang fotografi dengan memanfaatkan kegelapan malam.  Konon-kononnya ramai sangatlah yang datang, biasalah.  Tapi dah pindah pun tetap takde orang juga.

Apa pun nak cakap, yang pasti malam tadi Grand Finale yang diharapkan, tidak menjadi.  

Tambah pulak tanpa kehadiran Hadi Awang, hanya puak-puak liberal PAS saja yang hadir, lagilah tak grand nampaknya.

Kena juga ingat, sebelum sesi ceramah bermula, ada acara makan, konon sempena sambutan Tahun Baru Cina, itupun tak ada orang juga.  Agaknya kalau takdak makan sebelum tu, lagi hijau kawasan itu dek kurangnya orang.

Semua ini menunjukkan pengaruh Anwar sudah kurang.  Minat rakyat terhadap kesnya pun sudah merosot.  Menjadikan soal dia didapati bersalah atau tidak hari ini bukan faktor, yang nyata, orang memang sudah tidak begitu pedulikan dia.

Disediakan oleh : EDITOR