Saturday, August 22, 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak !!
Friday, August 21, 2009
Orang Lemas Mencari Tempat Berpaut - Oleh Dr Khir Toyo
Oleh Dr. Mohamad Khir bin ToyoSaya tidak akan membincangkan apa-apa isu dalam tulisan ini kecuali untuk menafikan tuduhan dan dakwaan kandungan surat layang yang didakwa dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Surat tersebut yang menjadi isu dalam inkues dan juga telah diterbitkan semula oleh semua laman web khabarnya menyatakan saya terbabit berkomplot dengan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini. Saya ingin menyatakan semua tuduhan dalam surat tersebut yang membabitkan saya merupakan satu fitnah dan tohmahan semata-mata.Rayu Orang Terdekat Terhadap Nik Aziz.....
Semoga Allah melindungi kita dari mainan keji syaitan yang amat licik dan halus. Semoga Allah mengasihi kita dan senantiasa menunjukkan kita jalan yang lurus. Semoga Allah tidak membiarkan kita, ahli keluarga kita, para ulama dan pemimpin kita disesatkan oleh Syaitan. Ya-Allah, berilah kami semua muslimin dan muslimat tanpa mengira dosa dan parti kami keberkatan dan keampunan. Sebenarnya, sejak bermula kenyataan Nik Aziz dan kemudian dakwaan beliau yang mengatakan Utusan memutarbelitkan kenyataan beliau, saya terus berdoa pada Allah semoga Nik Aziz sedar, jelas dan yakin(tidak nyanyuk) apa yang dikatakan dan diucapkan dari mulut beliau. Saya amat berharap dengan penuh debar agar beliau di pihak yang benar dan memang Utusan memutarbelitkan kenyataan beliau.
Malangnya, sedihnya, hancur dan luluhnya hati ini, malah, amat sungguh rugi pada agama Islam di Malaysia kerana hari ini kita kehilangan seorang muslim yang mampu berdoa pada Allah supaya mengasihi kita. Kita kehilangan seorang yang dikatakan Mursyid sehingga memegang gelaran Mursyidul Am. (makna mursyid http://ms.wikipedia.org/wiki/Mursyid) .
Seperti yang dituntut oleh Rukun Iman iaitu Percaya Pada Allah dan sesungguhnya Allah berjanji yang kebenaran pasti akan menang dan batil pasti akan kalah, kami, semua ahli/penyokong UMNO percaya akan janji Allah walaupun kami senantiasa kalah dalam perdebatan bijak ahli PAS yang menggunakan ISLAM menuduh kami kafir dan sebagainya.
Percayalah, sengketa antara kita semua hanya merugikan diri sendiri, bangsa dan agama Islam di dunia dan di akhirat. Walau betapa bencinya ahli/penyokong PAS terhadap kami ahli/penyokong UMNO, kami tidak pernah membenci anda dan kami senantiasa berharap agar satu hari nanti kita, sebagai saudara seislam, akan kembali bersatu. Jangan dicontohi keburukan beribu tahun kaum arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW lagi iaitu hasad dengki dan persengketaan dan perpecahan berterusan. Sehingga di saat artikel ini ditulis, sunnah dan syiah masih bertelagah dan berbunuhan sesama Islam.
Dengan penuh insaf dan rendah diri, saya sebagai seroang muslim, ingin merayu pada sesiapa sahaja yang dekat dengan Nik Aziz, terutama ahli keluarga beliau, meminta Nik Aziz supaya bertaubat pada Allah. Tidak perlulah beritahu pada sesiapa, hanya beritahu pada Allah dan mudah-mudahan Allah penerima taubat akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus dan melindungi kita dari permainan keji halus dan licik Syaitan dan Iblis. Beritahu pada Nik Aziz kami ahli dan penyokong UMNO bersedia memaafkan beliau(samada beliau minta maaf atau pun tiada salah pada kami), kerana kami sebagai orang Islam berharap Nik Aziz dapat menjadi seorang Ulama Pewaris Nabi yang dikasihi oleh Allah dan seterusnya menjadi pada cahaya pada kami bila kami dalam kegelapan.
Saya masih kesal dan sedih dalam hati. Mungkin, memang benar kata Allah, semakin tinggi agama seseorang itu, semakin banyak dan besar syaitan yang berusaha menyesatkan beliau. Saya masih lagi tidak percaya dengan rakaman audio yang saya dengar dari TV3 Nightline News dan jelas Nik Aziz menyebut Palestin. Sedangkan beliau dipetik dalam harakah berkata beliau tidak sebut langsung Palestin.
Selamat Berpuasa dan satu soalan pada diri saya, “Tidakkah kita takut akan azab Allah keatas kita diatas setiap perbuatan kita di dunia?” Jawapan saya, saya amat takut dengan balasan Allah dan kehidupan yang kekal itu berbanding dunia yang sementara ini, anda bagaimana?
Sila lihat link dan petikan dibawah dan dengar semula rakaman audio Nik Aziz.
Mungkin Utusan yang selama ini dituduh rasis dan UMNO, yang pernah merendah diri meminta maaf secara terbuka pada Nik Aziz wajar mendapat pembelaan dan maaf dari Nik Aziz.
Isu Rohaizat : Pendedahan atau Pembohongan?? - KOMENTAR
Getah Pulau Pinang. Cuma persoalannya ialah:2. Apakah tujuan dan niat sebenar saudara Yusri?
3. Adakah semata-mata kerana Rohaizat jadi calon PRK Permatang Pasir?
4. Mengapa dibuat pendedahan tersebut di Yayasan Aman yang dikenali sebagai markas PKR? Nampaknya macam ada orang yang minta dia buat pendedahan tersebut.
5. Siapakah orang yang meminta Yusri membuat pendedahan tersebut?
6. Adakah orang seperti Yusri akan membuat pendedahan secara percuma? Maklumat beliau adalah eksklusif lagi panas tentu mahal harganya, mungkin berjuta ringgit.
7. Bermoral sangatkah saudara Yusri kalau menerima harga yang mahal dengan pendedahan eksklusif tersebut?
8. Siapakah mereka-mereka yang menguasai Majlis Peguam? Bukankah mereka terdiri dari peguam yang menyokong parti-parti pembangkang dan sentiasa menentang kerajaan.
Jangan Pandang Remeh Kuasa Sultan - KOMENTAR
Lihatlah betapa besar kuasa Sultan Melayu.Hari ini, muka depan Utusan Malaysia melaporkan yang Sultan Selangor menolak untuk menggunakan wang zakat selain daripada hal-ehwal kebajikan orang Islam.Dari awal,aku sentiasa berharap agar Sultan2 Melayu tidak hanya dilabel sebagai ketua kerajaan yang hanya 'potong riben', beri pingat,tingggal dalam istana mewah dan mempunyai deretan kereta mewah.Kuasa Sultan amat besar dan amanah yang diberikan oleh rakyat amat berat.Sultan2 Melayu wajib menunaikan tanggungjawab demi agama Islam,bangsa Melayu dan negara.Umum mengetahui yang kerajaan Selangor, dan P.Pinang 'diperintah' oleh DAP.Kalau tidak kerana Sultan,MB di Selangor pun mungkin dari orang DAP.
Monday, August 17, 2009
Bingkisan Salam : Permatang Pasir
Pilihanraya yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2009 ini adalah berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Mohd. Hamdan Abdul Rahman daripada PAS. Pertembungan ini bakal menyaksikan apakah aura Najib benar-benar 'berkesan' dan 'terkesan' kepada sekalian pengundi DUN Permatang Pasir. Sesungguhnya, BN kini benar-benar belajar daripada kesilapan lalu. Kita boleh melihat, BN kini tidak lagi meletakkan calon secara 'semberono' dan membuta tuli. Malahan segalanya dikaji; anak tempatan, berpendidikan, mudah didekati rakyat, malahan calon kali ini juga merupakan seorang profesional. Paling penting sekali, calon ini tidak boleh ada sebarang rekod yang negatif yang medah untuk dipergunakan sebagai bahan kempen pihak pembangkang.

Hadi Awang mempertaruhkan pengalaman Salleh di dalam pilihanraya kali ini meskipun beliau belum pernah menang apa-apa kerusi sebelum ini
Barang diingat, tidak kira walau apa pun yang diceritakan oleh kedua-dua pihak, hakikatnya, semenjak kekalahan PRU 12 yang lalu, BN masih lagi belum berjaya memenangi sebarang pilihanraya kecil becuali di Batang Ai baru-baru ini. Ini perlu diambil perhatian. Meskipun berjaya mengurangkan majoriti pada pilihanraya di Manik Urai baru-baru ini, kekalahan tetap kekalahan.
yang menyandangnya sejak 1999. Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat menerusi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - mengakui hakikat bahawa pertandingan yang bakal berlangsung di Permatang Pasir adalah sengit dan peluang 50:50. Mereka mengulas demikian ketika mengumumkan pemilihan calon masing-masing di Permatang Pasir tempoh hari.
Lakonan Tiga Sekawan; Lim, Liu & Wong
DAP tertekan apabila Wong Chun How ditahan SPRM sebagai suspek. ‘Drama’ komedia dilakunkan untuk dilihat sebagai mangsa dan menagih simpati. Agak lama dahulu, RTM pernah menyiarkan satu siri komedi televisyen Tionghua yang popular bernama Tiga Sekawan. Episod siri ini banyak memaparkan kehidupan kekeluargaan, kejiranan dan persahabatan dalam sebuah komuniti Tionghua Malaysia.
Ada ungkapan Inggeris menyentuh mengenai realiti meniru seni. Nama siri itu nampaknya ditiru ke dunia realiti tetapi tidak mesej-mesej baik. Itu yang berlaku pada pagi Jumaat baru-baru ini apabila SPRM menahan Wong Chuan How, seorang suspek dalam penyiasatan salahlaku penyaluran peruntukan ADUN yang berleluasa di Selangor.
Drama yang dilakunkan ada adalah contoh buruk untuk mementaskan fitnah dan pembohongan untuk mencetuskan kemarahan berbau perkauman. Lim Kit Siang menuduh SPRM sebagai Gestapo. Ronnie Liu mereka motif terhadap SPRM. Suspek Wong Chuan How pula melakunkan drama dicederakan. Yang lucu, ianya semua pembohongan yang tidak lojik.
Lihat susunan gambar (dari kiri ke kanan dan atas ke bawah) yang menunjukkan rentetatan peristiwa yang dikatakan Lim Kit Siang sebagai suatu kekasaran ala Gestapo. SPRM telah datang dengan cara baik dan memberitahu Wong ditahan sebagai suspek. Peguamnya ada di sebelahnya. Semasa diiring keluar, kelihatan Wong meronta-ronta hingga akhirnya dia terjatuh. Bila jatuh, dia berpura-pura seolah-olah cedera.
Bagi mereka yang tidak mengikuti, Wong Chuan How adalah pembantu Ronnie Liu yang kononnya menguruskan peruntukkan ADUN untuk kawasan DUN Sg Pelik yang ADUN dipilih adalah dari BN. Dia telah didedahkan oleh blog t4tbh sebagai penerima lebih 80 projek kemasyarakatan. Kini dia merupakan suspek yang menerima jumlah lebih 230 projek-projek dari peruntukkan pelbagai ADUN.
Yang anihnya, peruntukkan ADUN diurus oleh Pejabat Daerah dan khusus bagi Sungai Pelek adalah Pejabat Daerah Sepang. Walaupun tidak boleh dilakukan, Ronnie boleh bertegas mahukan Pejabat Daerah menulis cek atas nama Wong.
Pada Jumaat lepas, The Star telah melaporkan tanpa menyebut nama bahawa Wong telah hilang dan tidak boleh dihubungi. Sepanjang minggu ini, The Malay Mail telah memberi perhatian kepada Wong yang langsung tidak boleh dihubungi. Ronnie menafikan Wong telah melari dan menghilangkan diri. Akhirnya, Ronnie mengatur untuk Wong menemui SPRM untuk soalsiasat pada hari Jumaat di pejabat DAP Sg Pelik.
Setelah hampir dua minggu cuba melarikan diri dari disiasat, SPRM sudah tentu menganggap Wong sebagai suspek dan mungkin sekali sudah mencukupi bukti untuk menahannya sebagai suspek.alam drama komedi ala Tiga Sekawan ini, Wong telah cuba meronta dari memasuki kereta SPRM untuk melarikan diri hingga terjatuh. Bila jatuh, dia berlakun seolah kakinya cedera. Gambar jelas menunjukkan demikian dan kecederaannya hanyalah sedikit (lihat gambar bawah) .
Ronnie menuduh SPRM menipu dengan mengatakan Wong akan disiasat sebagai saksi. Dia berhelah undang-undang tidak menetapkan di mana soal siasat boleh dilakukan. Apa pula nak berjanji dengan seorang yang menghilangkan diri selama dua minggu dan cuba melarikan diri dari undang-undang? Ini semua terpulang kepada budi bicara SPRM.
Selain itu, Ronnie turut menuntut dari Pengarah SPRM memberi jaminan keselamatan Wong. Apa gila ‘komunis’ ini menuntut jaminan? Negara berdaulat yang sudah ada undang-undang tidak perlu ada jaminan peribadi dan khusus.
Bolehkah Ronnie pula memberi jaminan nyawa Wong terselamat?
Maklumlah apabila disiasat sebagai suspek, Wong boleh terluah apa yang Ronnie tidak mahu diketahui oleh pihak berkuasa. Pasti kongsi gelap tidak akan senang duduk jika Wong membuat pengakuan yang membabitkan mereka.
Pihak DAP melalui peguam mereka nak berhelah berkata pihak SPRM tidak ada hak untuk menahan dan tidak mengikut prosedur untuk menahan Wong. Mana satu yang mereka nak tuduh? Tiada hak menahan atau tidak mengikut prosedur?
Wong ditahan dengan diberi notis di bawah seksyen yang khusus Sekseyn 53(3) Akta SPRM 2009, satu undang-undang yang diwartakan. DAP bersama BN mengundi menyokong rang undang-undang ini yang diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di Parlimen. SPRM menguatkuasa undang-undang mengikut prosudur yang telah ditetapkan.
Lim Kit Siang membuat sidang akhbar dan menuduh SPRM bersikap seperti Gestapo. Gestapo melakukan kekerasan tanpa atau melampau peruntukkan undang-undang.
Pasti ada peruntukkan undang-undang dan prosedur yang dipersetujui penasihat undang-undang kerajaan sebagai sesuai untuk SPRM memberkas seorang suspek dan memaksanya dibawa ke pejabat SPRM?
Bolehkah Lim Kit Siang tunjukkan peruntukkan undang-undang mana yang memberi hak kepada suspek untuk merempuh dan cuba meronta melarikan diri? Pasti tiada. Jika demikian, maknanya yang Wong berkelakuan sebagai Gestapo dalam menggunakan kekerasan tanpa kuasa undang-undang. Kalau SPRM dituduh Gestapo, kenapa dibenarkan Wong untuk membuat laporan polis dan mendapat rawatan di Hospital Serdang?
Alah jangan tidak biasa., Lim Kit Siang sudah meluahkan ribuan ungkapan-ungkapan menuduh dan melabel sesuka hati pihak kerajaan sepanjang 40 tahun kerjayanya dalam politik.
Apa yang jelas menunggu bersuluh adalah dengan Wong ditahan sebagai suspek, DAP sudah menggelupur ketakutan. Mereka tahu ini akan merosakkan nama DAP selama-lamanya.
DAP begitu kerap menuduh BN melakukan rasuah tetapi dalam hanya setahun memerintah negeri Selangor, mereka sudah melakukan salah laku rasuah. Kalau BN dituduh mengambil peratusan komisyen, DAP ambil 100% menggunakan nama projek dan syarikat palsu!
Dipetik daripada : MyKMU.net
Tiada Maaf Bagimu Wahai Pengkhianat Pelampau Negara!!
Atas teguran dan "suara"nya, Mufti Perak ni pernah dikritik oleh ramai pihak sama ada dari UMNO mahupun PAS. Harussani pernah dikritik oleh pemimpin UMNO pada isu murtad dan PAS mengecamnya apabila beliau menyuarakan tentang isu "penyatuan umat Islam di Malaysia". Pada pendapat saya, Harussani benar-benar hebat sebagai Mufti kerana begitu teguh sekali prinsipnya yang merujuk segala permasalahan hidup kepada tunjang pegangan Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau berjaya membuktikan bahawa beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Sahibul Samahah untuk menyedarkan umat Islam di Perak dan umumnya di Malaysia. Beliau juga disegani kerana berani menyuarakan yang pendirian Islam mengenai yang haq dan yang batil.
Mengundi UMNO Tidak Akan Membawa Ke Syurga? Kata Nik Aziz
Kalaulah saya memperhalusi dan merenung apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, habislah peluang saya! Rasa jiwa kecewa. Habislah segala pahala dan amalan saya selama ini. Nampaknya, saya tidak akan ke syurga walaubagaimana sekali pun amalan baik dan pahala yang saya kumpul didunia. Walaupun saya sentiasa berusaha untuk menjadi seorang muslim yang bertaqwa, tiada syurga bagi saya. Mursyidul Am PAS yang amat disegani, maksum malah lagaknya bagaikan "nabi" telah menetapkan "fatwa" politiknya hari ini. Katanya :"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di IKBN Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu. UMNO tidak akan ke mana. UMNO akan terus memerintah dan menerajui kerajaan Malaysia. UMNO tidak akan ke mana. UMNO akan meneruskan perjuangan Islam sebenar, perjuangan Anak Bangsa, dan perjuangan Tanah air yang tercinta. Begitulah UMNO yang tidak akan ke mana. InsyaAllah, "doa" Nik Aziz Nik Mat itu akan menjadikan UMNO lebih gagah dan lebih mengutamakan rakyat berbanding Perosak Rakyat. Perosak Rakyat akan pergi. Pergi setelah merosakkan rakyat dengan meliberalisasikan Islam, menghina Islam, tidak mendaulatkan perlembagaan dan bersekongkol dengan "syaitan" demi kuasa politik.
Permatang Pasir : 1 Lawan 1; Calon Bebas Lewat Kemuka Pencalonan
Bukit Mertajam -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.Walaupun pada mulanya dijangka pilhanraya kecil kali ini melibatkan pertarungan tiga penjuru namun calon Bebas gagal bertanding selepas lewat mengemukakan borang pencalonan. Pada kali ini, BN meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calon manakala lawannya dari Pas ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, 52. Kamarul Ramizu Idris, 42, yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti sebelum ini, gagal mengemukakan borang pencalonan walaupun hadir ke pusat penamaan calon di Pusat Latihan Belia Negara Bukit Mertajam.
Pengesahan calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya, pada jam 11.25 pagi tadi. Sebanyak 15 bantahan diterima dalam waktu bantahan selama sejam tetapi ditolak. Kerusi DUN Permatang Pauh kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dari Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu akibat sakit jantung.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hamdan memenangi kerusi itu buat kali ketiga setelah memperolehi 11,004 undi mengalahkan Ahmad Sahar Shuib dari BN dengan majoriti 5,433 undi. DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi termasuk seorang pengundi pos yang akan mengundi di lapan pusat mengundi di kawasan berkenaan. Daripada jumlah itu, 14,677 pengundi (72.34 peratus) ialah Melayu, 5,248 (25.86 peratus) Cina, 332 (1.64 peratus) India dan 33 (0.16 peratus) bangsa lain.