Semoga Allah melindungi kita dari mainan keji syaitan yang amat licik dan halus. Semoga Allah mengasihi kita dan senantiasa menunjukkan kita jalan yang lurus. Semoga Allah tidak membiarkan kita, ahli keluarga kita, para ulama dan pemimpin kita disesatkan oleh Syaitan. Ya-Allah, berilah kami semua muslimin dan muslimat tanpa mengira dosa dan parti kami keberkatan dan keampunan.
Sebenarnya, sejak bermula kenyataan Nik Aziz dan kemudian dakwaan beliau yang mengatakan Utusan memutarbelitkan kenyataan beliau, saya terus berdoa pada Allah semoga Nik Aziz sedar, jelas dan yakin(tidak nyanyuk) apa yang dikatakan dan diucapkan dari mulut beliau. Saya amat berharap dengan penuh debar agar beliau di pihak yang benar dan memang Utusan memutarbelitkan kenyataan beliau.
Malangnya, sedihnya, hancur dan luluhnya hati ini, malah, amat sungguh rugi pada agama Islam di Malaysia kerana hari ini kita kehilangan seorang muslim yang mampu berdoa pada Allah supaya mengasihi kita. Kita kehilangan seorang yang dikatakan Mursyid sehingga memegang gelaran Mursyidul Am. (makna mursyid http://ms.wikipedia.org/wiki/Mursyid) .
Seperti yang dituntut oleh Rukun Iman iaitu Percaya Pada Allah dan sesungguhnya Allah berjanji yang kebenaran pasti akan menang dan batil pasti akan kalah, kami, semua ahli/penyokong UMNO percaya akan janji Allah walaupun kami senantiasa kalah dalam perdebatan bijak ahli PAS yang menggunakan ISLAM menuduh kami kafir dan sebagainya.
Percayalah, sengketa antara kita semua hanya merugikan diri sendiri, bangsa dan agama Islam di dunia dan di akhirat. Walau betapa bencinya ahli/penyokong PAS terhadap kami ahli/penyokong UMNO, kami tidak pernah membenci anda dan kami senantiasa berharap agar satu hari nanti kita, sebagai saudara seislam, akan kembali bersatu. Jangan dicontohi keburukan beribu tahun kaum arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW lagi iaitu hasad dengki dan persengketaan dan perpecahan berterusan. Sehingga di saat artikel ini ditulis, sunnah dan syiah masih bertelagah dan berbunuhan sesama Islam.
Dengan penuh insaf dan rendah diri, saya sebagai seroang muslim, ingin merayu pada sesiapa sahaja yang dekat dengan Nik Aziz, terutama ahli keluarga beliau, meminta Nik Aziz supaya bertaubat pada Allah. Tidak perlulah beritahu pada sesiapa, hanya beritahu pada Allah dan mudah-mudahan Allah penerima taubat akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus dan melindungi kita dari permainan keji halus dan licik Syaitan dan Iblis. Beritahu pada Nik Aziz kami ahli dan penyokong UMNO bersedia memaafkan beliau(samada beliau minta maaf atau pun tiada salah pada kami), kerana kami sebagai orang Islam berharap Nik Aziz dapat menjadi seorang Ulama Pewaris Nabi yang dikasihi oleh Allah dan seterusnya menjadi pada cahaya pada kami bila kami dalam kegelapan.
Saya masih kesal dan sedih dalam hati. Mungkin, memang benar kata Allah, semakin tinggi agama seseorang itu, semakin banyak dan besar syaitan yang berusaha menyesatkan beliau. Saya masih lagi tidak percaya dengan rakaman audio yang saya dengar dari TV3 Nightline News dan jelas Nik Aziz menyebut Palestin. Sedangkan beliau dipetik dalam harakah berkata beliau tidak sebut langsung Palestin.
Selamat Berpuasa dan satu soalan pada diri saya, “Tidakkah kita takut akan azab Allah keatas kita diatas setiap perbuatan kita di dunia?” Jawapan saya, saya amat takut dengan balasan Allah dan kehidupan yang kekal itu berbanding dunia yang sementara ini, anda bagaimana?
Sila lihat link dan petikan dibawah dan dengar semula rakaman audio Nik Aziz.
Mungkin Utusan yang selama ini dituduh rasis dan UMNO, yang pernah merendah diri meminta maaf secara terbuka pada Nik Aziz wajar mendapat pembelaan dan maaf dari Nik Aziz.
No comments:
Post a Comment