Monday, August 17, 2009

Mengundi UMNO Tidak Akan Membawa Ke Syurga? Kata Nik Aziz

Kalaulah saya memperhalusi dan merenung apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, habislah peluang saya! Rasa jiwa kecewa. Habislah segala pahala dan amalan saya selama ini. Nampaknya, saya tidak akan ke syurga walaubagaimana sekali pun amalan baik dan pahala yang saya kumpul didunia. Walaupun saya sentiasa berusaha untuk menjadi seorang muslim yang bertaqwa, tiada syurga bagi saya. Mursyidul Am PAS yang amat disegani, maksum malah lagaknya bagaikan "nabi" telah menetapkan "fatwa" politiknya hari ini. Katanya :"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di IKBN Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu. UMNO tidak akan ke mana. UMNO akan terus memerintah dan menerajui kerajaan Malaysia. UMNO tidak akan ke mana. UMNO akan meneruskan perjuangan Islam sebenar, perjuangan Anak Bangsa, dan perjuangan Tanah air yang tercinta. Begitulah UMNO yang tidak akan ke mana. InsyaAllah, "doa" Nik Aziz Nik Mat itu akan menjadikan UMNO lebih gagah dan lebih mengutamakan rakyat berbanding Perosak Rakyat. Perosak Rakyat akan pergi. Pergi setelah merosakkan rakyat dengan meliberalisasikan Islam, menghina Islam, tidak mendaulatkan perlembagaan dan bersekongkol dengan "syaitan" demi kuasa politik.

Ya, benar. "UMNO tidak akan membawa seorang muslim itu ke syurga". Hanya iman dan amalan seseorang itulah yang akan membawa seseorang itu ke syurga. Benar Tok Guru Nik Aziz. UMNO tidak mampu membawa seseorang itu ke syurga sebagaimana dakwaan Nik Aziz. Walaupun pelbagai jabatan, kemudahan dan usaha telah diwujudkan oleh UMNO untuk mendorong setiap individu Islam di dalam Malaysia ini mengamalkan muamalah Islam, semua itu tidak menjanjikan seseorang itu dijamin ke syurga. Walau bagaimana sekali pun dakwah dan program-program yang diusahakan UMNO untuk meng"imarah"kan Islam di Malaysia, syurga itu tetap milik Allah dan bukan milik UMNO.

UMNO sedar akan hakikat itu.Namun, di sini, saya juga ingin menegaskan kepada Tn. Guru Nik Aziz bahawa :"Islam bawah PAS juga tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon UMNO sebagai wakil rakyat mereka,".Islam bawah PAS juga tidak akan ke mana. PAS akan terus di"perkuda" oleh "syaitan-syaitan" yang kini menjadi "sahabat" PAS. PAS tidak ke mana dan akan terus di"bisu"kan oleh "syaitan-syaitan" itu setiap kali cuba membuat dasar Islam di dalam pemerintahan "Pakatan Rosak".

PAS tidak ke mana dan akan terus menjadi "alat" PKR dan DAP untuk kepentingan politik masing-masing. PAS tidak ke mana dan akan terus menjadi parti kelas ketiga dalam "Pakatan Riot" yang perlu mendengar kata "tuan" PKR dan DAP. PAS tidak ke mana dan akan terus jumud dalam pemikiran mempergunakan Islam demi kepentingan politik dan kuasa. Begitulah PAS yang juga "tidak ke mana".PAS juga tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga, sebagaimana UMNO. Ini dengan tegasnya menafikan dakwaan Nik Aziz sebelum ini bahawa kononnya "siapa yang undi PAS akan dapat pahala dan dihadiahkan syurga".

Syurga neraka itu bukan hak milik Nik Aziz dan bagaimana pula Nik Aziz boleh memberikan "fatwa"nya sebagai jaminan untuk sesiapa yang memberikan "undi" kepada PAS akan membawa mereka ke syurga? Apakah Nik Aziz menganggap bahawa syurga neraka itu miliknya? Ramai juga kenalan dan sahabat saya yang merupakan ahli PAS yang tidak solat, tidak berpuasa di bulan ramadhan, mencarut memaki hamun dan tidak menjadi seorang Islam yang baik. Apakah kerana mereka-mereka ini "mengundi" PAS, maka mereka akan di"hadiah" oleh Allah? Atau "syurga" yang dikatakan Nik Aziz itu hanyalah rekaannya sendiri sahaja?

Nampaknya, ada sekumpulan muslimin dan muslimat yang telah berjaya di"tipu" dan di"manipulasi" oleh "fatwa" politik Nik Aziz.Saya tidaklah menafikan "fatwa" Nik Aziz Nik Mat terhadap kemampuan UMNO. UMNO telah berusaha dan akan terus berusaha sebaik mungkin demi mendaulatkan Islam di Malaysia. Dengan prasarana dan kemudahan untuk mengamalkan ajaran Islam yang disediakan dan sikap mempertahankan Islam dari di"hina" oleh segelintir individu yang "melampau", UMNO masih lagi tidak mampu mendabik dada atau menjamin "syurga" kepada pengundinya. Mungkin PAS agak berbeza pandangan mengenai ini. Berbeza pandangan atau berbeza agama? Setahu saya, ahli UMNO dan ahli PAS juga menyembah Tuhan yang sama dan mengamalkan ajaran Islam mengikut ahli sunnah wal jamaah serta bermazhabkan Imam Shafi'e.

Saya amat berharap Nik Aziz supaya segera bermuhasabah dirinya dan mengaku silapnya di atas kezaliman "fatwa"nya kepada umat Islam di Malaysia. Sebaiknya Nik Aziz mengakui silap dan salahnya pada umat Islam di Malaysia dan mengundurkan diri dari dunia politik memandangkan dirinya sudah "berumur" dan sering uzur. Dahulu Nik Aziz menasihati Tun Dr. Mahathir untuk mengundur diri dari dunia politik. Tun Dr. Mahathir sudah pun berbuat demikian. Nik Aziz bila lagi? Lagi lama Nik Aziz berpolitik, semakin celaru pula "fatwa" ulama' PAS ini. Dah "nyanyuk" ke?


Dipetik dari : MyKMU.net

No comments:

Post a Comment