Friday, August 21, 2009

Jangan Pandang Remeh Kuasa Sultan - KOMENTAR

Beberapa artikel yang aku tulis sebelum ini,baik yang disiarkan atau tidak banyak menyentuh tentang kuasa Raja Melayu dan budaya 'gangster' DAP.Tiada niat untuk aku semarakkan isu perkauman,jauh sekali melaga-lagakan pemimpin2 melayu.Acapkali,aku laungkan agar ahli Mykmu memohon campurtangan Sultan dalam menyelesaikan isu2 mencerca agama,mencabul hak bumiputera dan kesucian perlembagaan serta kenyataan2 yang mencemar duli Raja2 Melayu.Sesetengah orang Melayu yang menyokong pembangkang turut serta bersama DAP dan PKR mahupun PAS untuk menggerakkan 'budaya gangster' yang mereka semai dikalangan rakyat yang pendek akal.


Lihatlah betapa besar kuasa Sultan Melayu.Hari ini, muka depan Utusan Malaysia melaporkan yang Sultan Selangor menolak untuk menggunakan wang zakat selain daripada hal-ehwal kebajikan orang Islam.Dari awal,aku sentiasa berharap agar Sultan2 Melayu tidak hanya dilabel sebagai ketua kerajaan yang hanya 'potong riben', beri pingat,tingggal dalam istana mewah dan mempunyai deretan kereta mewah.Kuasa Sultan amat besar dan amanah yang diberikan oleh rakyat amat berat.Sultan2 Melayu wajib menunaikan tanggungjawab demi agama Islam,bangsa Melayu dan negara.Umum mengetahui yang kerajaan Selangor, dan P.Pinang 'diperintah' oleh DAP.Kalau tidak kerana Sultan,MB di Selangor pun mungkin dari orang DAP.


Cadangan MB Selangor untuk gunakan wang zakat untuk pembangunan negeri adalah idea gila dan merapu.Aku yakin yang ditekan oleh 'ganster2' dalam DAP. Mastermind nya ialah Anwar Ibrahim.Di dalam artikel aku yang lepas,aku ada menyebut tentang rahsia2 Anwar yang disimpan oleh penasihat DAP iaitu Karpal Singh. Secara logiknya,wang zakat hanya disumbangkan oleh orang Islam dan mengikut syarak juga,wang zakat hanya boleh digunakan untuk kebajikan umat Islam.Dari dulu lagi, DAP pernah menyoal tentang kegunaan wang zakat ini dan mereka pernah menuntut wang zakat disalurkan kepada orang bukan Islam.


Tetapi sesetengah orang Melayu masih leka.Menang sorak kampung tergadai.Terus-menerus dicucuk hidung mereka oleh DAP.Apakah orang2 PAS masih tak nampak 'neraka' yang mereka peluk dan sokong?Apakah orang2 PKR masih buta hingga tak dapat membezakan 'qubul dan dubur'??Kepada Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, sedar dan insaflah...UMNO memang tidak sempurna, tetapi UMNO tidak akan gentar dengan segala putar belit dan tohmahan dari PAS dan PKR.Jikalau Nik Aziz dan Anwar masih terus mainkan lagu2 caci maki dan agama Islam terus dijadikan 'umpan',UMNO tidak akan berdiam diri.


UMNO dan BN banyak bersabar kebelakangan ini hanya kerana untuk menjaga hati rakyat.Undang2 pun dipandang sebelah mata oleh kerajaan kerana takutkan 'havoc' berlaku.Pembangkang sangat bijak pasal hal nak porak perandakan negara. Aku faham kenapa kerajaan bertindak berhati2. Tetapi jangan pula kita dipijak,seolah2 kita berada di pihak yang salah. Kes rasuah yang melibatkan pembantu ADUN Selangor baru2 ni menunjukkan satu lagi contoh budaya gangster DAP.Mereka seakan2 tak boleh disentuh.Macam2 alasan mereka reka.Yang kena hentam ialah SPRM.Aku tengok,bila orang kerajaan termasuk menteri,bila kena siasat dengan SPRM, mereka professional.Takde pun nak lari,sampai jatuh masuk hospital.Aku harap kita jangan berlembut sangat. Nanti roket terbang sampai bulan, bulan pun jadi gelap, mata lebam pun terus jadi buta.Masa tu,UMNO gigit jari sebab kita tak tahu apa yang tersirat didalam hati setiap pemimpin komponen BN.


Aku sangat berbangga dengan tindakan Sultan Selangor yang peka dengan situasi politik di Selangor.MB Selangor boleh terus ditunggang dan dicucuk hidungnya oleh DAP. Sultan tetap di tempatnya yang tertinggi sebagai ketua kerajaan negeri dan aku harap semua Sultan2 bangkit dan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk 'belasah' gangster2 yang semakin melampau ni. Sama2 kita terus menyokong Sultan2 Melayu menjalankan tugas mereka untuk mendaulatkan agama Islam,memelihara orang Melayu dan terus menjadi 'pengimbang' didalam kancah politik.


RAJA ADIL RAJA DISEMBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!


Disediakan oleh:


KOMENTAR

No comments:

Post a Comment