Sunday, August 07, 2011

Mati menentang kerajaan digelar SYUHADA?


Kita masih ingat lagi tentang amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang mengenai hukum menentang UMNO dan kewajipan PAS melawan kerajaan. Amanat tersebut telah dipegang oleh puluhan ribu pengikut PAS dan menjadi panduan kepada kebanyakan mereka hingga kini.


Melalui amanat inilah perpecahan dikalangan umat Islam semakin parah hinggakan berlakunya sembahyang dua imam didalam masjid yang sama. Perbuatan melabelkan setiap ahli UMNO sebagai kafir juga berleluasa kerana Hadi didalam amanatnya telah menggambarkan sebagai syahid jika mati ketika menentang UMNO.


Amanat yang pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang tersebut dalam satu ceramah di Banggol Paradong rupanya masih terpakai sehingga ke hari ini. Walaupun Hadi Awang pernah cuba untuk berdalih menafikan amanatnya yang banyak menimbulkan kecelaruan tersebut, namun ia tak cukup untuk menafikan bahawa PAS telah menyumbang kepada penyelewengan aqidah para pengikutnya.


Dan kini sekali lagi terbukti Hadi Awang masih berpegang kepada amanat yang pernah diucapkannya berpuluh tahun dahulu. Allahyarham Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang mati akibat sakit jantung didalam demonstrasi menentang kerajaan telah dikatakan sebagai seorang SYUHADA serta mati syahid oleh Hadi Awang.


Arwah juga dikatakan mampu memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat nanti kerana telah meninggal didalam keadaan menentang kezaliman. Persoalannya disini, apakah arwah meninggal ketika memerangi musuh Islam sehingga boleh digelar sebagai seorang SYUHADA dan mati syahid?


Apa yang kita sedia maklum, perhimpunan haram BERSIH yang diadakan baru-baru ini dianjurkan untuk menentang kerajaan dan mendapat bantahan dari ramai pihak. Pihak yang berhimpun di ibunegara tersebut bukanlah berkumpul untuk berperang dengan pihak kafir tapi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan kerajaan Islam.


Jadi dalil manakah yang Hadi Awang gunakan untuk menyatakan bahawa Arwah Baharuddin mati sebagai syahid dan sebagai seorang syuhada? Jika orang Islam yang mati menentang kerajaan dikatakan sebagai syahid dan syuhada, pasti lepas ini akan lebih ramai umat Islam berpusu-pusu tampil ke jalanan bagi menentang kerajaan dengan harapan untuk mati syahid.


Tok Guru Haji Yaakob Omar yang merupakan tokoh agama dan juga pengendali Madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih Memali, Baling Kedah telah membuat kenyataan menyanggah kenyataan Hadi Awang.. “Orang-orang yang mati kerana menentang kerajaan tidak tergolong dalam mati syahid.”


Dan Ustaz Idris Sulaiman yang merupakan seorang penyelidik di kedutaan Arab Saudi juga menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi, bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa, sebaliknya ia mati dalam keadaan jahiliah kerana menurut ajaran Islam, berdemonstrasi melawan pemerintah, hukumnya haram.


“Hal ini (demonstrasi) adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama kita, di mana Islam sentiasa menuntut umatnya bersatu padu dan melarang berpecah”.. katanya.


Dan kita perlu rujuk kembali kepada hadis yang telah diucapkan oleh baginda Rasulullah SAW mengenai permasalahan mati ketika menentang pemerintah Islam ini..


“Dalam hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud.. “barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”


Bila kita rujuk kembali kepada hadis tersebut, maka terbuktilah ia berbeza sama sekali dengan apa yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak tentang mati syahid jika menemui ajal ketika berdemonstrasi menentang kerajaan yang memerintah. Jadi dalil mana yang Hadi Awang pakai untuk menggelar mereka yang meninggal ketika demonstrasi adalah syahid?


Amat jelas sekali kenyataan Hadi Awang bercanggah dengan hadis baginda Rasulullah SAW dan ianya terbukti merupakan penyelewengan yang bakal merosakkan pemikiran dan pegangan umat Islam keseluruhannya.


Dipetik daripada : www. mykpmu. net

Serbu Gereja DUMC: Hasan Ali pertahan Jais, Khalid Gagap pulak yang kesal..!!!


Memang teruk Hasan Ali kena balun lepas ni. Elok-elok jadi Exco Kerajaan Negeri, silap-silap lepas ni dilucutkan jawatan serta merta. Sudahlah dia dilucutkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor pada muktamar Pas yang lalu, kali ni dia bakal hilang status Exco pulak?


Perit atau tidak, itulah yang harus Hasan Ali lalui. Khalid Gagap, atas kapasiti Menteri Besar merangkap balaci Ronnie Liu, Teresa Kok dan Eli Wong awal-awal lagi sudah menghubungi Pastor Gereja DUMC tu, Daniel Ho, untuk menunjukkan kekesalannya atas tindakan Jais yang ditemani PDRM menyerbu majlis di Gereja tersebut. Aku rasa, Khalid pasti tergagap-gagap minta maaf pada paderi tu…


Bertentangan dengan tindakan Khalid, Hasan Ali mempertahankan tindakannya dan Jais tersebut. Katanya, dia ada bukti untuk bertindak sedemikian. Malah, Hasan Ali menyatakan bahawa 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.


Sebenarnya, tindakan Jais dan Hasan Ali itu wajar dilakukan. Berbuka puasa di dalam Gereja? Itu sahaja sudah menunjukkan keadaan luar biasa. Seperkara lagi, ada pulak yang cuba lari ketika “lawatan” Jais melalui jalan belakang Gereja itu. Satu lagi tindakan luar biasa. Jika tidak salah, mengapa cuba lari?


Hasan Ali juga mendedahkan bahawa ada pula cubaan untuk menghalang dan menghapuskan bahan bukti! Ni apa kes ni sampai perlu hapuskan bahan bukti? Kantoi sangat ke sampai perlu bertindak begitu. Jelas sekali ada sesuatu yang cuba disembunyikan dalam majlis tersebut. Itu pun lagi mau “auta” ke?


Paling best, aku tengok sikap Khalid Gagap. Punyalah sayang pada DAP sampai terpaksa hubungi sendiri Pastor Gereja tu untuk tunjukkan dirinya tak terbabit dalam hal tu. Hairan betul aku. Apa agama Khalid Gagap ni? Dia Islam ke Kristian? Atau tindakan dia itu hanya semata-mata pasal nak jaga kerusi Menteri Besarnya?


Aku masih menunggu kenyataan dari “Pastor” Khalid Samad. Agak-agak, apa yang akan dia kata mengenai insiden serbu Gereja ni? Dia mengamuk pada Hasan Ali atau pertahan Hasan Ali. Khalid Samad sangat terkenal di kalangan gereja-gereja di Selangor dan dia pun sudah lama mengintai jawatan Exco Selangor. Silap betul dia bertanding Parlimen. Kalau dia bertanding DUN, sudah tentu dia yang jadi Exco, tak pun MB!


Pada aku, dari segi politiknya, kedudukan Hasan Ali dalam bahaya. Keselamatan dia pun agak terancam. DAP ni kebanyakkannya kepala-kepala gangster. Silap haribulan, rumah Hasan Ali kena lontar molotov cocktail. Itulah..dulu orang tawar untuk bergabung dengan BN dan jawatan MB diserah pada Hasan Ali, Pas sombong dan bongkak! Lihatlah apa hasilnya sekarang…


Dipetik daripada : www. mykpmu. net


Izzah perlu kawal Papanya agar tak “pancut” merata-rata..!!!


Kecoh betul Nurul Izzah yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hilang kawalan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dia memberi alasan bahawa Pakatan Haram kononnya itu telah menemui bukti sebanyak 1,600 nama rakyat asing yang diberikan hak mengundi pada pilihanraya.


Itu saja alasannya? Jelas sekali Izzah tidak mempunyai asas yang kukuh dan tidak menyiasat dahulu sebelum membuat sebarang pendakwaan. SPR dan JPN telah pun membuat kenyataannya menjelaskan keadaan sebenar. Menurut SPR, hanya JPN sahaja yang boleh mengesahkan perkara tersebut. JPN pula telah menjelaskan bahawa “geng 71″ tersebut melalui kenyataa akhbarnya di sini. Begitu senang dimatikan hujahnya.


Pun begitu, Izzah perlu tahu bahawa ibunya, Kak Wan dan dirinya sendiri perlu mengawal bapanya. Sebenarnya, bapanya itulah yang hilang kawalan. Tidak puas dengan Kak Wan seorang, dia cari yang lain-lain. Nafsu buas bapanya itu tidak mengenal erti halal atau haram. Pakai redah ikut sukanya sahaja.


Papa Nurul Izzah sudah popular dengan tabiatnya yang sukar mengekang nafsu serakahnya. Sebut saja “jenis” apa yang belum dicubanya, semua sudah di”jamah”nya. Bukan setakat perempuan, lelaki pun di”sebat”nya. Rasanya, Izzah pun tahu minat Papanya itu!


Izzah kenal Sukma, adik angkat kepada Papa tersayangnya itu? Tidakkah Izzah tahu betapa “trauma”nya Wan Azizah dengan kelibat Sukma? Bagaimana dengan Azizan? Masih kenal dengan nama itu? Mungkin Izzah tidak kenal dengan Mior, namun saya yakin Izzah kenal dengan Shamsidar Taharin, bukan? Itu belum disebut mengenai Saiful Bukhari, satu Malaysia kenal mangsa Anwar yang seorang ini!


Izzah yakin bahawa bukan Papanya di dalam skandal video rakaman yang ditayangkan oleh Datuk T? Yakin? Bagaimana dengan suami, mertua dan sanak saudara lain? Mereka yakin bahawa itu “bukan” Anwar? Bagaimana dengan adik kandung Izzah sendiri, Ehsan? Dia yakin itu “bukan” Papanya juga? Tak payahlah Izzah nak berselindung lagi. Rahsia itu bukan lagi rahsia…


Sewajarnya, Izzah kena cermin di dalam lingkungan keluarganya dahulu. Setahu saya, Izzah tinggal bersama Papa dan Ibunya. Sudah tentu sering bersemuka. Sepatutnya, Izzah perlu mengajak ibunya untuk berkonfrontasi dengan Papanya yang hilang kawalan diri. Papanya perlu di”kawal” agar tidak “memancut” merata-rata…


Izzah perlu tahu bahawa norma-norma kehidupan Islam yang sihat, seorang manusia itu mampu mengawal nafsunya. Seperti di bulan Ramadhan, kita bukan saja perlu mengawal nafsu makan dan minum, nasfu seks juga perlu dikawal. Manusia seperti Papanya yang tidak mampu mengawal nafsu tidak melayakkan dirinya untuk dipanggil manusia. Manusia jenis apakah ini yang tidak mampu mengawal nafsu sendiri..? Persoalan itu perlu Izzah tanya kepada Papa…


Dipetik daripada : www. mykmu . net

Tuesday, June 07, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Allahyarham Cik Pie

Majlis Perkahwinan Berlangsung di Rumah Rakyat Pancor pada 5 Jun 2011 (bersamaan hari Ahad). Allahyarham Cik Pie atau nama penuhnya Mohd Safiei bin Mohd Amin merupakan semasa hayatnya pernah memgang jawatan Pengerusi JKKK Kampung Pancor. EDITOR telah berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan ini yang telah berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Majlis perkahwinan ini melibatkan dua pasang pengantin, iaitu anak lelaki dan anak perempuan Allahyarham.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di majlis ini yang berlangsung di Rumah Rakyat Pancor.



Disediakan oleh : EDITOR

Bawa RoS Ke Mahkamah, Satu Lagi Muslihat Politik Anwar


Kelam kabut dalam pemilihan PKR 2010 memang jadi tontotan semua rakyat. Kerusi terbang, protes calon, ketidak adilan dalam proses pemilihan dan sebagainya sehingga membawa kepada pembatalan keputusan beberapa Cabang dan/atau mesyuarat perlu diadakan semula menunjukkan macam mana parti yang bercakap besar tentang ‘demokrasi baru’ untuk Malaysia ini, tidak mampu menguruskan demokrasi dalam parti sendiri pun.


Peratusan ahli yang keluar memilih juga begitu rendah sekali antara 10 – 15% sahaja daripada entah berapa ‘ratus ribu’ ahli PKR diseluruh negara. Kalau Azmin pun dapat undi tertinggi sekitar 19.000 lebih saja untuk jawatan Timbalan Presiden, berapa ramai sangat ahli PKR tu?


Mana peraturan PKR pakai sehingga pemilihan yang telah diputuskan boleh dibatalkan begitu saja, bukan satu malah berlaku di beberapa Cabang antaranya Kuala langat, Klang, PJ Selatan, Subang, Jerai, Merbok, Kuala Nerus & Kapar.


Tidak berhenti setakat itu, dilapurkan berlaku kes penjualan kertas undi walau cuba dinafikan Setiausaha Agung dengan alasan ada sabotaj dan kertas undi dicuri. Kemuncak kepada segala kelam kabut, calon Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim, menarik diri dari pertandingan.


Hairan juga kita, boleh ke amalan kelam kabut yang sedemikian dilakukan parti politik berdaftar seolahnya tiada peraturan yang mengikat?


Tapi notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh RoS kepada PKR atas kelam kabut yang berlaku dalam pemilihan tahun lepas membuktikan bahawa PKR tidak terlepas dari pemantauan oleh pihak berkuasa dan tindakan sewajarnya telah diambil selaras dengan peraturan sedia ada.


Logiklah, kalau segala macam kelam kabut berlaku menunjukkan memang ada satu yang tidak kena dengan PKR ini yang memerlukan penjelasan kepada pihak berwajib. PKR mungkin parti anak beranak Anwar Ibrahim tapi negara ini bukan milik mak bapak dia pun, maka itu apa pun peraturan yang tidak dipatuhi, memerlukan penjelasan kepada pihak berwajiblah.


Bukan PKR saja, malah mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan RoS.


Tapi, pelik, notis dari RoS yang begitu simple ini dibawa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Kalau pemilihan telus dan mulus serta berjalan lancar, jawab ajela notis tu, apa masalahnya? Tapi knowing Anwar, kita sudah agak, sebab sebelum ini pun Anwar menuduh UMNO yang mendalangi tindakan RoS ini. Eh, dia sendiri yang cipta kelam kabut, UMNO pulak yang dituduh?


Sebelum ini pun dalam kes saman Hishamuddin berhubung kes video seks ke atas Anwar, Anwar boleh menyaman Hishamuddin semula atas dakwaan konon menjejaskan reputasinya, siap tuntu ganti rugi lagi tu!! Walhal, individu yang dedah video tersebut, Eskay Abdullah, tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Anwar.


Kita lihat Anwar sering menjadikan mahkamah sebagai tempat melambakkan perkara-perkara remeh tapi tidak menyebelahi dirinya dan PKR. Kita dah lihat banyak perkara seperti ini berlaku sehingga hal nak memindah kes liwat dari Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Tinggi pun menjadi isu yang memerlukan semakan kehakiman sehingga ke tahap Mahkamah Persekutuan!!!


Dan kalau keputusan tidak menyebelahinya, mulalah Mahkamah dituduh sebagai alat UMNO dan tidak bebas, malah macai Anwar, Zuraidah Ampang menuduh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Anwar membela diri dalam kes liwatnya sebagai ‘Mahkamah Pandy Kutty’ (Mahkamah Anak Babi).


Sehingga kini tiada tindakan menghina mahkamah whatsoever yang dikenakan ke atas janda bermuka biawak ini.


Tapi memang itulah tujuan Anwar – untuk burukkan UMNO dan mahkamah. MO (modus operandi)nya mudah, kalau dia lepas atau menang, UMNO terbukti mencipta fitnah, kalau dia tak terlepas dan disabitkan dengan kesalahan, UMNO pengaruhi hakim dan mahkamah!!


Anwar memang fobia dengan UMNO, sampai dia tibai jubor jantan sehingga meninggal DNA dan tutuh pepek pelacur sehingga terakam pun, UMNO juga yang dipersalahkan.


Penulis cadang, sementara berkuasa, BN dan UMNO perlu buat sesuatu dalam hal salah guna proses mahkamah untuk kepentingan politik dan peribadi ini. Punca kewangan Anwar sudahlah tidak terhad, tambah pulak begitu ramai manipulator undang-undang yang berselindung disebalik nama peguam, berkhidmat dengan Anwar sebagai MP dan Ketua Cabang partinya membolehkan Anwar menggunakan sumber yang tidak terhad ini untuk kepentingan peribadi dan politiknya dan ini bukanlah suatu yang sihat pun.


Yang penting untuk kita tahu ialah, tindakan membawa notis RoS ke mahkamah ini adalah tindakan bermotifkan politk semata-mata bukan sebab apa yang lain. UMNO tidak masuk campur dalam hal RoS dan Anwar sendiri pun tidak pernah membuktikan dimana yang UMNO terlibat dalam hal ini.


Kalau UMNO boleh masuk campur dalam hal RoS, PAS dan DAP hari ini bukanlah lagi parti berdaftar sebab akan lama diharamkan, tapi kenapa itu tidak berlaku? Fikirlah saja dimana logiknya tuduhan Anwar itu.


Dipetik daripada : mykmu.net

Kitar Hidup PAS @ DAP


Dipetik daripada : mykmu.net

Dasar Islam, Sekutu DAP: Macam Mana Tu, Tak Faham?


Penulis betul-betul keliru dengan ucapan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam yang antara lain menyatakan bahawa PAS sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Apa maksudnya itu? Tak fahamlah.


Macam mana Nasha kata kekal prinsip asal tapi masih bersekutu dengan DAP tu? DAP tidak memperjuangankan seinci kelebihan kepada mana-mana kaum, ikut kata depa semua rakyat pun mesti mau sama. Tiada kaum yang lebih dari kaum lain, tiada juga agama yang lebih dari agama lain, semua mesti sama, equal.


Dan PAS (melalui Nasha) bercakap tentang meletakkan Islam di atas, syariat di atas, al-Quran dan sunnah di atas pulak. Apa kata DAP?


Tahun 1999 dulu bolehla, masa itu orang cina tolak DAP sebab depa nampak DAP dikawal oleh PAS tapi segalanya berubah sekarang, orang cina tidak malu mengundi PAS sebab mereka tahu DAP mengawal PAS. Itu menjadikan PAS tidak mampu menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat seterusnya melaksanakan semua apa yang dicakap oleh Nasha seperti diatas malah bolehlah dianggap sebagai mimpi sahaja.


Apa sekali pun cakap Nasha ini sebenarnya tiada merit sebab yang menentukan hala tuju parti ialah Mursyidul Am. Mursyidul Amlah sebenarnya nakhoda kapal PAS, tiada apa yang lain waima Presiden, apatah lagi Timbalan Presiden.


Nik Aziz sudah liberal dalam banyak hal seperti dalam pelbagai isu berkaitan kafir masuk masjid tanpa diketahui kesuciannya, arak yang dibenarkan dijual di kawasan orang Islam di Shah Alam (dulu tak boleh), kilang arak yang tidak ditutup sebagaimana yang diwar-warkan dulu malah nak diperbesarkan pulak lagi dan macam-macam apa yang lain.


Mungkin Nasha lupa, semua ahli PAS percaya bahawa bila PAS bercakap tentang meletakkan syariat Islam di atas dan menjadikan al-Quran sebagai rujukan, itu bermaksud melaksanakan hudud – hukum Islam yang menurut fahaman PAS tidak boleh tidak perlu dilaksanakan.


Jika bukan hudud, apal lagi? Sebab dalam hal syariat Islam, hanya hudud saja yang belum dilaksanakan kerajaan BN sekarang, itu pun tidak membawa kepada apa-apa pelanggaran kepada syariat Islam atas sebab yang sungguh kukuh – tidak mampu berlaku adil kepada semua.


Satu lagi, apa jadi dengan konsep ‘PAS For All” yang tidak terbatas kepada Islam semata-mata? Islam tu memang untuk semua tapi PAS bukan untuk semua pun, PAS hanya untuk ulamak saja, lain dari ulama tidak boleh mendudukki kerusi timbalan dan presiden PAS, apatah lagi dilantik Mursyid Am.


Banyak konfius sebenarnya ni tapi kalau betul-betul faham cara politik PAS, ini bukan susah nak tangkap. PAS hanya main lagu Islam bila rasa dirinya semakin ditolak rakyat. Sebab majoriti pengikut PAS adalah terdiri dari golongan manusia taksub yang kurang akal.


Kebetulan atau apa, memang tahap kepercayaan rakyat terutama orang melayu kepada PAS lama semakin kecik.



Dipetik daripada : mykmu.net

PAS Mula Diresapi Amalan Kronisme Anwar Ibrahim


PAS dan PKR, walaupun berbeza dari segi idealogi dan matlamat perjuangan tapi mempunyai persamaan yang amat ketara iaitu KETUA SEBENAR KEDUA PARTI INI TIDAK DIPILIH SECARA DEMOKRASI. Dalam hal PAS, Mursyidul Amnya lah, si Nik Aziz manakala dalam hal PKR, si penzina Anwar Ibrahim.


Namun, dari segi amalannya, PAS dan PKR sangat berbeza dengan PKR mengamalkan politik kronisme sejati – suami ketua umum, isteri Presiden, madu Timbalan Presiden dan anak, Naib Presiden.


Tak sebut lagi beberapa orang lagi yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam PKR yang diketahui mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim macam Mustapha Kamil Ayub.


Manakala PAS tidak dan atas sebab itu juga PAS berani mengkritik Tan Sri Taib Mahmud yang meletakkan adiknya sebagai calon dalam pilihanraya negeri Sarawak yang baru lepas, walaupun tidak berani menyoal PKR yang lebih teruk lagi.


Kini, semua itu tinggal sejarah.


Kemenangan anak Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang dalam saf kepimpinan Pemuda PAS memberikan bayangan bahawa PAS semakin diresapi amalan kronisme gaya Anwar Ibrahim dalam PKR.


Nik Aziz, umpama dewa hidup dalam PAS diketahui mempunyai pengaruh yang cukup meluas dalam PAS dan tidak sukar untuk Nik Abduh menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas yang ditandinginya.


Begitu juga anak Abdul Hadi Awang, Khalil Abdul Hadi yang menduduki salah satu dari 12 kerusi AJK Pemuda PAS Pusat.


Pada yang tak tahu, sekarang ini pun Nik Abduh adalah ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu dalam negeri Kelantan dimana Nik Aziz merangkap bapanya sebagai Menteri Besar. Sengaja ditulis sedemikian rupa demi nak menunjukkan bagaimana taksubnya Nik Aziz kepada Anwar Ibrahim sehingga dia meniru dan mengadaptasikan amalan kronisme PKR ke dalam PAS.


Kemenangan kedua anak masing-masing Nik Aziz dan Hadi Awang ini adalah satu permulaan kepada dominasi empayar anak beranak dalam PAS yang kita yakin akan membawa masalah lebih besar kepada kepimpinan PAS di masa hadapan atas sebab percanggahan pendirian kedua bapa masing-masing yang berlaku sekarang seperti dalam contoh kerajaan Perpaduan.


Walaupun Mujahid Rawa, anak bekas Mursyidul Am PAS yang pertama Yusof Rawa juga mendapat tempat dalam saf kepimpinan Pemuda PAS tapi ia berlaku selepas kematian bapanya pada tahun 2000 sedangkan Nik Abduh dan Khalil menang jawatan masing-masing dikala bapa mereka berdua masih hidup malah memegang jawatan pula.


Kita semua menolak amalan kronisme sebab ia hanya akan menguntungkan sebelah pihak saja, sedangkan banyak pihak lain lagi yang menderita olehnya.


Dalam PAS ada beribu aktivisnya yang berjuang selama beberapa dekad dan masih lagi tidak mendapat tempat dalam kepimpinan PAS atas banyak sebab, dan kini salah satu sebab itu ialah kerana memberi laluan kepada ‘waris’ Mursyidul dan Presiden pulak.


Dipetik daripada : mykmu.net

Negara Berkebajikan: Lebih Baik Pilih BN!!


Orang PAS semua nasib baiklah sebab Hadi Awang tidak ditakdirkan membawa kapal, sebab kalau itu berlaku nescaya stering kapal itu boleh longgar kalau tak patah dek sebab sering berpusing-pusing mencari arah tujuan yang baru. Yelah, kejap nak pergi Negara Islam, kejap nak pergi Negara Berkebajikan.


Penulis tak pastilah tentang negara lain, tetapi sepanjang pengetahuan penulis selama bergiat dalam politik negara ini, tidak pernah rasanya berjumpa dengan parti yang memanjang je tukar dasar parti melainkan PAS. Lama dulu pun penulis dah cakap yang mengkarung dengan PAS tidak banyak berbeza tapi penulis tak sangkalah begitu sakitnya PAS hari ini sehingga tukar dasar macam tukar selipar.


Kebetulan atau apa, Nik Aziz juga digelar Wali Selipar.


Hadi mungkin terpukul dengan kenyataan Timbalannya beberapa hari lepas bahawa PAS tidak akan menukar dasar Islamnya walaupun bersekutu dengan DAP. Hadi tahu yang DAP tidak akan berkompromi dengan satu apa pun yang terkait dengan Islam dan ucapan Nasha semalam boleh menyebabkan PAS kerugian dalam bentuk politik dan wang kalau DAP memutuskan kerjasama politik dengan PAS.


Maklum, busuk-busuk sekarang orang PAS ada jugak yang dapat jadi ahli Majlis dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dan menyumbang kepada tabung parti!!


Jadi Hadi terpaksa menekan soal negara berkebajikan pulak untuk menutup kesalahan dalam ucapan Nasha sebelumnya.


Kalau nak kira negara berkebajikan, baik lagi pilih BN sebab dengan puluhan bilion wang yang dibelanjakan kerajaan BN untuk tujuan subsidi, BN lebih berkebajikan daripada PAS dan Pakatan Rakyat pun. BN dah laksanakan dasar subsidi ini sejak merdeka dan PAS baru nak cakap soalnya hari ini?


Bodoh ke atau memang akal tak sampai ke situ?


Menurut Hadi negara berkebajikan memang ada disebut dalam al-Quran dan BN yang sering dituduh Hadi dengan pelbagai gelaran tidak Islamik ni rupanya mematuhi ajaran Islam kerana membelanjakan puluhan billion wang untuk memberi subsidi kepada rakyat.


Kerajaan BN bukan setakat berkebajikan tapi juga menguruskannya dengan baik. Bukan setakat itu, soal lain dalam negara juga diuruskan dengan baik sehingga tidaklah sampai berlaku perang saudara dan sebagainya disebalik kepelbagaian kaum, bangsa dan agama rakyatnya.


PAS diketahui gagal menjadi ketua kepada Pakatan Rakyat malah PAS sanggup menggadai prinsip untuk bekerjasama dengan DAP sedang DAP langsung tidak ubah apa-apa pun dasar partinya untuk bekerjasama dengan PAS.


Jadi buat apa nak pilih PAS dan sekutunya kalau kerajaan BN sekarang sudah beri lebih baik lagi? Lihat sajalah di negari-negeri yang diperintah pembangkang sekarang, apakah mereka berkebajikan sangat? Kalau ada yang diberikan pun tidak sampai kepada semua lapisan rakyat seperti dalam hal air percuma.


Baru bercakap tentang subsidi saja PAS dan sekutunya sudah kalah disitu, bagaimana pula dengan pelbagai jenis bantuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin dan kurang upaya? Pembiayaan perubatan yang murah di hospital kerajaan dan klinik 1Malaysia? Pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di bawah PTPTN?


Semua ini menunjukkan bahawa kerajaan BN sudah lama melaksanakan kerajaan berkebajikan ini walaupun tidak mewar-warkannya dimana-mana.


Tapi kalau betul nak laksana negara berkebajikan ini, elok ahli PAS minta ia ditulis dalam perlembagaan PAS, bukan apa takut apa yang dibuat Nizar dalam DUN Perak dalam soal negara Islam dulu berulang kembali


Dipetik daripada : mykmu.net

Antara “bahan bukti” dan “saksi” pun Hadi tak boleh beza?


Hadi memberitahu para perwakilan bahawa video seks yang dikaitkan dengan Anwar hanyalah “besi” dan tidak boleh dijadikan saksi bagi memberi keterangan untuk menuduh Anwar berzina. Benar. Saya setuju dengan Hadi. Memang video tersebut hanyalah “besi” dan tidak boleh dijadikan saksi untuk pertuduhan zina.


Bagaimanapun, siapa pula yang menyatakan video seks itu boleh dijadikan “saksi” pertuduhan kes? Siapa pula yang menuduh Anwar berzina? Hadi faham atau tidak tentang pertuduhan dan akuan sumpah laknat yang dilakukan Eskay?


Saya ingin jelaskan kepada Hadi yang keliru itu bahawa rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah “bahan bukti”, dan bukannya “saksi” sebagaimana yang dinyatakan pada pak-pak lebai Pas pada Muktamar Pas baru-baru ini.


Dalam konteks ini, Hadi gagal untuk membezakan antara bahan bukti dan saksi. Bahan bukti adalah “sesuatu” yang menerangkan kesahihan sesuatu kes, manakala saksi pula adalah “seseorang” yang boleh memberikan keterangan melalui pengalamannya. Adalah sangat berbeza untuk dibandingkan antara “bahan bukti” dan “saksi”.


Justeru itu, suka saya jelaskan pada Hadi bahawa video seks tersebut adalah “bahan bukti” dan bukan “saksi” sebagaimana yang dia gunakan dalam ucapan penggulungannya selaku Presiden dua hari lepas. Harap Hadi jelas.


Seperkara lagi, ingin juga dijelaskan pada Hadi bahawa tidak ada sesiapa pun yang menuduh Anwar sebagai berzina, sebagaimana yang dikatakannya. Oleh itu, tidak perlulah Eskay membawa empat orang saksi yang adil, lagi tidak fasik untuk menjadi saksi pertuduhannya itu.


Hadi harus jelas dalam perkara ini bahawa Eskay hanya menuduh Anwar wujud di dalam rakaman tersebut, termasuk dirinya sendiri. Itu pengisian sumpah laknat Eskay tempohari. Tidak pun Eskay bersumpah bahawa “dia bersaksi bahawa dia melihat Anwar berzina”.


Justeru itu, memandangkan ini adalah bukan pertuduhan zina, maka Eskay secara jelas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang hukum hudud, termasuk qazaf. Meskipun secara visualnya menunjukkan lelaki yang mirip Anwar itu sebagai melakukan zina, namun tidak semestinya dia berzina.


Ini adalah kerana menurut hukum pertuduhan zina, saksi yang menuduh perlakuan itu mestilah melihat perlakuan zina itu secara jelas dan terang, bahawa perlakuan pelakunya adalah seperti “jari yang dimasukkan cincin”. Malah saksi itu juga mesti terdiri dari empat orang yang adil dan tidak fasiq.


Memandangkan syarat-syarat yang ketat itu, maka berkemungkinan itulah Eskay hanya menuduh Anwar sebagai wujud dalam video seks tersebut, dan tidak menuduhnya berzina. Eskay mungkin sedar bahawa dia tidak punya empat saksi yang adil dan tidak fasiq untuk menuduh Anwar berzina. Menuduh Anwar sebagai wujud dalam video tersebut adalah memadai.


Justeru Eskay sudah bersumpah laknat, dan Anwar enggan membalas, Hadi sebagai Presiden sebuah parti yang kononnya terlalu Islam melebihi orang lain, maka sewajarnya Hadi menasihatkan Anwar supaya membersihkan namanya mengikut cara Islam yang lebih dipercayai keadilannya.


Sepatutnya Hadi bukannya terus membela Anwar, kerana Hadi sendiri tidak tahu sama ada Anwar atau Eskay yang benar. Hadi tidak ada bersama Eskay mahupun Anwar ketika masa rakaman video tersebut. Oleh itu, Hadi sebagai seorang yang menggambarkan dirinya adil, tidak wajar untuk terus membuat keputusan sendiri dengan menyalahkan Eskay dan membela Anwar.


Pada hemat saya, inilah jadinya apabila sesuatu perkara itu dicampur adukkan dengan pandangan politik mendahului segalanya sebelum dirujuk dengan kaedah Islam. Benarkah Hadi mendahulukan Islam sebagai rujukannya dalam semua perkara, atau dia mendahului fikrah politik untuk setiap maslahah dan muamalahnya? Atau ini juga salah satu “tahalluf siyasi” dari Hadi? Kalian fikirkanlah sendiri.


Dipetik daripada : mykmu.net