Kita masih ingat lagi tentang amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang mengenai hukum menentang UMNO dan kewajipan PAS melawan kerajaan. Amanat tersebut telah dipegang oleh puluhan ribu pengikut PAS dan menjadi panduan kepada kebanyakan mereka hingga kini.
Melalui amanat inilah perpecahan dikalangan umat Islam semakin parah hinggakan berlakunya sembahyang dua imam didalam masjid yang sama. Perbuatan melabelkan setiap ahli UMNO sebagai kafir juga berleluasa kerana Hadi didalam amanatnya telah menggambarkan sebagai syahid jika mati ketika menentang UMNO.
Amanat yang pertama kali diucapkan oleh Hadi Awang tersebut dalam satu ceramah di Banggol Paradong rupanya masih terpakai sehingga ke hari ini. Walaupun Hadi Awang pernah cuba untuk berdalih menafikan amanatnya yang banyak menimbulkan kecelaruan tersebut, namun ia tak cukup untuk menafikan bahawa PAS telah menyumbang kepada penyelewengan aqidah para pengikutnya.
Dan kini sekali lagi terbukti Hadi Awang masih berpegang kepada amanat yang pernah diucapkannya berpuluh tahun dahulu. Allahyarham Baharuddin Ahmad, 58 tahun yang mati akibat sakit jantung didalam demonstrasi menentang kerajaan telah dikatakan sebagai seorang SYUHADA serta mati syahid oleh Hadi Awang.
Arwah juga dikatakan mampu memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat nanti kerana telah meninggal didalam keadaan menentang kezaliman. Persoalannya disini, apakah arwah meninggal ketika memerangi musuh Islam sehingga boleh digelar sebagai seorang SYUHADA dan mati syahid?
Apa yang kita sedia maklum, perhimpunan haram BERSIH yang diadakan baru-baru ini dianjurkan untuk menentang kerajaan dan mendapat bantahan dari ramai pihak. Pihak yang berhimpun di ibunegara tersebut bukanlah berkumpul untuk berperang dengan pihak kafir tapi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kafir untuk menjatuhkan kerajaan Islam.
Jadi dalil manakah yang Hadi Awang gunakan untuk menyatakan bahawa Arwah Baharuddin mati sebagai syahid dan sebagai seorang syuhada? Jika orang Islam yang mati menentang kerajaan dikatakan sebagai syahid dan syuhada, pasti lepas ini akan lebih ramai umat Islam berpusu-pusu tampil ke jalanan bagi menentang kerajaan dengan harapan untuk mati syahid.
Tok Guru Haji Yaakob Omar yang merupakan tokoh agama dan juga pengendali Madrasah Iktifarkiah Ceruk Putih Memali, Baling Kedah telah membuat kenyataan menyanggah kenyataan Hadi Awang.. “Orang-orang yang mati kerana menentang kerajaan tidak tergolong dalam mati syahid.”
Dan Ustaz Idris Sulaiman yang merupakan seorang penyelidik di kedutaan Arab Saudi juga menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi, bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa, sebaliknya ia mati dalam keadaan jahiliah kerana menurut ajaran Islam, berdemonstrasi melawan pemerintah, hukumnya haram.
“Hal ini (demonstrasi) adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama kita, di mana Islam sentiasa menuntut umatnya bersatu padu dan melarang berpecah”.. katanya.
Dan kita perlu rujuk kembali kepada hadis yang telah diucapkan oleh baginda Rasulullah SAW mengenai permasalahan mati ketika menentang pemerintah Islam ini..
“Dalam hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud.. “barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”
Bila kita rujuk kembali kepada hadis tersebut, maka terbuktilah ia berbeza sama sekali dengan apa yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak tentang mati syahid jika menemui ajal ketika berdemonstrasi menentang kerajaan yang memerintah. Jadi dalil mana yang Hadi Awang pakai untuk menggelar mereka yang meninggal ketika demonstrasi adalah syahid?
Amat jelas sekali kenyataan Hadi Awang bercanggah dengan hadis baginda Rasulullah SAW dan ianya terbukti merupakan penyelewengan yang bakal merosakkan pemikiran dan pegangan umat Islam keseluruhannya.
Dipetik daripada : www. mykpmu. net
No comments:
Post a Comment