Perdana Menteri semalam bermurah hati untuk meluluskan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 untuk lebih 1 juta kakitangan awam. Tidak ketinggalan bayaran khas RM 500 kepada semua pesara kerajaan dengan nilai keseluruhan duit rakyat yang akan dibelanjakan sebanyak lebih RM 2 billion.
Dapat duit, hati mana yang tidak gembirakan walaupun hanya setengah bulan gaji. Lebih lagi dikala nak menyambut hari raya ini, banyak benda boleh dibuat dengan duit setengah bulan gaji tu untuk persediaan satu perayaan.
Tapi kita jangkakan Pakatan Rakyat akan counter balik pemberian oleh kerajaan pusat ini dengan satu nilai yang ganas bunyinya, cuma dengan syarat mereka kena jadi kerajaan pusat dululah. Pendekatan populis ini kita dah banyak lihat sebelum ini, kalau kerajaan bagi subsidi sekian banyak, depa akan tambah subsidi minyak sekian banyak lagi, kalau kerajaan bagi royalti 5% depa akan bagi 20% dan seterusnyalah.
Walaupun sebelum ini pemberian duit raya ini telah beberapa kali dilakukan dan kerajaan negeri Pakatan sedia ada hanya mengikut dengan jumlah sama/sedikit berbeza atau tidak mengikut (menambah tidak sama sekali), ini bukan halangan untuk Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.
Baru-baru ini Anwar dikhabarkan ada mengeluarkan kenyataan untuk menjimatkan duit rakyat sebanyak RM 200 billion jika berjaya memerintah Malaysia. Anwar dan angka bukan sesuatu yang baru, dari sejak penipuan terbesar 16 September 2008, Anwar sudah dilabel sebagai bapa angka dengan kegemarannya menyebut jumlah-jumlah yang tidak masuk akal bagi menarik keyakinan rakyat kepada ‘dream government’nya.
RM 200 billion ini khabarnya akan disalurkan semula kepada rakyat.
Ini semua cerita basilah, Anwar tidak ada gambaran sebenar pun berapa nilai aset dan tunai yang dimiliki kerajaan sekarang dan bagaimana hebat dia boleh mendapat nilai penjimatan sedemikian tanpa memiliki data yang mencukupi? Kalau Anwar begitu hebat dalam menjimatkan wang kerajaan, kita mahu lihat berapa sudah dijimatkan di Selangor di mana Pakatan menjadi kerajaan.
Dari situ, berapa pula yang boleh diberikan dalam bentuk bonus kepada kakitangan awamnya, 2 bulan, 6 bulan atau berapa bulan?
Apa pun semua kakitangan kerajaan persekutuan perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana bermurah hati untuk memberi bonus kepada mereka, Dibanding dengan lebih ramai lagi rakyat yang bekerja dibahagian swasta ini yang tidak mendapat apa pun untuk menyambut hari raya yang akan datang melainkan apa yang telah dijimatkan sebelum ini sebagai persediaan.
Itulah bonus kami pun.
Dipetik daripada : www. mykmu.net
No comments:
Post a Comment