Heboh dikalangan puak-puak pembangkang yang serbuan terhadap gereja di Damansara merupakan satu sabotaj dari pihak UMNO untuk memalukan PAS. Tapi sejak bila pula PAS menguasai gereja sampaikan UMNO boleh memalukan PAS melalui serbuan pihak agama terhadap rumah ibadat kristian tersebut?
Bukan kah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja tersebut kerana terdapat aduan bahawa ada usaha untuk memurtadkan umat Islam? Sebagai menjaga kesucian Islam dan juga pegangan agama semua muslim di Malaysia, salah kah pihak JAIS membuat pemeriksaan?
Adakah hanya dengan melakukan usaha mencegah pihak-pihak yang mahu menggugat akidah umat Islam di negara ini, telah menjadi satu kesalahan dimata PAS terutamanya pada Timbalan Pesuruhjaya PAS Khalid Samad? PAS sekarang ini memperjuangkan Islam ataupun memperjuangkan gereja?
Kerana terlampau berpolitik, usaha pihak JAIS mencegah murtad dikalangan umat Islam telah didakwa PAS sebagai salah satu agenda UMNO. Malah JAIS sediri telah dilabelkan sebagai alat UMNO untuk menjatuhkan imej PAS.
Wajarkah kenyataan sebegini dangkal disebarkan oleh PAS kepada umat Islam? Kenapa UMNO disalahkan sedangkan menjaga aqidah umat Islam adalah kewajipan seluruh umat Islam didalam negara ini. Apakah UMNO disalahkan kerana berbeza pandangan politik dengan PAS?
Jika diteliti secara umum, pihak Jabatan Agama Islam Selangor yang bertindak menyerbu Majlis yang berlangsung di gereja tersebut, bukannya UMNO. Malah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor merupakan individu terawal yang membuat kenyataan berkaitan dengan serbuan pihak JAIS tersebut, bukannya pemimpin UMNO. Jadi dimana kaitannya dengan UMNO?
Apakah hanya kerana Hasan Ali dilabelkan sebagai antara pemimpin PAS yang mahu melihat perpaduan UMNO dan PAS, maka segala yang dilakukan oleh Exco Selangor tersebut mesti ada kaitan dengan UMNO? Dan apakah kerana Selangor diperintah oleh Pakatan, maka segala peristiwa yang dilihat merugikan kerajaan negeri adalah hasil kerja UMNO?
Inilah yang dikatakan takut kepada bayang-bayang sendiri. Nampaknya ketakutan PAS terhadap UMNO telah melebihi ketakutan mereka kepada Tuhan. Semua yang terjadi kepada mereka bukan lagi mereka terima sebagai Qada’ dan Qadar Tuhan sebaliknya mereka anggap itu semua adalah kerja dan sabotaj dari UMNO.
Isu memurtadkan umat Islam ini bukanlah isu yang ringan tetapi ia adalah satu perkara besar dan perlu semua pihak ambil berat. Jika dilihat sikap PAS hingga ke hari ini, mereka seolah-olah mahu menutup isu ini mungkin disebabkan takut rakan kafir mereka didalam Pakatan tersinggung.
Satu persoalan untuk semua umat Islam didalam PAS serta Pakatan, apakah mereka mahu menjadi parti melayu yang memperjuangkan gereja lebih dari mereka menjaga kebajikan umat Islam sendiri?
Dipetik daripada : www. mykmu.net
No comments:
Post a Comment