Sunday, August 07, 2011

Seronok sungguh Khalid Samad “belasah” Hasan Ali…


Seperti yang dijangka, orang yang paling seronok dengan insiden serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ialah Khalid Samad. Awal-awal pagi lagi dia sudah memberi kenyataan akhbar mem”balun tak hengat” terhadap Hasan Ali. Sudah diduga, Khalid Samad yang sememangnya musuh Hasan Ali di dalam Pas Selangor itu tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menamatkan riwayat karier politik mantan Pesuruhjaya Pas Selangor itu.


Pagi tadi, mungkin sudah dirancang sebelum subuh lagi, Khalid Samad menyelar Hasan Ali. Kononnya, dia menjauhkan kenyataan Hasan Ali dari kepimpinan Pas Selangor. Dalam ertikata lain, kenyataan Hasan Ali telah dipulaukan ekoran tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mempertahankan tindakan JAIS terhadap gereja tersebut.


Khalid juga mempersoalkan sama ada benar atau tidak Hasan Ali punya bukti untuk bertindak sedemikian terhadap gereja tersebut. Dia cabar Hasan Ali untuk kemukakan bukti tersebut. Khalid berhujah, hanya Hasan Ali seorang saja yang mendakwa bahawa “majlis tersebut bertujuan untuk memurtadkan umat Islam”, sedangkan JAIS hanya mendakwa “ada bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam”.


Persoalannya, apakah bezanya “usaha memurtadkan umat Islam” dan “menyebarkan agama bukan Islam terhadap umat Islam”? Hasil dari usaha memurtadkan umat Islam ialah “seorang muslim keluar dari agama Islam” dan hasil dari “penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam” juga menyebabkan “seorang muslim keluar dari agama Islam”. Hasilnya sama. Khalid Samad buta hati sangat ke?


Yang paling mahalnya, Khalid Samad berkata…


“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.”


“Kita simpan komen akhir”? Komen akhir apa tu? Komen maut sebagai lambaian terakhir kepada Hasan Ali di dalam Pas? Komen akhir untuk menamatkan riwayat Hasan Ali dalam barisan Exco Kerajaan Negeri? Nampak sangat Khalid Samad ada niat busuk di dalam hatinya terhadap Hasan Ali! Busuk perut! Lebih busuk dari bau bangkai. Dalam bulan Ramadhan pun dia tak boleh kawal busuk hatinya itu..!!!


Yang peliknya, Khalid “Gereja” memberikan kenyataannya kepada Malaysian Insider! Manakala di Harakah Daily, tidak timbul langsung berita Pas Selangor atau Khalid Samad menghentam tindakan Hasan Ali itu. Apakah Khalid Samad fikir Pas Pusat setuju dengan tindakannya menghentam rakan separtinya itu melalui media? Apakah Khalid syok sendiri?


Sementelah itu, saya melihat komen-komen di Malaysiakini berkenaan isu ini jelas menunjukkan rata-rata penyokong dan penganut agama Pas membela Hasan Ali dan mengecam Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan konco-konco DAP mereka. Akar umbi pun tahu menilai. Tapi Khalid Samad kononnya terlampau advance pemikiran liberalnya, sanggup membelakangkan kepentingan aqidah agama umat Islam berbanding motif politiknya.


Itulah rupa bentuk Khalid Samad. Saya tidak tahu apakah dia merupakan “syaitan” dalam bentuk manusia di bumi Selangor. Setahu saya, syaitan dan iblis dirantai serta dihalang untuk menggangu puasa umat Muhammad SAW. Tapi nampaknya dengan ketiadaan syaitan dan iblis laknatullah, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim tampil untuk mengambil peranan syaitan dan iblis tersebut…!!!


Wallahua’lam.


Dipetik daripada : www. mykpmu. net


No comments:

Post a Comment