Bagaikan ada satu okestra antara Bersih dengan beberapa pegawai teknikal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mencipta bukti bahawa ada penyelewengan pengundi dan pendaftaran tidak telus membabitkan senarai pengundi.
Adalah tidak masuk akal dengan tiba-tiba sahaja muncul pelbagai nama dan bukti yang tidak masuk akal di dalam Sistem Maklumat JPN dan SPR. Salah satu dakwaan yang keluar ialah terdapat pemegang Pemastautin Tetap yang diberikan hak mengundi. Sungguhpun pemilik PR tersebut telah pun mendapat warganegara pada Januari lalu namun imej Mykadnya tidak ditukar sehingga didedahkan di dalam internet. Adakah ia sesuatu yang begitu mudah ditemui atau bukti tersebut sengaja diletakkan sebelum diberi maklumat kepada pembangkang agar mengeksploitasikannya?
Kemudiannya timbul pula nama pengundi sebagai Kg Baru yang jelas sekali tidak masuk akal tetapi terdapat di dalam sistem SPR. Yang lebih aneh boleh pula orang yang mendedahkannya berjumpa secara rambang di dalam pangkalan data SPR. Adakah ia satu kebetulan? Saya fikir kemungkinan untuk seseorang yang melakukan carian secara rambang menemuinya sangat luar biasa kecuali ia telah diberi tips lebih awal dari mereka yang memasukkan maklumat tersebut.
Jika Barisan Nasional mahu menipu adalah mustahil untuk ia menggunakan nama yang tidak masuk akal seperti Kg Baru. Melihat rentetan insiden mendedahkan kelemahan daftar pemilih SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara nyata ia merupakan kerja orang dalam yang memasukkan maklumat palsu sebelum dimaklumkan kepada pihak Pakatan Rakyat untuk dihebohkan.
Kerajaan harus menyiasat setiap insiden dan mencari siapakah yang memasukkan data tersebut ke dalam pangkalan data. Jika sistem pengkomputeran kerajaan mempunyai tahap keselamatan mencukupi, kerajaan dengan muda dapat mengesan “culprit” yang sedang merencanakan kejatuhan Barisan Nasional dari dalam ini.
Dipetik daripada : www. mykmu.net
No comments:
Post a Comment