Wednesday, August 10, 2011

Kerajaan Tentukan Siapa Pengarah Urusan Baru MAS- Azman Mokhtar


Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, hari ini menafikan CEO Tony Fernandes akan dilantik sebagai CEO MAS yang baru.


“Dakwaan beberapa media mengenai isu ini bukan sahaja tidak benar, malah tidak mempunyai asas. Tune Air hanya memiliki 20.5% saham MAS. Tune Air sendiri bukan milik Tony perseorangan. Selain itu, Khazanah masih menguasai 49% saham MAS selepas pertukaran ini. Pertukaran saham ini juga tidak menjejaskan penguasaan kerajaan di dalam MAS melalui Khazanah dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PNB yang secara keseluruhan membentuk lebih daripada 65% saham dalam MAS. Kemudiannya, “golden share” kerajaan dalam MAS juga tidak terusik dan menjadikan kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam MAS.


“Pertukaran ini lebih menguntungkan kerajaan kerana kini kerajaan mempunyai saham yang agak signifikan dalam Air Asia Berhad. Selain 10% milik Khazanah, KWSP turut mempunyai 8% dalam Air Asia. Manakala saham Tune Air dalam Air Asia menyusut kepada 13%. Namun kita tidak berniat mengganggu sebarang urusan dan pengurusan Air Asia kerana ia menunjukkan model perniagaan yang berjaya dan ia harus kekal sedemikian bagi keuntungan pelaburan kerajaan pada masa akan datang.”


MAS dijangka mendapat pengalaman Air Asia dalam menyusun semula organisasi perniagaannya bagi memastikan ia boleh terus kompetetif pada masa hadapan. Ini terbukti melalui pembentukan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) MAS yang dipengerusikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof dan dianggotai oleh Datuk Mohamed Azman Yahya (Khazanah), Mohamed Rashdan Yusoff (MAS/Khazanah), Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamaruddin Meranum.”


Bercakap kepada MYKMU dan beberapa bloggers lain di KLCC semalam, Tan Sri Azman turut menyatakan proses pemilihan Pengarah Urusan baru MAS akan dibuat degan teliti oleh panel yang diketuai oleh Tan Sri Md Yussof.


“Saya percaya rekod kerja Pengerusi MAS, Tan Sri Md Yussof, ketika menjadi Pengarah Urusan yang memulihkan MAS suatu ketika dahulu, akan membolehkan beliau mengenal pasti calojn yang benar-benar layak mengetuai MAS.”


Azman turut mengakui bahawa kedudukan Pengarah Urusan MAS yang terlalu singkat antara 3-4 tahun semasa Md Yussof dan kemudiannya Datuk Seri Idris Jala menyebabkan proses penstrukturan semula MAS dan pemulihan tidak berlaku dengan baik walaupun pada mulanya menunjukkan ada perkembangan yang signifikan.


“Saya fikir jika seseorang itu dapat memimpin mAS dalam tempoh yang lama, mungkin 10 tahun maka ia dapat merencana perjalanan MAS dengan lebih baik dan membuat pembetulan apabila terdapat kelemahan.”


Azman menegaskan sebarang pemilihan Pengarah Urusan MAS yang baru harus mendapat kelulusan Khazanah sebagai pemegang saham terbesar dan juga kerajaan Malaysia sebagai pemegang Golden Share.


Dipetik daripada : www. mykmu.net

No comments:

Post a Comment