Thursday, September 24, 2015

Pakatan Baru Yang Cuba Memperbodoh Rakyat Dengan Harapan Palsu

EDITOR MENULIS...
24 SEPTEMBER 2015
Baru-baru ini, parti-parti pembangkang negara kita mengumumkan gabungan baru mereka setelah gabungan haram sebelum ini yang diberi nama Pakatan Rakyat telah berkubur. Gabungan baru kali ini pula diberi nama Pakatan Harapan.

Ketika mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan yang berstatus 'haram' sebagaimana Pakatan Rakyat sebelum ini, Pengerusinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa objektif ia ditubuhkan hanyalah untuk merampas tampuk pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN). Itu saja tujuan ia ditubuhkan.

Katanya, jika berjaya 'menjajah' Malaysia bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah - juga berstatus 'haram' kerana belum sah berdaftar dengan RoS), mereka akan melantik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Untuk rekod, Anwar sudah dua kali jadi banduan atas kes jenayah yang terbukti tanpa ragu di mahkamah.

Perlu juga diberi perhatian bahawa gabungan blok pembangkang yang baru ini tidak membabitkan PAS.

Ini adalah kerana PAS enggan bekerjasama dengan DAP yang sebelum ini bermati-matian menghina, mengherdik, mempersenda, mengutuk, memaki hamun dan mencerca PAS serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, PAS juga menegaskan bahawa mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan pengkhianat parti mereka. Mereka bukan saja melanggar sumpah bai'ah, malah tidak tahu malau apabila enggan meletak jawatan wakil rakyat yang diperoleh atas tiket PAS pada PRU ke-13 yang lalu.

Sekiranya diteliti satu persatu, gabungan parti pembangkang kali ini boleh dikatakan yang paling kotor dalam sejarah negara. Bukan saja kualiti pemimpin, malah dasar-dasar mereka amat teruk sekali jika diulas satu persatu.

Cuba lihat Anwar. Dia dua kali terbukti melakukan jenayah. Jika jenayah ringan, bolehlah dimaafkan. Tapi dia terbukti melakukan jenayah yang amat memalukan bersabit moral dan tabiat songsang yang langsung bertentangan dengan Islam. Malu saya untuk menyebut kesalahan dan dosanya itu. Jijik menulisnya!

Soalnya, dia yang mahu dijadikan Perdana Menteri? Sekiranya itu berlaku, jangan hairan sekiranya suatu hari nanti Malaysia akan menghalalkan LGBT. Jangan hairan jika Islam dan Melayu Bumiputera nanti sama tarafnya dengan golongan bumiputera. Jangan terkejut nanti ada lagi anak muda 'jambu' yang 'bolos di belakang' tiba-tiba.

Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, apakah rakyat fikir dia yang akan memerintah? Kuat sangatkah PKR berbanding DAP? Sekiranya dilihat pada kerusi Parlimen kini, kerusi DAP jauh lebih banyak berbanding PKR yang 'ciput' sahaja.

Jadi, saya yakin bahawa mahu tidak mahu, Anwar terpaksa melantik ramai di kalangan ahli parlimen DAP sebagai menteri-menteri kabinetnya. Bila mesyuarat kabinet, apakah PKR akan akan mendapat kuasa majoriti yang menentukan dasar negara? Jangan mimpilah!

Lagipun, saya yakin bahawa dakwaan mendiang Karpal Singh bahawa dia memiliki banyak bukti-bukti yang mengesahkan Anwar sebagai penjenayah songsang pada kes pertama dulu masih lagi berada di dalam simpanan parti 'chauvinis ultra kiasu' itu. Bila-bila saja mereka boleh 'cucuk hidung' Anwar, bukan?

Malah dari sudut lain, jika DAP lebih banyak menguasai Parlimen berbanding PKR dan Amanah nanti, penulis yakin bahawa siapa yang menjadi Perdana Menteri akan menjadi 'boneka' parti itu. Mereka boleh ugut undi tidak percaya pada bila-bila masa saja kerana majoriti di tangan mereka, bukan?

Justeru itu, secara tidak langsung, DAPlah yang memegang kuasa. Anwar cuma boneka sahaja, bukan? Pada pandangan saya, DAP sengaja membiarkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri supaya parti mereka dilihat 'tidak rasis'. Malah, Anwar juga akan dipersalahkan jika dia melaksanakan apa yang DAP suruh nanti, bukan?

Apa yang bakal DAP suruh Anwar buat? Cuba teliti perlembagaan DAP. Cuba fahamkan tentang terma 'kesamarataan hak' agama dan bangsa. Fahami betul-betul dan cuba bayangkan apa yang berlaku jika 'kesamarataan hak' itu dilaksanakan.

Ketika itu jangan menangis jika Islam itu hilang istimewanya dikerjakan Guan Eng. Jangan meraung jika hak Melayu dan Bumiputera lesap dilenyapkan Kit Siang. Jangan teresak-esak jika semua perlembagaan yang menjaga kepentingan Islam dan Melayu dipinda demi 'kesamarataan hak' itu!

Ketika itu, sudah tidak berguna lagi untuk menangis. Airmata darah sekali pun tidak akan memberi kesan pada DAP, PKR mahupun Amanah. Mereka ketika itu mungkin sedang gembira bermaharajalela ketawa terbahak-bahak melihat kita berjaya diperbodohkan dengan sebegitu mudah sekali.

Pada pandangan saya, di situlah kebijaksanaan para kepimpinan ulama PAS. Mungkin mereka lebih awal menghidu perancangan busuk DAP, PKR dan Amanah itu. Lantas mereka menarik diri dari terus menjadi 'keldai' kepada petualang yang bakal meranapkan sebuah negara Islam yang sering menjadi contoh negara Islam lain di luar sana.

Mungkin kerana itulah mereka enggan bersekongkol dengan parti yang menolak Islam secara 'legitimate'. Mungkin kerana itulah mereka enggan bersama dengan parti 'dua alam' yang mampu bertukar warna seperti 'sesumpah'. Malah mungkin kerana itulah mereka enggan bekerjasama dengan pengkhianat yang mungkir janji mereka pada Allah!

Soalnya, apakah rakyat Malaysia akan menyokong Pakatan Harapan 'Palsu' itu? Pada pandangan penulis, bagi golongan bukan Melayu yang terpengaruh dengan agenda rasis dan 'janji bulan bintang', mereka akan menyokong gabungan haram tersebut. Begitu juga dengan beberapa Melayu 'Si Kitul' yang bersama Amanah, asalkan dapat jawatan, mereka rela apa saja.

Namun saya yakin bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Melanau, Bidayuh, Kadazan dan etnik-etnik lain yang masih berpegang pada prinsip menolak pengaruh negatif yang dianjurkan Pakatan Harapan 'Palsu' itu.

Pada pandangan saya, sekiranya kita berpegang pada Islam, prinsip kontrak sosial, konsep jus soli, saling hormat menghormati dan faham memahami antara satu sama lain, biarlah ditubuhkan 1,000 gabungan pembangkang sekali pun, jangan haraplah kita akan terpengaruh dengan mereka!!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Netizen Anggap Pakatan Baru Pembangkang Tidak Ada Harapan

Nama je Pakatan Harapan.. Tapi bila tengok balik barisan-barisan yang memimpin dan koncu-koncu kat dalam pakatan baru tue… Terus nampak macam takde harapan macam ke laut je semua kan. Tambah pulak bila dorang masih lagi meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kalau dorang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).… Fuhhhh terus hancur kepercayai rakyat terhadap dorang.

Lepas je Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail umumkan penubuhan Pakatan Harapan dianggotai tiga parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), media sosial terus bergegorrr..

Habis semua pakat tak puas hati dan pertikaikan kenapa pilih orang tua gayut tu jugak untuk dijadikan calon. Dah macam takda orang lain dah ker?? Kata netizen. Nampak bebenor yang selama ni dorang asyik harapkan Anwar je.. Habis tu apa function dorang buat pakatan baru??

Rasanya antara pakatan lama dengan pakatan baru macam sama je.. Takda beza sangat pun. Cuma yang bezanya ada Mat Sabu dengan the geng parti Amanahnya tu hahaa! Patut la netizen tak yakin sangat dah dengan dorang ni.

Nampaknya rakyat sekarang ni pun dah kurang yakin dan hampir-hampir menolak pakatan baru tu.. Agak-agak boleh cari makan ke masa PRU14 nanti?? Dan agak-agak korang berjaya ke dorang angkat Anwar untuk jadi perdana menteri seperti yang diidamkannya tu? Hahaha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Betul Ke Anwar Ibrahim Calon Perdana Menteri Pilihan Rakyat?

Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain adalah merupakan seorang penganalisis politik, apa yang menariknya.. Prof Madya sendiri pun nak tergelak bila dengar yang Pakatan Harapan membuat keputusan masih lagi mahu mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Itu pun kalau pakatan yang baru ditubuhkan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) nanti. Hahaaa.. Mana tak kelakarnya kalau Anwar bakal dibebaskan dari penjara kurang dari lima tahun lagi.. maknanya tahun 2020 tapi  PRU14 pula akan diadakan selewat-lewatnya tahun 2018.

Kahkahkah… Ader ke seorang Perdana Menteri memerintah dari dalam penjara Sungai Buloh?? Eshhhh buat lawak sungguh aih dorang ni.

“Adakah mereka akan membebaskan Anwar dari penjara sekiranya berkuasa?. Tetapi harus diingat Anwar perlu menunggu lima tahun lagi untuk layak bertanding pada pilihan raya,” katanya.

Tambah Pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu lagi, ada ka rakyat Malaysia yang mahu Perdana Menteri yang ada rekod jenayah lampau memimpin negara dorang. Bukan sekali tau masuk penjara.. Tetapi dua kali bebbb! Eshhhhh rosak habis la negara huhu.

Walaupun pakatan pembangkang sudah tukar nama baru tapi mentaliti dan kotak pemikiran dorang masih lagi di takuk lama. Mana tidaknya kalau terus terusan jadikan Anwar Ibrahim  sebagai tunjang dorang untuk meraih sokongan, yela dia kan banyak pengaruh haha banyak ke??

“Ternyata mereka tidak mempunyai calon lain dan masih mengharapkan pengaruh Anwar. Gerakan reformasi yang sudah berlangsung sejak 1998 sewajarnya memikirkan calon alternatif.

“Sudah tiba masanya Pakatan Harapan mengenengahkan pemimpin baharu bukannya pemimpin kitar semula.

“Ini juga bermakna DAP Harapan mengakui hakikat kepimpinan Melayu tetapi hanya terbatas dengan faktor Anwar sahaja,” katanya.

Nampak tak tujuan sebenar pakatan baharu tu ditubuhkan adalah hanya untuk memberi nyawa kepada Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Haishhhh cari cita-cita lain jela Anwar oiii… Tak layak buat jela cara tak layak.. Ukur baju dibadan sendirila...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Inilah Melayu Pendengki Yang Mahu Pemimpin Islam Bertelagah!

Betul la orang cakap, melayu ni tak boleh tengok orang lebih sikit pada dia… Mesti dengki punya! Bila orang kata melayu yang dok perjatuhkan bangsa sendiri, pandai pulak depa marah tapi hakikatnya memang macam tu pun.

Nahhhhh inilah contoh seorang penganalisis yang busuk hati ni.. Bukan setakat busuk je tapi ntah-ntah hitam berulat paaa eiiiiii! Shahbudin Husin, kononnya buat analisis yang Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik naik jadi TPM menggantikan Muhyidiin Yassin ni dah macam tak sabar-sabar nak jadi perdana menteri.

Tak sabar-sabar nak naik jadi perdana menteri sebab takut kena tendang macam Muhyiddin sebelum ni. Cehhhhhh… Busuk betul hati si Shahbudin ni, kita syak yang Shahbudin ni jeles dengan Zahid sebab dia lagi bagus dan cekap buat kerja jika dibandingkan dengan Muhyiddin.

Yang paling besttt.. Mesti Shahbudin tak senang duduk sekarang ni, iyela kan Najib bagi kepercayaan penuh kat Zahid untuk melaksanakan tugasnya sebagai TPM. Apa lagi bernanah mata la si Shahbudin tu, busuk hati tak senang tengok orang lain lebih bagus dari dia.

Shahbudin juga persoalkan kenapa netizen beriya-iya nak back up Zahid, sedangkan bila Najib dihentam netizen pun turut hentam Najib. Tambahnya lagi, dia persoalkan kenapa Zahid lambat beri respon terhadap segala kritikan yang dilemparkan kepadanya. Hahaaaa… Ingat Zahid tu takde kerja lain ke selain nak layan kutukan korang yang tak bawa untung tu??

Lepas tu boleh pulak cakap yang Zahid ni kaki kipas sebab kononnya nak cepat-cepat naik jadi perdana menteri. Bukan takat tue je…. Fitnah pulak katanya Zahid kini hanya sedapkan posisi yang dimiliki dan tak pernah pertahankan Najib apabila diserang.  Hahaaaa… Kelakar doe dengan perangai orang yang busuk hati perut ni. Eshhh eshhh kesian betul.

Dahsyat sungguh busuk hati dia ni… Tahap paling kritikal dah agaknya! Macam ni la perangai orang melayu bila depa dengki tengok bangsa sendiri berada diatas. Orang melayu pun tak sokong sesama bangsa lepas tu bila nak maju?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Terkini ! 717 Jemaah Maut Dan 805 Lagi Cedera Akibat Insiden Rempuhan Di Mina

Sekurang-kurangnya 717 orang terbunuh dalam rempuhan di Mina, Mekah. Pihak pertahanan awam Arab Saudi melaporkan, jumlah kematian kini didapati terus meningkat.

Jurucakap pertahanan awam Saudi berkata, sekurang-kurangnya 805 jemaah lain cedera dalam rempuhan di pinggir kota suci Mekah tersebut.

Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke empat buah hospital berbeza di kawasan Mina, menurut jurucakap pertahanan awam itu.

Mina adalah kawasan di mana jemaah menjalankan upacara melontar iaitu simbolik kepada merejam syaitan dengan membaling batu-batu kecil terhadap tiga dinding batu. Ia juga menempatkan lebih daripada 160,000 khemah di mana jemaah bermalam selama ibadah haji.

Pihak jurucakap media pula melaporkan, kejadian itu berlaku di jalan antara kem jemaah haji.

"Jalan yang mana kejadian tersebut berlaku dinamakan Jalan 204. Rempuhan ini tidak berlaku di tapak 'melontar syaitan' tetapi sebaliknya berlaku di kawasan sepanjang jalan tersebut."

"Semasa dan selepas rempuhan, jemaah terus berduyun-duyun ke Mina untuk menunaikan ibadah melontar."

Ketua Jawatankuasa Haji Pusat, Putera Khaled Al-Faisal pula menyalahkan "sesetengah jemaah dari pelbagai negara Afrika" sehingga menyebabkan rempuhan.." lapor saluran TV Arab, al-Arabiya.

Pihak berkuasa Iran pula melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 43 warga Iran terbunuh dalam rempuhan terbabit.

Kira-kira 4,000 individu daripada perkhidmatan penyelamat dikerahkan menyertai operasi untuk membantu mangsa yang cedera dan kira-kira 220 buah ambulans telah diarahkan ke tempat kejadian. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAS Tidak Menolak Kemungkinan Akan Bekerjasama Dengan UMNO

"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan kelmarin.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan.

"Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak.

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi.

Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan.

"Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas.

Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. 

Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno.

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan.

Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Inilah Punca Kenapa Sempadan Negara Kerap Diceroboh

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, mengakui bahawa kekurangan aset keselamatan adalah antara salah satu punca utama kerap berlakunya pencerobohan di negara ini.

Kekurangan jentera keselamat juga mengundang berlakunya pencerobohan sempadan negara dan jenayah rentas sempadan. Panglima TLDM juga berkata bahawa mereka masih memerlukan penambahan aset sekurang-kurangnya enam buah kapal laut untuk menjaga sempadan negara.

"Mungkin salah satu sebabnya. Kekurangan aset akan membuatkan mana-mana anasir bersemangat memasuki negara kita.

"Mereka mengetahui bahawa kekuatan kita mengawal sempadan negara adalah rendah," katanya pada sidang media Program Hari Media Kementerian Pertahanan dan Angkatan TLDM di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Namun begitu, ia tidak bermakna TLDM hanya lepas tangan begitu sahaja, mereka juga turut menggunakan pendekatan holistic dan menggunakan inisiatif lain, iaitu menerusi kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan yang turut terlibat secara langsung dalam menjaga sempadan negara.

"Kita akan menggunakan pendekatan holistik, dengan kerjasama pengawasan udara dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mana-mana agensi yang lain.

"Malah, penguatkasaan menggunakan sistem radar juga banyak membantu," katanya.

Sekarang ini negara hanya mempunyai 44 buah kapal laut di mana lapan operasi dilakukan 24 jam setiap hari.

"Dengan bilangan aset yang tidak mencukupi, ia secara langsung membebankan pelaksanaan tugas TLDM dan kita terpaksa menggunakan konsep 'we do more with less' bermaksud kita perlu menjaga dengan aset-aset yang ada pada tahap optimum secara berterusan," jelasnya lagi.

Betul la jugak kan, kalau bertambah aset keselamatan so kawalan keselamatan sempadan negara dapat diperketatkan dan seterusnya menyukarkan pihak luar atau pendatang asing untuk menceroh kawasan negara. Tapi kekurangan aset bukan satu alasan untuk dorang tidak melakukan tanggungjawab diaorang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Raya Aidiladha 1436H/2015

PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1436H/2015

YAB PM NAJIB RAZAK

23 September 2015
http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/05/najib-razak-new-280x186.jpg
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

1. Alhamdulillah segala lafaz puji dan syukur hanya terserah pada Allah, penguasa langit dan bumi, pemilik alam semesta serta pusat ketundukan rasa kehambaan sekalian makhluk-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

2. Pada hari yang mulia ini, jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan ibadah Haji dan yang lain bertebaran di seantero dunia meraikan Hari Raya Aidiladha.

3. Kehadiran Aidiladha menuntut kita menghayati natijah dari sebalik ritual ibadah korban semata-mata. Muhasabah untuk kita menilai kehidupan kita, sejauh mana kita menghayati hari yang agung ini dan menjadikannya iktibar dalam kehidupan kita?

4. Sayugia diingatkan, dunia Islam melihat Malaysia sebagai istimewa dan merupakan model terbaik pembangunan sebuah negara Islam. Justeru, marilah kita bersatu padu dan memelihara perpaduan masyarakat berbilang bangsa negara ini bagi menjamin kestabilan negara.

5. Islam mengajar kita erti keamanan, perpaduan dan kesaksamaan. Umat Islam diseru untuk menghormati agama lain untuk mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara.
 
6. Mengambil semangat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu Sehati Sejiwa, umat Islam semestinya bersedia berkorban, bersepakat dan menyatakan kesepaduan terutama dalam soal akidah, syariah dan akhlak. Jangan sesekali bekerjasama dengan pihak yang ingin menjadikan kita sebagai jambatan untuk mencapai hajat dan matlamat mereka, sehingga memporak-perandakan negara.

7. Sikap berpuak akan hanya melemahkan perpaduan umat Islam dan boleh menggadai kuasa dan maruah yang ada. Kita juga mesti bersikap sederhana dalam segala hal dan tidak melampaui batas sebagaimana digariskan ajaran Islam.

8. Demi Islam dan masa depan ummah, sudah sampai masanya untuk kita bersatu dan berganding bahu tanpa mengira fahaman politik bersama-sama mempertahankan keamanan dan Perlembagaan Negara yang cuba dicabar oleh pihak tertentu.

9. Saya juga merakamkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden menyayat hati kren tumbang di Masjidil Haram. Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran atas ujian yang menimpa. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran.

10. Sama-sama kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya dalam memenuhi tuntutan iman dan takwa yang kita akui.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

Sekian, wabillahittaufik wal hidayah wassalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kami MACAI BOSS !!!



Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Bersatu Tanpa Mengira Fahaman Politik Demi Masa Depan Ummah – Najib

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sudah masanya umat Islam bersatu dan berganding bahu tanpa mengira fahaman politik demi Islam dan masa depan ummah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigy6L6ZEWfeVjRGL2_UksbFq34WD_st3V-24PkmVi6pX6wN0TTgrsyO6MIzSd2CK6Bs-n9qs_IDg0x5yi1qH-aLGKyeEtMmcM5-JIinw0C8EXSa13aHQ5h4FPsXjOB1etnMVbAS3rCMrQe/s1600/najib_bersih.png
Perdana Menteri berkata mereka perlu bersama-sama mempertahankan keamanan dan Perlembagaan Negara, yang cuba dicabar oleh pihak tertentu.

Sikap berpuak-puak, katanya akan hanya melemahkan perpaduan umat Islam dan boleh menggadai kuasa dan maruah yang ada.

“Kita juga mesti bersikap sederhana dalam segala hal dan tidak melampaui batas sebagaimana digariskan ajaran Islam,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha.

Perutusan Perdana Menteri disiarkan melalui blognya, NajibRazak.Com, di Facebook dan akaun Twitternya, hari ini.
AnCZTCvERajC5MHKYnkPmnmXpM-uz_7__04Ry88skqZd 
Dengan mengambil semangat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, iaitu ‘Sehati Sejiwa’, beliau berkata umat Islam hendaklah bersedia berkorban, bersepakat dan menyatakan kesepaduan terutama dalam soal akidah, syariah dan akhlak.

“Jangan sesekali bekerjasama dengan pihak yang ingin menjadikan kita sebagai jambatan untuk mencapai hajat dan matlamat mereka, sehingga memporak perandakan negara,” katanya.

Najib berkata dunia Islam melihat Malaysia sebagai istimewa dan model terbaik pembangunan sebuah negara Islam, oleh itu umat Islam harus bersatu padu dan memelihara perpaduan masyarakat berbilang bangsa di negara ini bagi menjamin kestabilannya.

Islam mengajar erti keamanan, perpaduan dan kesaksamaan dan sehubungan ini umat Islam hendaklah menghormati agama lain untuk mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara, katanya.

Dalam perutusan tersebut, beliau turut merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden menyayat hati kren tumbang di Masjidil Haram.

“Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran atas ujian yang menimpa. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran,” katanya.

Sempena Hari Raya Aidiladha, Najib meminta umat Islam di negara ini menghayati hari yang agung itu dan menjadikannya iktibar dalam kehidupan.

“Sama-samalah kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak tanduk harian menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya dalam memenuhi tuntutan iman dan takwa yang kita akui,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN