Wednesday, August 26, 2015

Buruknya Perangai Puak Buat Fitnah........ Fitnah Besar Ringgit Malaysia Tak Laku di Mekah dan Madinah - Asyraf Wajdi

Orang ramai khususnya jemaah haji diminta tidak terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan di media sosial kononnya Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima pengurup wang di Makkah dan Madinah.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada sebarang masalah berkaitan tukaran RM di Mekah dan Madinah.
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.118157!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
"Ini merupakan fitnah besar. Maklumat daripada Pengarah Operasi Haji telah menafikannya dan menjelaskan tiada masalah berkaitan pertukaran RM di pengurup wang di Makkah dan Madinah," katanya menerusi laman Facebooknya Rabu.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, Tabung Haji sejak dahulu lagi sudah menasihatkan jemaah haji agar tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana ia menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai dalam mata wang Riyal di Mekah dan Madinah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment