Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, sekiranya pemindahan berlaku, DEIG yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat mampu menidakkan hubungan mereka MBI sekaligus menyebabkan aset tersebut berpindah milik dengan mudah.
"Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diuruskan oleh DEIG dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI.
"Ini yang berlaku kebimbangan, dan sekiranya ini berlaku maka sudah tentu DEIG boleh 'cuci tangan' dan aset-aset itu boleh berpindah tangan tanpa usaha yang keras," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Program Penerangan Khas Isu DEIG di Bangunan Umno Selangor di sini pada Khamis.
Sebelum ini, beberapa Adun termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.
DEIG sebuah entiti swasta yang ditubuhkan pada 4 Disember 2014 bagi menguruskan pelaburan strategik serta merasionalisasikan dan menstruktur semula aset anak syarikat di bawah MBI.
Ahli Lembaga Pengarah DEIG terdiri Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI.

No comments:
Post a Comment