Tuesday, August 04, 2015
Derma Politik: Sekarang Fahamlah Kenapa Anwar Tubuh PKR Tak Masuk PAS/DAP
EDITOR MENULIS...
4 OGOS 2015
Salah satu sebab kenapa saya kagum
dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah, keberanian
beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa undang-undang di Malaysia untuk
menyiasat tuduhan liar yang dibuat agensi berita asing.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah
negara ini, seorang Perdana Menteri membenarkan dirinya disiasat. Tun
Mahathir yang lebih banyak skandal itu pun tidak pernah membenarkan
dirinya disiasat. Dia jawab sinikal sinikal macam itu sajalah,
siasatnya tak pernah, tapi Najib berbeza.
Dalam soal penerimaan dana politik untuk
UMNO sebelum PRU13 yang lepas, ia adalah amalan biasa yang dibuat oleh
semua pemimpin parti politik di Malaysia. Itulah sebab orang
berebut-rebut nak tubuh parti baru sebab derma politik seperti yang kita
tahu sekarang, tidak disekat oleh undang-undang.
Malah menurut undang-undang Malaysia,
dana dari luar negara kepada rakyat Malaysia tidak dikenakan cukai. Itu
yang Anwar, bila dikeluarkan dari UMNO, dia tidak masuk PAS dan DAP
tapi sebaliknya tubuhkan PKR kerana boleh mengambil peluang dari
‘kelebihan’ yang diberikan undang-undang Malaysia kepada parti politik.
Hakikat yang semua orang perlu tahu
dalam soal derma politik ini, bukan Najib saja, Anwar pun ada, Kit Siang
pun ada terima derma politik, cuma tak siapa nak bocorkan maklumat
akaun mereka kepada WSJ dan Sarawak Report sahaja. Kalau tanya mereka
hari ini pun, mesti tidak ada keperluan undang-undang jawabnya.
Betul lah tu.
Tapi tidak salah kalau nak dedah. Jika
tidak ada apa yang nak dibimbangkan, kenapa tidak secara sukarela, serah
sahaja kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat
dakwaan ke atas Najib, untuk turut menyiasat akaun masing-masing,
peribadi dan parti.
Barulah telus. Ini dah di cabar
beberapa hari oleh Najib, hanya PKR dan PAS sahaja yang berani menyahut
cabaran, DAP dan parti-parti politik anti kerajaan di Sabah dan Sarawak,
diam seribu bahasa.
PAS dan PKR pun bukanlah hebat sangat, mereka baru sahut cabaran, dedahnya belum lagi.
Jadi, dituntutlah kepada pemimpin
politik dari parti-parti pembangkang ini untuk mendedahkan jumlah derma
politik yang mereka perolehi kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan
tersebut.
Hanya dengan cara itu sahaja baru mereka boleh mendakwa lebih baik dari Najib.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment