Wednesday, August 26, 2015

Hari Kebangsaan: Rakyat Diminta Pasang Jalur Gemilang Di Premis, Rumah – Zambry

IPOH : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta rakyat negeri ini memasang Jalur Gemilang di premis, rumah dan pejabat sempena sambutan Hari Kebangsaaan 2015 sebagai menunjuk tanda kecintaan kepada negara.
http://archives.thestar.com.my/archives/2011/3/5/business/bw_04zambry.jpg
Katanya beliau mendapati Jalur Gemilang kurang dipasang di semua kawasan di negeri ini.

Sempena Hari Kebangsaan yang disambut 31 Ogos ini, rakyat diminta memasang Jalur Gemilang dan mengibarkannya dengan sebaik-baiknya, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai jerebu di Seri Manjung yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 101, Zambry berkata pihak berkuasa diminta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya keadaan semakin serius.

“Langkah keselamatan khususnya anak-anak yang bersekolah perlu dilakukan dengan kadar segera,” katanya.

Zambry berkata kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan kepada kementerian berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya kerana kedudukan Seri Manjung yang berhampiran laut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment