Saturday, August 01, 2015

Inilah Hasil Dengan Adanya 1MDB yang Dihina Dan Dikutuk Selama Ini...Yang Mampu Tunaikan Pergi Haji....Besarnya Kuasa ALLAH

Inilah hasilnya 1MDB yang dihina dan dikutuk selama ini....kenapa lah hal untuk islam kita ramai sangat yang mempertikaikannya...siapa kata 1MDB rugi.?

Kalau Najib perompak duit rakyat buat apa buat semua ini...Anda fikir fikirkan lah.

1,200 imam dan JKKK terima tawaran haji

31 Julai 2015, Putrajaya : Sebanyak 1,200 imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima Surat Tawaran Fardu Haji Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Surat tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wakil-wakil peserta.

Terdahulu dalam ucapannya Perdana Menteri berkata, penajaan setiap peserta itu melibatkan perbelanjaan lebih RM17,000 setiap orang membabitkan kos asas yang ditaja oleh 1MDB sebanyak RM9,980 dan subsidi sebanyak RM7,200 oleh Tabung Haji. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment