Saturday, August 01, 2015

Ketua Polis Negara SAHKAN Rakaman Video Muhyiddin Tak Salah

Rakaman perbualan rakaman video berdurasi 58 saat yang mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui wang berjumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan satu kesalahan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman di Kuala Lumpur berkata, rakaman berkenaan hanyalah memaparkan seseorang menyebut sejumlah wang dipindahkan ke akaun seseorang.

"Rakaman ringkas perbualan itu menyebut beberapa jumlah wang dipindahkan ke akaun seseorang, saya tidak merasakan ia satu kesalahan," kata Khalid kepada pemberita.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media sama berkata, pihaknya dimaklumkan Muhyiddin, meskipun rakaman itu ada, ia bukan saluran rasmi untuk beliau menyatakan perkara itu.

"Saya ingin memberitahu, saya sendiri bercakap dengan Muhyiddin, beliau menyatakan biarpun rakaman itu ada, namun ia bukan saluran rasmi menyatakan sebagaimana terdapat dalam rakaman itu.

"Ia menjadi viral kerana seolah-olah ada langkah atau pandangan lain daripada Muhyiddin," kata Zahid pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing Sabah.

Zahid berkata, Muhyiddin turut memaklumkan kepadanya, beliau tidak akan menyokong sekiranya terdapat usaha mengusulkan undi tidak percaya kepada Najib dalam sesi persidangan Dewan Rakyat. 

"Sebenarnya jelas, beliau akan tetap menyokong langkah atau tindakan parti. Jika ada pihak yang mahu membawa undi tidak percaya, beliau akan menyokong supaya undi tidak percaya tidak akan dilaksanakan. 

"Kita harus menghormati Muhyiddin. Beliau banyak menyumbang untuk kerajaan," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu. 

"Saya memahami keadaan sesiapapun dalam situasi sedih, semua orang dalam keadaan itu akan menyatakan apa sahaja yang dirasakannya, sebab itu saya kata kita perlu hormati keadaan."

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment