
Tuesday, August 04, 2015
Mana Mahu Lari... Editor Sarawak Report Kini Diburu !!!
Mahkamah Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Editor
Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle-Brown yang terlibat dengan aktiviti
subversif kerana mahu berpakat mahu menganggu sistem demokrasi di
Malaysia.

Waran tangkap tersebut diserahkan kepada PDRM untuk dilaksanakan.
Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu
kenyataan berkata pengasas dan pengarang SR itu disiasat dibawah Seksyen
124B dan 124I Kanun Keseksaan.
"Kami akan melaksanakan waran tangkap itu dan meletakkan namanya dalam 'wanted list' Aseanapol dan Interpol," kata beliau.
Clare menubuhkan Sarawak Report dan RadioFreeSarawak untuk menjatuhkan
Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud tetapi gagal sehinggalah Taib
Mahmud melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Adenan Satem.
Selepas gagal misi di Sarawak, beliau bersama beberapa ahli perniagaan
Malaysia dipercayai terlibat dalam satu konspirasi merosakkan sistem
demokrasi di Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment