Wednesday, August 26, 2015
Nazir Razak Dilantik Anggotai JKE - Najib
PUTRAJAYA : Selepas beberapa kali mengkritik dan melahirkan kebimbangan
terhadap keadaan ekonomi negara, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri
Nazir Razak kini dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE)
yang ditubuhkan kerajaan.
Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan
antara sembilan individu dilantik menganggotai JKE yang berperanan
mempertimbangkan perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi
mengukuhkan asas-asas ekonomi Malaysia.
Ketika mengumumkan senarai anggota JKE, Najib berkata jawatankuasa khas
berkenaan turut bertanggungjawab menilai isu-isu semasa termasuk nilai
ringgit, mengekalkan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam
pasaran modal.
"Keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan
untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta-merta dan pelan
tindakam untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya," kata
Najib pada sidang media di pejabatnya di sini, Rabu.
JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Jawatankuasa berkenaan dijangka mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal September ini.
Turut menganggotai JKE ialah Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd,
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan
Sri Azman Mokhtar; Ketua Penasihat kepada Suruhanjaya Peraturan
Perbankan China, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao serta Pengerusi Eksekutif
Symphony Life Berhad, Tan Sri Mohamed Azman Yahya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment