Wednesday, August 26, 2015

Niat Jadikan Bahan Lucu Gagal, Sebaliknya Dikecam Di Facebook

Hajat hendak mentertawakan orang, nampaknya sudah memakan diri sendiri apabila individu yang memuat naik gambar berkenaan ditertawakan serta dikritik netizen di media sosial.

Niat pasangan suami isteri hendak menarik perhatian pengguna laman sosial terbantut apabila mereka sebaliknya dikecam pula di laman sosial kerana memuatnaik sekeping gambar.

Pengguna itu dengan nama Intan Farhana memuatnaik gambar satu pasangan dengan motosikal menunggu untuk memesan makanan di laluan pandu lalu restoran makanan segera Mc’Donald’s.

“Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia, berdekah terkekek aku dengan laki aku ahh. ini drive thru bukan ride thru,” katanya.

Bagaimanapun, kapsyen berkenaan mengundang kecaman dan kritikan dari para netizen lain kerana sebenarnya pemandangan sebuah motosikal melalui lorong pandu lalu itu sebenarnya sudah biasa dilihat.

Sebaliknya, pengguna laman sosial lain mengatakan tindakan Intan seperti memalukan pasangan berkenaan yang tiada kereta berbanding mereka suami isteri.

“Apa yang peliknya? Rider lalu Drive Thru McDonald adalah perkara biasa. Pertama kali ternampak ke?,” kata Ziba.

“Kat Arab nun ada je orang naik unta lalu Drive Thru. Tak ada pula yang peliknya. Baru keluar dari gua ke?” kata Nizam.

“Aku kerja di McDonald Drive Thru dah setahun. Memang dah biasa dah tengok. Aku rasa Intan Farhana ini baru datang ke bumi. Diorang dari Planet Nameck. Planet Nameck tak ada Drive Thru,” kata Azril Ril.

Oleh kerana menanggung malu kerana dikecam, akaun Intan didapati telah dimatikan dan dipadam dari laman sosial Facebook.

Di laman sosial, apa reaksi yang akan anda terima andai memuatnaik sesuatu untuk dikongsikan agak sukar diramal. Ada kalanya, apabila kita meramalkan ia akan viral, tiada apa yang akan berlaku.

Kadangkala, apabila kita merasakan bahan yang dikongsi itu tidak akan mendapat perhatian, pada ketika itulah ia akan menjadi viral.

Dalam hal ini, agak tidak sesuai untuk Intan merakamkan gambar berkenaan dan kemudian menjadikannya bahan jenaka kerana sekali sudah menjadi mangsa kecaman di laman sosial, anda mungkin akan pupus selamanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment