Sunday, August 09, 2015
Pembangkang Hanya Kritik Tak Pernah Puji
KUALA LUMPUR : Sungguhpun negara telah menempa pelbagai kejayaan
di merata negara, pembangkang tidak pernah memuji kejayaan tersebut dan
hanya mengkritik diatas kesilapan yang ada diantaranya berpunca dari
sikap pembangkang sendiri.
Exco Pemuda UMNO shahril Hamdan berkata, pembangkang tidak pernah
meraikan kejayaan negara sebaliknya lebih banyak menunding jari diatas
segala kepayahan yang dihadapi.
"Mereka (pembangkang) tidak pernah memuji apa-apa. Mereka tidak pernah
meraikan bila negara dalam kalangan 20 negara paling senang menjalankan
perniagaan.
"Mereka tidak memuji sesiapa bila kita menjadi negara yang berada dalam
senarai Laporan Kompetetif Forum Ekonomi Negara sebagai antara 20 negara
paling kompetetif.
"Mereka tidak kata apa-apa bila Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) meletakkan Malaysia dihadapan mana-mana negara ASEAN,
depan daripada China, depan daripada China untuk mencapai status negara
maju," katanya.
Beliau berkata demikian dalam debat Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar ke-19 di sini hari ini.
Turut serta dalam debat ini adalah Pemuda Sosialis DAP (DapSY) Zairil Khir Johari merangkap Ahli Parlimen Bukit Bendera.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment