Thursday, August 06, 2015
Perdana Menteri #Najibrazak Umumkan #MH370 Sah Terhempas Di #ReunionIsland..
Perdana Menteri, DS Najib Razak hari ini mengesahkan bahawa
serpihan pesawat yang ditemui di Reunion Island pada minggu lalu adalah
milik pesawat MH370.
Pengesahan tersebut dibuat selepas penelitian secara terperinci
dilakukan oleh pakar-pakar penerbangan di Perancis yang memeriksa
serpihan tersebut.
Selepas hampir seminggu diperinci oleh penyiasat, serpihan pesawat yang
disahkan dari bahagian sayap (flaperon) itu terbukti milik pesawat
Boeing 777 milik Malaysia Airline System (MAS)
Pesawat MH370 juga disahkan terhempas di bahagian selatan Lautan Hindi,
berhampiran dengan Reunion Island yang dikenali sebagai satu kawasan
bahaya bagi penerbangan.
Perdana Menteri berkata, Kerajaan Malaysia dengan berat hati menerima
kehilangan tersebut dan berkongsi kesedihan dengan seluruh keluarga
mangsa berkenaan.
"Malaysia akan sentiasa mengingati dan juga mengenang semua mangsa yang
hilang bersama pesawat MH370.." ujar beliau yang sentiasa berdoa kepada
semua mangsa diatas pesawat terbabit sepanjang usaha mencari dijalankan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment