Tuesday, August 25, 2015

Rakyat Malaysia Sentiasa Sayangkan Saya.. - Ahmad Maslan

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan bahawa pihak media pembangkang sengaja memutar belitkan kenyataannya agar rakyat di negara ini membencinya.

Tambahnya, perbuatan media pembangkang itu juga bertujuan membunuh karektornya, menghilangkan kewibawaannya dan kepercayaan kepada pemimpin Umno dan parti.

Ahmas Maslan berkata, walau bagaimanapun, niat jahat media pembangkang untuk membuatkan rakyat membencinya tidak akan berjaya kerana beliau yakin kebenaran akan mengatasi kebatilan, kejujuran akan mengatasi kejahatan dan kesabaran akan mengatasi kedurjanaan.

"Niat jahat dengan memutarbelit kenyataan bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap saya tidak akan berjaya," tulis Ahmad Maslan menerusi laman blog miliknya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan turut memberi contoh dimana media pembangkang sengaja memutar belit kenyataannya mengenai penerangan GST yang dilakukannya dahulu.

Ahmad Maslan berkata, beliau telah menerangkan panjang lebar mengenai GST kepada rakyat dan memberi beberapa tips kepada rakyat untuk mengatasi dikenakan cukai tersebut, tetapi media pembangkang telah 'spin' kenyataannya dan dijadikan bahan jenaka.

"Sebagai contoh saya pernah sebut bahawa ikan segar tidak kena GST, ikan sardin ada GST dan lebih elok makan ikan segar. Mereka "Spin" yang konon saya kata jadikan ikan segar kepada ikan sardin untuk elak GST. Kan lain apa yang saya sebut dan apa yang disebar.

"Selama 2 jam 45 minit saya menerangkan GST menggunakan multimedia di UITM Shah Alam dan menjawab puluhan soalan. Namun yang di "spin" ialah saya minta pelajar masak sendiri untuk elak GST.

"Anak sulung saya pernah belajar di UITM Shah Alam dan tentu saya tahu pelajar tidak boleh masak dalam hostel. Untuk yang duduk di luar, sesekali masak sendiri apa salahnya," katanya.

Oleh itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berharap rakyat di negara ini tidak mudah percaya dengan berita yang disebarkan oleh media pembangkang .

"Semak dulu, bertanya dan jangan mudah percaya serta jangan mudah menyebarkan segala-gala yang diperolehi melalui media sosial," jelasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment