Wednesday, August 26, 2015

RM Laku Diniaga Dan ‘Diguna’ Di Mekah

spin_busted
EDITOR MENULIS...
26 OGOS 2015

Dakwaan yang mengatakan Ringgit tidak laku diniagakan di Mekah ternyata satu pembohongan yang nyata bila tinjauan mendapati Ringgit bukan setakat laku diniagakan di kedai kedai penggurup wang malah boleh juga digunakan secara terus di merata tempat di Arab Saudi.

Beli jubah boleh, malah beli kad sim pun boleh pakai RM, tak payah tukar Riyal Saudi pun takpe.  Begitupun suka dimaklumkan ia bukanlah satu amalan standard tapi yang nak dikatakan disitu, bolehlah guna, bukan POA dan sebagainya seperti yang disebarkan dan dispin macainya pembangkang.

Mulut longkang betul siapa yang mendakwakan dan menyebarkan dakyah sedemikian rupa kerana ternyata ia satu pembohongan besar. Kasihan penulis kepada kelompok manusia yang megah dapat info sebegitu dari media sosial dan menyebarkannya, tak sedar kena tipu hidup-hidup.

Saya berdoa agar Allah swt menurunkan bala kepada mereka semua yang terlibat.

Begitu pun tidak dinafikan bahawa nilai Ringgit berbanding Saudi Riyal sudah sedikit menurun, dipengaruhi sentimen dollar yang semakin meningkat

Ini agak menjejaskan jemaah yang berhajat membeli banyak barang untuk dititip kepada orang di Malaysia tapi bukanlah tujuannya datang ke Arab Saudi pada waktu ini untuk membeli belah sampai lupa diri, sebaliknya beribadat dan menyempurnakan rukun Islam kelima.

Apatah lagi Tabung Haji turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah Malaysia sehinggakan mereka hampir tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk makan dan minum, melainkan makan pagi dan minum-minum serta makan-makan yang di luar dari kebiasaan.

Tidak ada rungutan pun dari jemaah yang bertandang -ada dikalangan mereka adalah pengikut tegar PAS, DAP, PKR dan GHB tentang penurunan nilai ini. Yang merungut duit Malaysia tak laku ni hanya mereka yang berada di Malaysia tapi bisingnya macam dia boleh berada di merata tempat dalam dunia termasuk di Arab Saudi.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigpndkboHYjZ61MBcwGvLXwOZU1NR3Z4aKxoabJVUQMEJAwpSHLpLUC75XkAzH-IR43XVgAgl_Y-PPL5DxUxJyjqGsqXvlu8v9YlnOrEA4roBq5dvorn0wiPyrBwsDm4ZH9De8N4yBT1y1/s1600/IMG_0003.JPG
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan PemudaUMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment