Saturday, August 01, 2015
Sarawak Report ‘Kencing’ Kertas Pertuduhan Tangkap Najib
Bagi yang mengharapkan laporan terbaru Sarawak Report kononnya ada kertas pertuduhan untuk tangkap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kes 1MDB.boleh bikin lagi gegar satu negara..minta maaf.
Setelah portal pro pembangkang ‘kenduri sakan’ dengan laporan itu dan begitu juga riuh di media sosial akhirnya terbukti semua itu temberang.
Bunyi laporan Sarawak Report yang kebelakangan ini galak main cerita IMDB atas tajuk “ARREST WARRANT FOR THE PRIME MINISTER! – The Real Reason The Attorney General Was Fired” memang sensasi.
Perdana Menteri didakwa menyeleweng Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.
Gambaran yang cuba diberi kepada umum konon adanya kertas pertuduhan itu jadi punca Tan Sri Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara Selasa lalu.Laporan itu juga memaparkan salinan kertas pertuduhan itu.
Temberang itu jelas kelihatan kerana format kertas petuduhan itu tidak ikut format kebiasaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ingatkan orangramai tidak menyebarkan kertas pertuduhan dari sumber yang tidak dapat dikenalpasti itu.
Katanya ia bertujuan untuk mengelirukan orangramai.
Khalid kemudian memuat naik satu lagi tweet bersama satu tweet oleh Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report dikeluarkan oleh jabatan itu.
“Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkn oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul Majid menerusi twitter.
Lewat malam Peguam Negara yang baru Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula mengeluarkan kenyataan memberitahu laporan Sarawak Report pasal kertas pertuduhan itu adalah palsu.
Katanya kertas pertuduhan itu tidak pernah sampai ke Jabatan Peguam Negara,Lagipun formatnya tidak betul dan tidak ditulis oleh jabatan itu.
Menurutnya Petugas khas kes 1MDB belum lagi selesai siasatan maka tidak mungkin dari segi perundangan kertas pertuduhan dideraf lebih awal.
Kata Peguam Negara itu kertas pertuduhan ini menandakan terdapat konspirasi untuk mengulingkan Perdana Menteri dan caranya termasuk pemalsuan dan pembocoran jenayah.
Beliau menegaskan komplot ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia dan akan arahkan siasatan keatasnya.
STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA 30 July 2015
1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.
2. The alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General's Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers.
?3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.
4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.
5. This plot represents a threat to Malaysia's democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ?
TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment