Sunday, August 09, 2015
Saya Akan Jadi Hos Terbaik Sambut Najib - Khaled Nordin
PETALING JAYA : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin berhasrat untuk memberikan sambutan terbaik
apabila presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke Pasir
Gudang untuk merasmikan mesyuarat Umno di bahagian itu pada Ahad.
Beliau memberi jaminan itu selepas ucapannya dalam sebuah majlis Umno dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti itu.
"Saya amat gembira dan berbangga presiden parti akan hadir ke mesyuarat
bahagian saya. Ia bukan mudah untuk mendapatkan kunjungan Datuk Seri
Najib dan ia satu penghormatan kepada kami.
"Saya akan menjadi hos terbaik," kata Khaled ketika ditanya sekiranya
beliau merancang untuk menyampaikan ucapan 'panas' sempena kehadiran
Najib nanti.
Pada majlis pembukaan Wanita Umno bahagian itu Ahad lalu, Khaled berkata
Umno tidak boleh berdiam diri jika rasuah menjadi budaya atau sekiranya
amanah dikhianati.
Beliau mengingatkan para perwakilan bahawa perjuangan Umno adalah untuk rakyat dan bukan membela golongan tertentu.
"Apa yang saya katakan dalam ucapan saya tempoh hari hanyalah sebagai
peringatan untuk melindungi parti dan mempertahankan perjuangan parti.
Ia bukan sesuatu yang tidak pernah dikatakan sebelum ini," katanya.
Khaled berkata, beliau tetap membangkitkan isu di peringkat akar umbi
parti yang perlu disedari pucuk tertinggi pimpinan parti itu.
"Apa yang akan saya katakan adalah apa yang ahli Umno Johor mahu pucuk
pimpinan parti perlu ketahui. Saya mewakili mereka dan akan menyuarakan
pandangan bagi pihak mereka," katanya.
Sebagai contoh, kerajaan tidak hanya mensasarkan ekonomi pendapatan
tinggi sahaja tetapi harus mengutamakan jaringan keselamatan sosial.
"Ini juga akan menjadi peluang terbaik bagi Presiden Umno untuk
menyedarkan ahli parti mengenai isu semasa yang memberi kesan kepada
kerajaan dan parti," kata Khaled.
Najib turut akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Bandar Tun Razak pada Sabtu.
Sekurang-kurangnya 30 daripada 191 Umno bahagian akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada hujung minggu ini.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan mesyuarat Umno di bahagian Pagoh pada Sabtu.
Malah beliau turut akan berada pada majlis pertemuan Sayap Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Ahad ini.
Sementara itu, Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan
berada pada majlis perasmian Umno bahagian Tanah Merah manakala Datuk
Seri Shafie Apdal akan berkunjung ke Parit Sulong.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula akan merasmikan mesyuarat Umno
bahagian Sembrong, Pandan dan Bukit Bintang pada hujung minggu ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment