Saturday, August 01, 2015
Siapa Tidak Tahu Siapa DAP Ni....DAP Hipokrit Realiti Pembiayaan Politik di Malaysia - Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR : Pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang nyata hipokrit apabila mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan dahulu mereka dengan keras menentang inisiatif pendedahkan sumber pembiayaan parti politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP, mereka memberi alasan kerana parti itu adalah parti sara diri dan bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.
Rahman Dahlan berkata, pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaporkan Tian Chua bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskan penyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment