Saturday, August 22, 2015

Skandal DEIG Di Selangor Lebih Dahsyat Daripada 1MDB

Benarlah kata bidalan lama masyarakat Melayu, paku dulang paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih. Mungkin itulah yang amat sesuai bagi menggambarkan isu panas sebuah GLC terbaharu di Selangor.

Ceritanya tiada siapa pun yang tahu malah khabarnya di sebalik kontroversi Darul Ehsan Investment Group (DEIG), pembangkang licik mengalih perhatian rakyat Malaysia kepada isu dana pelaburan di bawah 1MDB.

Ironi sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu nyata jauh lebih telus, profesional, bahkan terbuka dikritik, sebaliknya tidak DEIG yang kemelutnya senyap dirahsiakan daripada diketahui oleh sesiapa pun di luar sana.

Ini dapat disaksikan sendiri apabila DEIG diwujudkan Disember tahun lalu oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kemudian kebetulan terus ‘tenggelam’ apabila isu 1MDB disensasikan pembangkang mulai Januari tahun ini.
Bagaikan dirancang secara rapi penuh teliti, cerita 1MDB berjaya diputar belit oleh pembangkang sehingga rakyat dihasut benci kerajaan BN, tetapi kisah DEIG yang jauh lebih ‘misteri’ dibisukan macam tiada apa-apa berlaku.

Seronok sangat hentam BN, skandal DEIG akhirnya terbongkar bukan disebabkan oleh laporan jahat Sarawak Report, Wall Street Journal, The Edge, Xavier Andre Justo atau aura negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad!

Lucunya ia ‘dipecahkan’ sendiri wakil rakyat PAS yang digantung keahlian oleh parti itu pada sidang DUN Selangor baru-baru ini serta disokong ramai ADUN dari PAS, DAP selain BN dan wakil tunggal Bebas, Khalid Ibrahim.

DEIG ditubuhkan Azmin ‘menutup’ kisah legenda kejayaan Menteri Besar Incorporated (MBI), sayap pelaburan kerajaan Selangor yang pernah diurus Khalid, MB paling cemerlang seperti pernah diucapkan Anwar Ibrahim.

Legasi kegemilangan Khalid cuba dipadamkan Azmin selepas ADUN Pelabuhan Klang itu dipecat PKR kerana kedegilan meletak jawatan MB bagi memberi laluan kepada ADUN Kajang, Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar!

Tidak ramai tahu, kira-kira RM30 bilion nilai aset yang sebelum ini diuruskan oleh MBI kemudian diletakkan di bawah DEIG, sebuah syarikat bernilai hanya RM2 dengan status sebagai syarikat pengurusan risiko pelaburan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment