Saturday, August 01, 2015

Slogan “Save Malaysia” Hanya Perangkap Politik Dap – Dr Ibrahim

31 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah, berkata, slogan “Save Malaysia” yang diuar-uarkan oleh Dap merupakan satu perangkap kepada orang-orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya.
Tegasnya, slogan tersebut  sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi slogan tersebut lebih kepada untuk menyelamat survival parti itu sendiri.
“Dalam senario politik negara kita hari ini, saya kira Dap cuba untuk mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan memperkenalkan slogan tersebut bertujuan untuk mendapat sokongan oleh rakyat Malaysia dan terutama di kalangan orang-orang Melayu.
save-malaysia-dap-lim-kit-siang
“Namun saya yakin slogan selamatkan Malaysia ini lebih kepada agenda politik Dap untuk memperkukuhkan kedudukan parti mereka di dalam arena politik tanahair di mana kita dapat lihat hari ini Pakatan menjadi begitu berkecamuk dan begitu lemah,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, pemimpin  Dap sudah mulai gusar tentang masa depan parti itu apabila konflik yang berlaku di dalam pakatan telah memperlihatkan parti-parti sekutu mereka seperti Pas yang berpecah kepada dua dan dalam masa yang sama PKR pula dilihat semakin tidak bermaya.
“Maka atas faktor itu saya jangkakan DAP sudah mulai merasa gusar dan akan mencari jalan dalam apa sahaja bentuk strategi untuk mempengaruhi orang Melayu khususnya anak-anak muda melayu supaya golongan ini memberi sokongan terhadap Dap.
“Dan Dap juga dilihat begitu terdesak apabila melihat bahawa hanya ada gelintir orang-orang melayu sahaja yang menyokong ideologi politik yang dibawa oleh Dap namun hakikatnya  majoriti orang-orang Melayu, termasuk di dalam Pas tidak menyokong mereka,” ujarnya.
Lantaran itu kata beliau, Pas akhirnya terpaksa juga berpatah arang berkerat rotan dengan Dap serta bertindak memutuskan tahaluf siyasi mereka bersama parti tersebut kerana menyedari bahawa Dap tetap akan menjadi sebuah parti yang berimejkan cauvinis Cian yang membawa sentimen anti Melayu dan anti Islam.
“Bahkan pemimpin Pas juga tidak lagi berselindung dan  telah memberi amaran kepada orang-orang Islam agar berwaspada kepada parti Dap. Justeru itu, saya amat berharapi orang Melayu di negara ini perlu berfikir secara rasional terutama kepada anak-anak muda di mana mereka perlu mengetahui terlebih dulu  sejarah Dap itu sendiri sebelum menyertai parti tersebut,” tegasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment