Thursday, August 06, 2015

SPRM Perlu Professional, Pasukan Petugas Khas Perlu Ada Ketua

racist-dap2
EDITOR MENULIS...
6 OGOS 2015

Kenyataan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamed Zin yang tersebar baru-baru ini (tak payah saya ulang semua orang tahu), dipandang dari sudut mana pun memang berbunyi tidak professional dan kebudak-budakan sifatnya.

Malah dari satu sudut, kelihatan macam kenyataan politik!!  

Tak hairan kenapa parti-parti pembangkang yang lantang menuduh SPRM sebagai pembunuh dalam kes Teoh Beng Hock sebelum ini, tiba-tiba menyanjung SPRM macam hero baru balik perang.

Tapi itu tidak mengejutkan sebab dunia pun tahu pembangkang di Malaysia ini adalah hipkorit terbesar dan oppurtunis politik, cari saja apa peluang untuk jejaskan imej kerajaan. SPRM hendaknya janganlah terjerat sama dalam permainan mereka.

Ada kebimbangan selepas ini, wujud ‘kerjasama’ antara parti-parti pembangkang dengan SPRM selepas kunjungan mereka ke ibu pejabat agensi tersebut petang tadi.  Jangan salahkan mereka yang bimbang, selepas kenyataan Bahri semalam, semua perkara berkemungkinan.

Saya berdoa agar yang dibimbangkan itu tidak berlaku.

Mungkin SPRM belum sedar lagi bahawa agensi itu sedang mencipta sejarah kerana ini kali pertama dalam sejarah negara ini mereka dibenar menyiasat Perdana Menteri!!  Pada masa dulu (1998), ada Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (nama lama SPRM) yang ditekan untuk meletaka jawatan kerana cuba menyiasat salah laku Perdana Menteri ketika itu.

Sekarang bila berpeluang mencipta sejarah (dengan menyiasat Perdana Menteri), dah bertelagah sesama agensi kerajaan yang lain pula.

Saya melihat isu ini boleh diselesaikan kalau pasukan petugas khas yang ditubuhkan Perdana Menteri untuk menyiasat fitnah yang dilemparkan ke atas beliau ini mempunyai ketua, dalam masa yang sama menjadi jurucakap bagi pihak pasukan petugas khas tersebut.

Ketua ini mestilah seorang yang tidak emosi serta terbawa-bawa dengan perasaan sendiri.  

Semua agensi yang terlibat dalam pasukan petugas khas ini perlu melapor kepada beliau dan hanya beliau seorang sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan.

Dengan cara itu, tidaklah berlaku keadaan macam sekarang, buat malu saja.

Ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzVudmZWdCrMA9dc2Qu1fh6XZi4W1MmA7Gur9jv8OvbLD9TImEMP-GDLX1OtR4WNRoFEJJqWQW7mjSvFbuceZEdyVmPU_B690RtOEzK-XcjI-uGHYCBY-YPyca_ri0YyYyVwfomb7Vv2A/s1600/Debat+8.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment