Saturday, August 01, 2015
Warganegara Singapura dan Seorang Tan Sri Ditahan Pasukan Petugas Khas?
The Star melaporkan Polis telah menahan seorang bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan seorang pegawai dari Pejabat Peguam Negara bagi tujuan membantu penyiasatan Pasukan Petugas Khas membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar tersebut melaporkan S. Prakash, peguam salah seorang daripada yang ditahan, mengakui anak guamnya ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling sebentar tadi.
Spekulasi sedang bertiup kencang sekarang bahawa mereka yang ditahan ialah bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh, dan warganegara Singapura bernama Jessica Kaur Singh yang bertugas di bahagian Anti-Money Laundering di Jabatan Peguam Negara.
Isnin lalu, portal Malaysia-Today mendakwa bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh Jeswant Singh membocorkan maklumat mengenai siasatan pasukan petugas khas terhadap laman sesawang Sarawak Report.
Bagaimanapun SPRM menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan Rashpal tidak mempunyai sebarang akses langsung kerana ketika ini beliau bukan anggota penasihat agensi antirasuah itu.
Sementara itu Malaysia-Today pernah mendakwa pejabat Peguam Negara sudah tidak selamat kerana melantik warganegara Singapura, Jessica Gurmet Kaur D/O Nashtar Sigh sebagai salah seorang pegawainya.
Jessica merupakan warganegara Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap Malaysia dan dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli politik Pakatan Rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment