Tuesday, January 26, 2010

Al Fatihah – Anak Lelaki YB Suraya Meninggal Akibat Kemalangan!

Semoga YB Suraya , ADUN Sungai Tiang tabah menghadapi dugaan Allah SWT , salam Takziah dari kami warga KPMU , Semoga Allah SWT akan menempatkan arwah anak YB Suraya bersama orang orang yang solih. Kami turut berkongsi kesedihan ini .

Petikan berita Mstar.

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Tiada Pengenalan Diri

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya, berusia kira-kira 12 tahun, maut akibat dirempuh sebuah kereta semasa melintas di Jalan Kuala Kedah, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah, dekat sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, DSP Mohd Sham Abdullah berkata, sebuah kereta dari arah Kuala Kedah menuju ke Alor Setar, yang dipandu laju tidak sempat mengelak kanak-kanak yang dipercayai berbangsa Melayu itu, lalu merempuh sebelum menyeret mangsa kira-kira 10 meter.

“Sesiapa yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7321222 atau 012-2891024 untuk memberi maklumat,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa atau waris kanak-kanak itu diminta tampil dan menuntut segera mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

No comments:

Post a Comment