TAIPING 7 Dis. – Suasana di ceramah perdana di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi kecoh seketika apabila orang ramai bertindak memijak dan membakar gambar lima pemimpin DAP.
Tindakan itu diambil sebagai tanda marah terhadap perbuatan pemimpin DAP memijak gambar tiga wakil rakyat Bebas di Perak baru-baru ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyampaikan ceramah pada majlis itu berkata, pihaknya menyokong tindakan tersebut sebagai amaran kepada DAP.
‘‘Ada kalanya tindakan jahat perlu dibalas jahat. Kalau tidak pemimpin DAP tidak akan sedar.
‘‘Dulu selepas pijak gambar wakil rakyat Bebas mereka beri alasan tak nampak, jadi sekarang kita pun boleh buat alasan sama. Kita pijak selepas itu minta maaf dan bagi alasan tak nampak juga,” katanya
No comments:
Post a Comment