Tukar Nama Pendidikan Seks Kepada Pegajian Gender Posted on Wednesday, March 17 @ 22:05:10 MYT Topic: RENCANA | |
|
Thursday, March 18, 2010
Tukar Nama Pendidikan Seks Kepada Pengajian Gender
Salahkah Mufti Menyebarkan Agenda Perpaduan?
|
Nak Terus Kekal Dalam UMNO. Cakap Saja Tak Cukup!
Topic: RENCANA | |
|
Agen 007 DAP
NIK Aziz memang hebat pasal bab memberi gelaran yang mengarut dan mengaibkan sesama Islam. Orang Utan, Komunis, Kafir, Sekular. Yang terkini dia menggelar Mufti Perak, Datuk Harussani sebagai agen UMNO yang sekular.
Memang peranan dan tugas Nik Aziz sebagai agen DAP adalah untuk memperdayakan umat Islam!. Perjuangan UMNO tidak pernah berganjak, Kerana Allah, demi Agama Bangsa Tanahair.
Lebih baik jadi agen UMNO untuk mempertahankan agama bangsa dan tanahairnya daripada menjadi tunggul dan boneka seperti Pas yang merupakan agen DAP – parti kafir harbi laknatullah!.
Entah apa yang sekular pada pandangan sempit Nik Aziz dan pecacai Pas, tidak dapat di jelaskan dengan fakta yang jelas dan tepat.Yang pasti sekular adalah rakan tidur sebantal Pas, DAP!.
Apa yang Pas dah buat sepanjang memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun berbanding UMNO/BN yang banyak mengIslamkan institusi seperti bank, insuran, pajak gadai dan hospital-hospital.
Juga Tadika Islam, Sekolah Islam, Kolej Islam, Universiti Islam tidak termasuk Universiti-Universiti Islam di luar negara yang membolehkan orang Melayu khasnya untuk mendalami dalam pengajian Islam.
Dengan adanya Tabung Haji rakyat , termasuk orang Pas dapat menunaikan Fardu Haji beberapa kali dengan selesa. Dan berkat adanya tabung Haji dan Bank Islam juga membolehkan kita melabur menyimpan untuk kecemasan dan sebagainya..
Ini semua hasil kerajaan UMNO/BN yang Pas tuduh sekular tetapi tetap terhegeh-hegeh dan tidak pernah rasa malu menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan itu!
Mengikut pemahaman. sekular itu maknanya Dunia yang menafikan Agama.
Benar UMNO memperjuangkan kehidupan dunia benar, tetapi UMNO juga memperjuangkan akhirat. UMNO tidak mengetepikan Akhirat.
Ramai juga pemimpim Pas yang pentingkan dunia. Pakai kereta mewah, duduk rumah banglo Berpakaian kotdan tali leher dan mengerjakan haji ditaja oleh syarikat swasta sampai puluhan ribu ringgit untuk setiap seorang!.
Dunia amat penting dan akhirat juga sama penting. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO, kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat! Apanya yang sekular!.
Berbohonglah jika ada seorang insan pun walau betapa zuhud di zaman ini tidak perlu pada dunia, pada wang.Nik ASziz pun pakai Mercedes Benz, Apatah lagi anak menantunya yang berkereta mewah dan berumah banglo!.
Tuduhan Nik Aziz bahawa Mufti Perak adalah agen UMNO sebenarnya perlu dilihat dalam konteks positif. Memang benar, Datuk Harussani agen UMNO,agen sebuah parti yang memperjuangkan maruah dan martabat bangsa,agama dan tanahairnya.Lebih baik jadi agen UMNO daripada menjadi seperti Pas. Boneka, tunggul dan agen DAP, yang jelas parti SEKULAR kafir harbi laknatullah!.
Kit Siang dan Karpal tidak marah sebab memang DAP parti sekular!.
Pejuang Alif Ba Ta
Kuala Langat, Selangor
http://novandri.blogspot.com/
Wednesday, March 17, 2010
Pak Samad Berubah Profesyen Ke Arena Politik!
Tak di sangka-sangka, cempedak menjadi nangka. Nampaknya Pak Samad kita ni dah tukar profesyen. Dah join politik dahhhh! Siapa tak kenal Pak Samad dengan identiti "janggut panjang"nya. Pak Samad merupakan di antara yang pernah dijulang sebagai sasterawan negara dek kerana penglibatannya di dalam bidang penulisan bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Novelnya yang berjudul "Salina" begitu popular di suatu masa dahulu.
Tapi itu dahulu! Pak Samad sudah berubah nampaknya. Mungkin Pak Samad sudah mula berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Dengan menggunakan "PPSMI" sebagai "alasan", Pak Samad dilihat begitu "aktif" menaiki pentas parti politik pembangkang. Malah Pak Samad juga dilihat sanggup menyertai demo jalanan anjuran parti politik pembangkang. Bila ditanya alasannya, Pak Samad dengan selambanya mengatakan bahawa dia hanya memperjuangkan Bahasa Melayu yang di"chenta"nya, tanpa sebarang kepentingan politik. Begitu dalam sekali "chenta"nya pada Bahasa Ibunda kita!
Namun dari gerak gayanya, mungkin ramai dari kita "faham" akan "kecondongan" Pak Samad sejak naik ke pentas politik. Nampaknya "minat"nya terhadap politik semakin tumbuh bercambah bak "cendawan". Terbaru diberitakan bahawa Pak Samad akan kembali naik ke pentas bersama-sama Mat Sabu yang terkenal sebagai pencipta dan pemberi gelaran "Al-Juburi" kepada Anwar Ibrahim. Pak Samad akan bergandingan bersama Mat Sabu untuk satu ceramah perdana di sebuah sekolah pondok yang mendapat bantuan kerajaan (tak tahulah bantuan itu dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri). Tak apalah. Tapi, mungkinkah tajuk ceramah itu bakal berbunyi "Dari Pejuang Bahasa bertukar kepada Pejuang Politik"?
Nampaknya Pak Samad "kurang" ikhlas memperjuangkan bahasa sebelum ini. "PPSMI" yang dijadikan "alasan" hanya tinggal alasan. Sebelum ini saya pernah mempersoalkan Pak Samad untuk turut sama menggesa agar "hanya bahasa Melayu" diguna ajar di semua sekolah kebangsaan termasuklah SRJ Kebangsaan. Namun, nampaknya Pak Samad "tak berani". Mungkin nak jaga hati "Kit Siang dan Guan Eng" kot?
Tak apalah, Pak Samad. Selamat menceburi bidang baru. Politik bukanlah semudah bidang bahasa, Pak Samad. Silap hari bulan, "ada yang kena liwat"!. Khuatir juga saya jika Pak Samad yang sudah "senja" pula akan mendakwa mangsa liwat yang seterusnya. Entahlah. Hanya Allah sahaja yang bakal menentukan masa depan Pak Samad di pentas politik. Harap-harap, sekurang-kurangnya suatu hari nanti Pak Samad akan sedar bahawa Pak Samad "pernah" tertewas di"manipulasi" oleh politikus pembangkang!
PAS Keliru Dan Mengelirukan - Musa3
Sejak sekian lama kita dimomokkan dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kononya hanya pemimpin dan pengikut parti itu sahajalah yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, kerana namanya pun parti Islam. Nama UMNO tidak dikatkan dengan Islam, jadi perbuatan pemimpin dan pengikut UMNO kononnya tidak Islamik. Sungguh geli hati apabila pengikut Pas yang taksub melulu seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah lama tertipu dengan nama parti mereka sendiri.Sedarlah bahawa Islam kepada Pas hanyalah nama parti sahaja. Nama Abu ada pada Abu Bakar tetapi ada juga pada Abu Lahab dan Abu Jahal. Jadi bukan nama sahaja yang perlu diambilkira. Bak kata orang, kalau lenggang lenggoknya bergaya, tapi habuk pun tak ada, tak berguna. Pas juga bukan mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama termasuklah tolong menolong di kalangan ahli parti itu seperti yang dituntut oleh Islam.Mari kita lihat apa yang berlaku. Dalam satu kejadian yang menimpa keluarga seorang aktivis Pas di Johor pada pagi 28 FEB 2010, sekumpulan lelaki India bukan sahaja menyamun rumah mangsa menyebabkan kerugian barangan berharga, malahan telah merogol isterinya secara bergilir-gilir di depan mata. Kejadian malang ini, telah dilaporkan kepada pihak polis yang dikatakan bertungkus lumus memburu penjenayah terbabit. Peristiwa itu langsung tidak mendapat perhatian pihak Pas sama ada di peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri mahupun Pusat, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pas buat tidak tahu dan bagi saya itu tidak menghairankan kerana saya telah lama sedar bahawa Pas ialah parti Islam atas nama sahaja. Pihak PAS semestinya tahu kejadian ini, tetapi sengaja menutup mata dan telinga. Tahukah agaknya kenapa mereka buat tidak tahu? Jawapannya ialah kerana perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh kaum yang pernah menyokong mereka dalam pilihanraya yang lalu di kawasan itu. Pas takut bersuara kerana bimbang kehilangan sokongan orang India walaupun terpaksa membiarkan penyokong mereka sendiri dirobek dan dilenyek-lenyek maruahnya. Tiada yang lebih menjijikkan dan mencabar kejantanan kita kaum lelaki apabila isteri sendiri dirogol di depan mata. Jadi mari kita lihat siapa yang kena? Yang kena? Ya, yang KENA TIPU ialah ahli dan penyokong Pas yang selama ini taksub gedebuk bahawa Pas ialah parti Islam. Parti yang mengamalkan akhlak Islam, ajaran Islam, memperjuangkan hukum Islam, bersaudara sesama Islam, cubit paha kiri paha kanan terasa dan banyak lagi tuntutan Islam. Bagi ahli dan penyokong Pas, buatlah penilaian sendiri supaya tidak menyokong apa yang dilaungkan secara membabi buta dan membuta tuli. Saya sekadar mengingatkan sahaja, maaflah, bahawa kalau mereka tidak tahu menilai tindak tanduk parti mereka, bukan babi yang buta tetapi pengikut itu sendiri yang buta dan pengikut itu sendirilah yang tuli. Walaupun geli hati, saya tetap bersimpati. Oleh : Musa (MYKMU.NET) |
PAS Keliru Dan Mengelirukan - Musa3
Sejak sekian lama kita dimomokkan dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kononya hanya pemimpin dan pengikut parti itu sahajalah yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, kerana namanya pun parti Islam. Nama UMNO tidak dikatkan dengan Islam, jadi perbuatan pemimpin dan pengikut UMNO kononnya tidak Islamik. Sungguh geli hati apabila pengikut Pas yang taksub melulu seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah lama tertipu dengan nama parti mereka sendiri.Sedarlah bahawa Islam kepada Pas hanyalah nama parti sahaja. Nama Abu ada pada Abu Bakar tetapi ada juga pada Abu Lahab dan Abu Jahal. Jadi bukan nama sahaja yang perlu diambilkira. Bak kata orang, kalau lenggang lenggoknya bergaya, tapi habuk pun tak ada, tak berguna. Pas juga bukan mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama termasuklah tolong menolong di kalangan ahli parti itu seperti yang dituntut oleh Islam.Mari kita lihat apa yang berlaku. Dalam satu kejadian yang menimpa keluarga seorang aktivis Pas di Johor pada pagi 28 FEB 2010, sekumpulan lelaki India bukan sahaja menyamun rumah mangsa menyebabkan kerugian barangan berharga, malahan telah merogol isterinya secara bergilir-gilir di depan mata. Kejadian malang ini, telah dilaporkan kepada pihak polis yang dikatakan bertungkus lumus memburu penjenayah terbabit. Peristiwa itu langsung tidak mendapat perhatian pihak Pas sama ada di peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri mahupun Pusat, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pas buat tidak tahu dan bagi saya itu tidak menghairankan kerana saya telah lama sedar bahawa Pas ialah parti Islam atas nama sahaja. Pihak PAS semestinya tahu kejadian ini, tetapi sengaja menutup mata dan telinga. Tahukah agaknya kenapa mereka buat tidak tahu? Jawapannya ialah kerana perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh kaum yang pernah menyokong mereka dalam pilihanraya yang lalu di kawasan itu. Pas takut bersuara kerana bimbang kehilangan sokongan orang India walaupun terpaksa membiarkan penyokong mereka sendiri dirobek dan dilenyek-lenyek maruahnya. Tiada yang lebih menjijikkan dan mencabar kejantanan kita kaum lelaki apabila isteri sendiri dirogol di depan mata. Jadi mari kita lihat siapa yang kena? Yang kena? Ya, yang KENA TIPU ialah ahli dan penyokong Pas yang selama ini taksub gedebuk bahawa Pas ialah parti Islam. Parti yang mengamalkan akhlak Islam, ajaran Islam, memperjuangkan hukum Islam, bersaudara sesama Islam, cubit paha kiri paha kanan terasa dan banyak lagi tuntutan Islam. Bagi ahli dan penyokong Pas, buatlah penilaian sendiri supaya tidak menyokong apa yang dilaungkan secara membabi buta dan membuta tuli. Saya sekadar mengingatkan sahaja, maaflah, bahawa kalau mereka tidak tahu menilai tindak tanduk parti mereka, bukan babi yang buta tetapi pengikut itu sendiri yang buta dan pengikut itu sendirilah yang tuli. Walaupun geli hati, saya tetap bersimpati. Oleh : Musa (MYKMU.NET) |
Apa Motif Sebenar Zahid Hamidi?
Ketika saya dan rakan-rakan sedang memikirkan dan membuat perbandingan tentang hala tuju politik dan kementerian-kementerian kerajaan, kami secara langsung tertarik kepada sebuah kementerian yang penting dan amat popular iaitu Kementerian Pertahanan, yang diketuai oleh Dato' Seri Zahid Hamidi, merangkap Naib Presiden UMNO. Sememangnya Kementerian ini menimbulkan banyak konstroversi sejak Zahid Hamidi memegang portfolio tersebut. Mengapakah sebuah kementerian yang berprofil tinggi seperti ini penuh dengan konstroversi, sedangkan perkara ini jarang-jarang berlaku ketika Kementerian Pertahanan dibawah kepimpinan Menteri-Menteri sebelumnya? Apakah motif Zahid? Apakah beliau cuba mencari "publisiti"? Atau cuba mencari "salah" kementeriannya? Atau "ada udang di sebalik batu" yang seakan-akan bertujuan menuding jari kepada bekas Menteri Pertahanan sebelumnya? Seorang rakan saya menyatakan isu yang pertama iaitu "isu injin kapal terbang yang hilang" dan telah mencetuskan konstroversi sebelum ini. Musykilnya, mengapakah AMK merupakan "pencetus" kepada isu ini? Mengapakah AMK yang pertama dapat menghidu perkara ini? Apa pula reaksi Zahid? Mengapa pula pada mulanya Zahid menerangkan bahawa injin yang hilang itu bernilai RM50 juta dan 19 hari kemudian membetulkan nilai injin tersebut dengan harga RM8.5 juta sehingga RM20 juta? Bukankah Zahid mempunyai siasatan dalaman yang mampu memberitahu nilai sebenar injin yang hilang itu? Jika tidak pun, mengapa Zahid boleh mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan sama ada fakta itu betul atau tidak? Apakah Zahid sebagai Menteri Pertahanan Malaysia tidak bercakap menggunakan fakta? Atau apakah Zahid seronok melihat Najib diburuk-burukkan di mata rakyat sebagai "bekas menteri pertahanan" sebelumnya? Seorang lagi rakan saya mempersoalkan Zahid memberikan alasan kesilapan faktanya menilai harga terkini injin jet F5-E tersebut dengan nilai RM50 juta. Memanglah harga injin jet F5-E yang terkini berharga RM50 juta kerana injin tersebut telah di"up-graded" untuk memintas pesawat pejuang! Tapi, sebagai Menteri Pertahanan, takkanlah Zahid tak tahu bahawa injin dan pesawat itu dibeli pada 1972 iaitu lebih dari 30 tahun lepas dan hanya digunakan sebagai pesawat peninjau dan risikan maklumat? Lebih tepat lagi, pesawat F5-E 1972 tersebut hanya digunakan untuk "mengambil gambar" sahaja, berbanding F5-E milik Singapura yang di"up-graded" dengan peralatan canggih yang terkini untuk memintas pesawat pejuang! Mengapa Zahid merujuk kepada pesawat Singapura? Takkan sebagai Menteri Pertahanan, Zahid tidak pendapat laporan penuh sebelum membuat kenyataan? Atau Zahid "sengaja" bertindak demikian, bagaikan "ada udang disebalik batu"? Kemudian, saya bertanya seorang rakan yang bekerja di Kementerian Pertahanan (Kementah). "Bro, apa cerita Zahid dedah rahsia ketenteraan bocor oleh perisik tentera?". Rakan saya tersengih. "Apa ke bangangnya si Zahid mendedahkan isu tu?". Jika difikirkan, apakah Zahid tahu tentang tugas seorang "atase ketenteraan" di sesebuah negara? "it's an open secret"! Malah US juga mengalami masalah sebegini dimana ramai CIA yang men"jual" maklumat kepada negara lain seperti Iran dan sebagainya. Perkara ini bukanlah perkara biasa, namun adalah "bodoh" untuk mendedahkan perkara kebocoran maklumat ini di khalayak ramai seperti di "perhimpunan bulanan". Perkara ini akan mendedahkan "kelemahan" risikan negara dan sepatutnya dibicarakan dalam keadaan tertutup, seterusnya mencari jalan untuk membendung perkara ini! Apakah motif Zahid kali ini? "Ada udang di sebalik batu" lagikah terhadap "bekas Menteri Pertahanan" terdahulu? Atau "sengaja" mempamerkan "kebodohannya" sebagai Menteri Pertahanan sekaligus memburukkan pihak kerajaan yang dipimpin oleh "mantan Menteri Pertahanan" sebelumnya? Kemudian, isu MiG yang mahu di"lupus"kan. Zahid membuat kenyataan akhbar untuk melupuskan pesawat MiG dengan alasan "maintenance" yang tinggi dan kerosakan akibat landasan yang tidak rata. Apa punya kelakar punya "decision"! Pesawat MiG negara lain rosak disebabkan perang dan kegunaan ketenteraan, tapi Zahid dedahkan pesawat MiG Malaysia rosak pasal "landasan kepal terbang"! Bila ditanya apakah Najib maklum tentang perkara ini, Zahid selamba menjawab bahawa beliau akan dimaklumkan kemudian. Apa punya "statement" dari Menteri Pertahanan ni? Nak "attack" Najib terang-terang, tapi takut! Mangsanya ialah MiG yang masih boleh berkhidmat untuk negara. Ingat jet-jet tu berharga RM2.50 ke? Nasib baik Tun M bidas isu ini dan Najib menyatakan bahawa tiada rancangan pun untuk menamatkan khidmat MiG di Malaysia. "Lebih sudu dari kuah". Nak "tikam" boss nampak??? "Ada udang di sebalik batu" ke? Suasana makin "panas" bila kami masuk ke isu "kerosakan kapal selam". Nampak sangat Zahid nak suruh rakyat marahkan "bekas Menteri Pertahanan". Kapal selam tu rosak ketika dalam "tempoh percubaan". Takkan itu pun Zahid tak faham dan tak reti nak "explain" pada rakyat? Zahid beri kenyataan mengesahkan kerosakan kapal selam, dah tentulah rakyat akan marah pada "bekas Menteri Pertahanan" yang buat "purchase". Harga ratusan juta, sekali rosak? Pasti rakyat "menuding jari" pada Najib! Padahal, kapal selam itu telah siap dan tengah dalam proses "pre-delivery inspection", yang mana lebih sesuai disebut sebagai "di dalam tempoh percubaan". Bagi kami, sebaiknya kapal selam itu di"inspect" oleh pakar-pakar QC sebelum habis tempoh "warranty". Kalau ada rosak kat mana-mana tempat, lebih elok! Yang pertamanya kita dapat "parts" baru! Yang keduanya, kita tahu "parts" mana yang rosak. Yang ketiganya, kita akan dapat kapal selam yang betul-betul boleh beroperasi, boleh tenggelam, boleh timbul, boleh itu, boleh ini. Kita akan dapat "detect" semua "defects" yang ada pada kapal selam tu. Semuanya "claim warranty", tak payah keluar satu sen pun! Mujurlah dapat "detect" awal, kalau habis "warranty" camana? Rugilah kerajaan! Yang si Zahid pula keluarkan "statement" kapal selam rosak tu apahal? Apa motif? Nak "spin" kepala rakyat la tu? Tak ubah macam perangai Anwar laaaa.... Pada akhir perbincangan kami, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berhati-hati dengan Dato' Zahid Hamidi. Bukan kami tak suka atau benci, tapi nampaknya kami kenalah berhati-hati dengan "spesis yang suka tikam dari belakang" macam Anwar. Buruk padahnya. Silap-silap masuk penjara Sungai Buloh! Pada fikiran saya, saya terpaksa menulis perkara ini untuk mempersoalkan "apakah motif Zahid berkelakuan sebegini dan apakah "ada udang di sebalik batu?". Lagipun, ketika rakyat tahu tentang KJ dan agendanya, mengapa pula Zahid bermatian akan "melantik KJ jadi menteri jika Zahid jadi PM"? Apa motifnya? Siapa "mentor" Zahid dan KJ? Bukankah kerana "mentor" itu, Zahid letak jawatan Ketua Pemuda Malaysia, dan KJ hantar "passport by hand"! |
...........................
Dipetik daripada : RENCANA MYKMU.NET
Thursday, March 11, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah KEMAS di Kg Mendum
Pada 12 Mac 2010, satu Program Sambutan Maulidur Rasul telah dianjurkan oleh KEMAS DUN Lenggeng bertempat di Lenggeng. Pertubuhan Aktiviti KEMAS Kg Mendum telah bertindak selaku tuan rumah pada tahun ini. Program ini telah disertai oleh Tabika-Tabika KEMAS yang berada di dalam kawasan DUN Lenggeng. Tidak ketinggalan Tabika KEMAS Kg Pancor telah turut sama mengambil bahagian.
Program ringkas ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Sebaik sahaja YB Tuan Mustafa tiba pada jam 8.45 pagi, beliau telah disambut dengan laungan selawat Nabi secara beramai-ramai oleh ibu bapa dan anak-anak yang hadir pada program ini.
Kemudiannya program yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Mendum ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg Mendum, diikuti dengan ucapan oleh YBhg Tuan Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Seremban dan seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mustafa Salim. Kemudiannya majlis telah menyaksikan persembahan nasyid yang dipersembahkan khas oleh Tabika KEMAS Kg Sg Machang. YB Tuan Mustafa Salim kemudiannya telah sudi membuat pemeriksaan ke setiap barisan yang ada sambil selawat Nabi dilaungkan sekali lagi secara beramai-ramai.
Saudara Syamsul yang merupakan Pengerusi KEMAS Kg Pancor juga telah melapangkan masa menghadiri program ini.
Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.
Danish Amri, pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor
Lagi wajah Dhafir dengan botol susunya
Monday, March 08, 2010
Mesyuarat Agong Aktiviti KEMAS Kg Pancor, TABIKA, PKK dan PKJ 2010
Anak-anak daripada TABIKA KEMAS Kg Pancor menyampaikan 2 buah lagu