Monday, March 08, 2010

Mesyuarat Agong Aktiviti KEMAS Kg Pancor, TABIKA, PKK dan PKJ 2010

6 Mac 2010 (Seremban) - Satu Mesyuarat Agong Aktiviti KEMAS TABIKA, PKK dan PKJ telah diadakan di Bilik Gerakan Daya Wawasan (GDW), Kg Pancor. Mesyuarat ini meriah dengan aktiviti pertandingan mewarna, persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar tabika serta Bengkel Keibubapaan yang berlangsung sebelum bermulanya Mesyuarat Agong.
.
Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, ADUN Lenggeng. Majlis ini turut dihadiri oleh Tn Hj Safiei @ Safain Mohd Amin, Pengerusi JKKK Kg Pancor, Tn Hj Ali bin Majid, Penyelia KEMAS Daerah Seremban. Puan Maimunah pula telah bertindak selaku Pengerusi Majlis pada program ini.
.
Apa yang menarik, Pengerusi KEMAS iaitu En Aziz Ahmad yang telah memegang jawatan selama 17 tahun akhirnya terpaksa 'mengalah' dengan suara majoriti apabila semua ahli mesyuarat bersetuju mengangkat Saudara Syamsul Amri Hj Ismail yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Kg Pancor sebagai Pengerusi KEMAS yang baru. Perlantikan yang dianggap sebagai 'tepat pada masanya' ini diharapkan dapat membawa perubahan kepada perkembangan positif KEMAS di Kg Pancor ini.
.
Kepada En Aziz jasamu akan tetap sentiasa dikenang, dan kepada Saudara Syamsul, tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.
.
Dari kiri; En Safiei, YB Tuan Mustafa, Tn Hj Ali Majid dan En Aziz
Anak-anak daripada TABIKA KEMAS Kg Pancor menyampaikan 2 buah lagu
Di antara ahli mesyuarat yang hadir
Pn Maimunah yang juga merupakan guru bertindak mempengerusikan acara
Anak-anak menyanyi dengan penuh kesungguhan
Bilik GDW yang mencatat kehadiran menggalakkan
Menyanyi dengan penuh ceria
Isteri YB Tuan Mustafa turut sama terhibur menyaksikan persembahan anak-anak
VVIP di pentas utama turut menyaksikan persembahanPengerusi KEMAS menyampaikan ucapan alu-aluanTn Hj Ali Majid menyampaikan ucapan bagi pihak KEMAS Daerah
YB Tuan Mustafa menyampaikan ucapan perasmian
YB Tuan Mustafa turut mengumumkan sumbangan kewangan untuk KEMAS Kg Pancor
YB Tuan Mustafa menyampaikan cenderahati
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment