Tak di sangka-sangka, cempedak menjadi nangka. Nampaknya Pak Samad kita ni dah tukar profesyen. Dah join politik dahhhh! Siapa tak kenal Pak Samad dengan identiti "janggut panjang"nya. Pak Samad merupakan di antara yang pernah dijulang sebagai sasterawan negara dek kerana penglibatannya di dalam bidang penulisan bahasa Melayu suatu ketika dahulu. Novelnya yang berjudul "Salina" begitu popular di suatu masa dahulu.
Tapi itu dahulu! Pak Samad sudah berubah nampaknya. Mungkin Pak Samad sudah mula berubah sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Dengan menggunakan "PPSMI" sebagai "alasan", Pak Samad dilihat begitu "aktif" menaiki pentas parti politik pembangkang. Malah Pak Samad juga dilihat sanggup menyertai demo jalanan anjuran parti politik pembangkang. Bila ditanya alasannya, Pak Samad dengan selambanya mengatakan bahawa dia hanya memperjuangkan Bahasa Melayu yang di"chenta"nya, tanpa sebarang kepentingan politik. Begitu dalam sekali "chenta"nya pada Bahasa Ibunda kita!
Namun dari gerak gayanya, mungkin ramai dari kita "faham" akan "kecondongan" Pak Samad sejak naik ke pentas politik. Nampaknya "minat"nya terhadap politik semakin tumbuh bercambah bak "cendawan". Terbaru diberitakan bahawa Pak Samad akan kembali naik ke pentas bersama-sama Mat Sabu yang terkenal sebagai pencipta dan pemberi gelaran "Al-Juburi" kepada Anwar Ibrahim. Pak Samad akan bergandingan bersama Mat Sabu untuk satu ceramah perdana di sebuah sekolah pondok yang mendapat bantuan kerajaan (tak tahulah bantuan itu dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri). Tak apalah. Tapi, mungkinkah tajuk ceramah itu bakal berbunyi "Dari Pejuang Bahasa bertukar kepada Pejuang Politik"?
Nampaknya Pak Samad "kurang" ikhlas memperjuangkan bahasa sebelum ini. "PPSMI" yang dijadikan "alasan" hanya tinggal alasan. Sebelum ini saya pernah mempersoalkan Pak Samad untuk turut sama menggesa agar "hanya bahasa Melayu" diguna ajar di semua sekolah kebangsaan termasuklah SRJ Kebangsaan. Namun, nampaknya Pak Samad "tak berani". Mungkin nak jaga hati "Kit Siang dan Guan Eng" kot?
Tak apalah, Pak Samad. Selamat menceburi bidang baru. Politik bukanlah semudah bidang bahasa, Pak Samad. Silap hari bulan, "ada yang kena liwat"!. Khuatir juga saya jika Pak Samad yang sudah "senja" pula akan mendakwa mangsa liwat yang seterusnya. Entahlah. Hanya Allah sahaja yang bakal menentukan masa depan Pak Samad di pentas politik. Harap-harap, sekurang-kurangnya suatu hari nanti Pak Samad akan sedar bahawa Pak Samad "pernah" tertewas di"manipulasi" oleh politikus pembangkang!
No comments:
Post a Comment