Wednesday, March 17, 2010

PAS Keliru Dan Mengelirukan - Musa3

Sejak sekian lama kita dimomokkan dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kononya hanya pemimpin dan pengikut parti itu sahajalah yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, kerana namanya pun parti Islam.

Nama UMNO tidak dikatkan dengan Islam, jadi perbuatan pemimpin dan pengikut UMNO kononnya tidak Islamik.

Sungguh geli hati apabila pengikut Pas yang taksub melulu seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah lama tertipu dengan nama parti mereka sendiri.Sedarlah bahawa Islam kepada Pas hanyalah nama parti sahaja. Nama Abu ada pada Abu Bakar tetapi ada juga pada Abu Lahab dan Abu Jahal. Jadi bukan nama sahaja yang perlu diambilkira. Bak kata orang, kalau lenggang lenggoknya bergaya, tapi habuk pun tak ada, tak berguna. Pas juga bukan mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama termasuklah tolong menolong di kalangan ahli parti itu seperti yang dituntut oleh Islam.Mari kita lihat apa yang berlaku.

Dalam satu kejadian yang menimpa keluarga seorang aktivis Pas di Johor pada pagi 28 FEB 2010, sekumpulan lelaki India bukan sahaja menyamun rumah mangsa menyebabkan kerugian barangan berharga, malahan telah merogol isterinya secara bergilir-gilir di depan mata.

Kejadian malang ini, telah dilaporkan kepada pihak polis yang dikatakan bertungkus lumus memburu penjenayah terbabit. Peristiwa itu langsung tidak mendapat perhatian pihak Pas sama ada di peringkat Cawangan, Kawasan, Negeri mahupun Pusat, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pas buat tidak tahu dan bagi saya itu tidak menghairankan kerana saya telah lama sedar bahawa Pas ialah parti Islam atas nama sahaja. Pihak PAS semestinya tahu kejadian ini, tetapi sengaja menutup mata dan telinga.

Tahukah agaknya kenapa mereka buat tidak tahu? Jawapannya ialah kerana perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh kaum yang pernah menyokong mereka dalam pilihanraya yang lalu di kawasan itu. Pas takut bersuara kerana bimbang kehilangan sokongan orang India walaupun terpaksa membiarkan penyokong mereka sendiri dirobek dan dilenyek-lenyek maruahnya.

Tiada yang lebih menjijikkan dan mencabar kejantanan kita kaum lelaki apabila isteri sendiri dirogol di depan mata. Jadi mari kita lihat siapa yang kena? Yang kena? Ya, yang KENA TIPU ialah ahli dan penyokong Pas yang selama ini taksub gedebuk bahawa Pas ialah parti Islam. Parti yang mengamalkan akhlak Islam, ajaran Islam, memperjuangkan hukum Islam, bersaudara sesama Islam, cubit paha kiri paha kanan terasa dan banyak lagi tuntutan Islam.

Bagi ahli dan penyokong Pas, buatlah penilaian sendiri supaya tidak menyokong apa yang dilaungkan secara membabi buta dan membuta tuli. Saya sekadar mengingatkan sahaja, maaflah, bahawa kalau mereka tidak tahu menilai tindak tanduk parti mereka, bukan babi yang buta tetapi pengikut itu sendiri yang buta dan pengikut itu sendirilah yang tuli.

Walaupun geli hati, saya tetap bersimpati.

Oleh : Musa (MYKMU.NET)

No comments:

Post a Comment