Thursday, March 18, 2010

Nak Terus Kekal Dalam UMNO. Cakap Saja Tak Cukup!

Topic: RENCANA

Oleh UNTA BELANG

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) semalam menegaskan yang beliau ingin terus kekal bersama-sama dengan UMNO selagi beliau masih dikehendaki oleh parti itu.

Selaras dengan pendirian itu, katanya, beliau tidak akan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini

Sebenarnya secara peribadi, Unta Belang tiada masalah tentang itu, tetapi bagi Unta Belang, cakap saja tak guna, beliau juga perlu membuktikannya melalui perbuatan kalau betul ingin kekal dalam UMNO

Malangnya ini tidak terjadi, tindak tanduknya ternyata tidak sama seperti mana kenyataannya pada pemberita

Contoh terbaru, beliau mempertikaikan langkah Kerajaan Persekutuan yang hanya memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan sebagai ganti royalti

Dalam ceramah perdana anjuran Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu Januari lalu, Ku Li terang-terang menyatakan bahawa Kelantan layak menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada Petronas seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Ku Li kena sedar, beliau sekarang ini dilihat sengaja mengumpan kepimpinan UMNO agar mengambil tindakan keras terhadapnya termasuk memecat beliau apabila terus mengeluarkan kenyataan mengenai isu royalti minyak.

Apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti berhubung isu royalti petroleum itu.

Justeru ramai ahli UMNO berpendapat kepimpinan parti tidak boleh terperangkap dengan 'permainan' bekas Menteri Kewangan itu kerana ia sengaja dicipta supaya beliau dianggap sebagai hero sekiranya dikenakan tindakan atau dipecat.

Bagi Unta Belang, Ku Li tidak boleh menjadi "duri dalam daging" kepada parti sendiri dengan menjadi pencetus perbalahan di antara kerajaan dan masyarakat.

Ku Li seharusnya berperanan memberi penerangan dengan jelas kepada masyarakat mengenai isu-isu nasional.

Sepatutnya Ku Li perlu menjadi orang yang menjelaskan semua isu nasional atau pun semasa kepada orang ramai, bukan orang yang bangkit mempersoalkan kembali tindakan yang diambil kerajaan bagi menangani masalah terbabit

Sebagai orang lama dalam UMNO, Ku Li kena sedar bahawa beliau adalah mata dan telinga kepada parti dan rakyat, justeru beliau seharusnya bijak memainkan peranan supaya pengundi tidak terpengaruh dengan fitnah dan dakyah yang disebarkan pembangkang.

Ku Li juga perlu menjaga hal- hal parti dengan baik supaya tidak mudah terjejas dengan pengaruh dari luar terutama pembangkang

Kadang-kadang Unta Belang tertanya-tanya, apalagi agaknya yang Ku Li ni nak?

Ada saja benda yang beliau buat bagi orang UMNO sakit hati.

Mungkin beliau dah tak sabar untuk duduk di kerusi Perdana Menteri....namun bagi Unta Belang matlamat tidak mungkin dapat menghalalkan cara.

Fikir-fikirkanlah....

www.malaysia-instinct.com

No comments:

Post a Comment