Thursday, March 18, 2010

Salahkah Mufti Menyebarkan Agenda Perpaduan?

Salahkah Mufti menyebarkan agenda perpaduan?
Contributed by che_wan on Tuesday, March 16 @ 08:01:33 MYT
Topic:
RENCANA

Salam Revolusi.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah dilabelkan oleh pihak pembangkang sebagai ejen kepada parti UMNO hanya semata-mata mencadangkan agenda perpaduan sesama Islam.

Apakah peranan Mufti sebagai seorang yang cuba mensyumulkan Islam dan juga menyatukan bangsa melayu di negara ini adalah sesuatu yang salah?

Jika bukan seorang Mufti yang berusaha untuk menyemai perpaduan di negara ini, siapa lagi yang layak bercakap dan berfikir mengenai penyatuan umat Islam?

http://www.azalina.net/

Pihak lain kini lebih mengutamakan kepentingan berpolitik masing-masing dan ada diantara mereka yang lebih suka perpaduan didalam masyarakat Islam negara ini menjadi longgar.

Berpecahnya bangsa melayu dan juga penganut Islam di negara ini akan lebih menguntungkan bagi sesetengah parti politik kerana ia akan memudahkan mereka melaksanakan agenda peribadi mereka.

Sebenarnya, apa yang hendak dirisaukan oleh pemimpin politik yang menyifatkan bahawa Mufti sebagai ejen kerajaan.

Bukankah UMNO dan kerajaan sememangnya mahukan rakyat bersatu padu dan hidup sebagai sebuah keluarga yang besar tanpa ada sebarang dinding diantaranya?

Sudah menjadi tanggung jawab UMNO menyemarakkan perpaduan dikalangan bangsa melayu dan juga masyarakat Islam di negara ini. Begitu juga dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan didalam aspek yang sama.

Malaysia itu sendiri adalah sebuah negara Islam yang diiktiraf. Sebagai sebuah negara Islam yang menuju kearah menjadi sebuah negara maju, polisi kerajaan DS Najib berteraskan perpaduan seluruh rakyat di negara ini.

Tentunya juga perpaduan melayu/Islam menjadi keutamaan memandangkan ia merupakan penduduk majoriti negara.

Mungkin pemimpin politik yang menyifatkan Mufti sebagai ejen kerajaan tidak menyedari semua tanggung jawab yang digalas kerajaan yang memerintah. Beliau juga sudah pasti tidak faham tugas UMNO sebagai parti tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional.

Pemimpin politik yang menidakkan tugas Mufti tersebut juga tak faham betapa pentingnya perpaduan umat kepada generasi masa depan negara. Apakah pemimpin berkenaan mahukan anak cucu kita di masa depan mewarisi sebuah legasi masyarakat yang caca merba dan juga huru hara?

Apakah kita akan selamanya berpecah sementara kaum lain telah lama bersatu mendominasi segala peluang didalam negara?

Jika para cerdik pandai agama serta mereka yang menggelar diri mereka sebagai ulama secara terang-terang menolak perpaduan sesama Islam, bagaimanakah pula mereka mahu mewujudkan Islam yang syumul didalam negara ini?

Apakah para cerdik pandai agama ini tak sedar bahawa perpaduan dan juga penyatuan yang diusahakan oleh Mufti Perak tersebut bukanlah untuk memenuhi kepentingan dan nafsu semata-mata.

Agenda perpaduan yang dicadangkan oleh Tan Sri Harussani adalah demi kelangsungan perjuangan bangsa melayu dan juga demi kepentingan syiar Islam di Malaysia.

Jadi, apakah salah jika Mufti berusaha menyatu padukan bangsa dan saudara seagamanya sendiri?



http://www.azalina.net/

No comments:

Post a Comment