Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah KEMAS di Kg Mendum

Pada 12 Mac 2010, satu Program Sambutan Maulidur Rasul telah dianjurkan oleh KEMAS DUN Lenggeng bertempat di Lenggeng. Pertubuhan Aktiviti KEMAS Kg Mendum telah bertindak selaku tuan rumah pada tahun ini. Program ini telah disertai oleh Tabika-Tabika KEMAS yang berada di dalam kawasan DUN Lenggeng. Tidak ketinggalan Tabika KEMAS Kg Pancor telah turut sama mengambil bahagian.

Program ringkas ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Salim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lenggeng. Sebaik sahaja YB Tuan Mustafa tiba pada jam 8.45 pagi, beliau telah disambut dengan laungan selawat Nabi secara beramai-ramai oleh ibu bapa dan anak-anak yang hadir pada program ini.

Kemudiannya program yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Mendum ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg Mendum, diikuti dengan ucapan oleh YBhg Tuan Hj Ali bin Majid, Penyelia Kanan KEMAS Seremban dan seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mustafa Salim. Kemudiannya majlis telah menyaksikan persembahan nasyid yang dipersembahkan khas oleh Tabika KEMAS Kg Sg Machang. YB Tuan Mustafa Salim kemudiannya telah sudi membuat pemeriksaan ke setiap barisan yang ada sambil selawat Nabi dilaungkan sekali lagi secara beramai-ramai.

Saudara Syamsul yang merupakan Pengerusi KEMAS Kg Pancor juga telah melapangkan masa menghadiri program ini.

Berikut dikongsikan bersama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.

Suasana ketika orang ramai baru tiba di Padang SK Mendum
Pn Norhayati (Isteri Pengerusi KEMAS Kg Pancor) bersama anak keduanya, Dhafir Amri
Danish Amri, pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor
Lagi wajah Dhafir dengan botol susunya
Suasana ketika semua peserta baru tiba di padang
Danish bersama rakan-rakan daripada Tabika KEMAS Kg Pancor
Lagi gambar Danish yang sempat dirakamkan
Gambar suasana yang turut dirakamkan
Sampai terjatuh-jatuh songkok di atas tanah ketika bermain
Telah bersedia dengan pakaian baju kebangsaan yang sedondon
Menanti ketibaan VVIP
Kesemua peserta telah bersedia memulakan acara
Nampak segak dan bergaya
Tabika KEMAS Kg Daching
Tabika KEMAS Kg Sungai Jai
Tabika KEMAS Kg Sungai Machang
Tabika KEMAS Kg Panchor
Tabika KEMAS Kg Ulu Beranang
Tabika KEMAS Taman Pancor Jaya
Tabika KEMAS Kg Pantai
Tabika KEMAS PKD Lenggeng
Tabika KEMAS Kg Mendum
Kelihatan dari kiri YB Tuan Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Tuan Hj Ali Majid dan Imam Masjid Kg Mendum
YB Tuan Mustafa melawat setiap kontinjen peserta yang menyertai program ini
YB Tuan Mustafa bersalaman dengan pelajar Tabika KEMAS Kg Pancor
Imam dan rakan-rakan melaungkan Selawat Nabi
Persembahan Nasyid oleh pelajar Tabika Kg Sg Machang
Menyampaikan lagu berjudul "Rukun Iman"
YB Tuan Mustafa menyampaikan ucapan perasmian
Menyampaikan hadiah kepada Tabika KEMAS Kg Ulu Beranang yang mendapat tempat KETIGA
Tabika KEMAS Taman Pancor Jaya yang mendapat tempat KEDUA
Tempat PERTAMA yang disandang oleh TABIKA KEMAS Kg Sg Machang
.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment